12 December, 2008

Tragedi Tanah Runtuh


Saya terkejut giler tgk berita tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa tu. Masa tu tgh syok tgk citer snake in the plane, tergerak plak nk bukak buletin 1.30 tu.. mengucap panjang tgk keadaan sekitar kwsn tu. 14 buah rumah habis musnah akibat gelungsuran tanah yang berlaku kat kwsn tu. Gambar2 ni saya ambil dr website2 lain.. Teringat saya pd tragedi rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan Ukay Views beberapa tahun yang lalu. ehh, apa plak.. saya masih skolah rendah masa tu..

bagi saya, kejadian ni adalah ekoran kerakusan developer dan kelonggaran undang-undang. bila dah runtuh masa tulah duk tuding jari sana sini dan masa tulah masing2 tunjuk pandai nak gubal akta tu akta ni.. sat gi, lagi dua tiga bulan senyap lah isu ni..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan takziah atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka. Semoga kejadian ni tak akan berulang lagi.


06 December, 2008

selamat pengantin baru..


assalammualaikumm..

wahh.. hari ni sabtu pertama, seronoknyer tak payah keje.. mana taknye, orang lain cuti setiap sabtu, ofis saya je yang gedik nak keje half day hari sabtu.. alasannye apa?? bos boring duk umah, tak tau nal pi mana.. so, kene bukak ofis!!

hari ni, hari berbahagia buat seorang sahabat saya, Sasha @ Azreen Binti Mohd Naspu dan pasangan nye sapa ntah saya tak ingat. sasha ni org batu pahat.. tp jodohnye nun jauh dari sarawak sana. Saya kenal sasha kat court, 1st time jumpa ehh.. ehh.. comey nyer dak ni, terus saya tegur. rupa2nya sama-sama chambering. dari situ kami bersahabat hingga lah long call pun sama2.. (yang kat tengah tu lah Sasha..)

buat sasha, selamat pengantin baru, maaflah kerana ada komitmen lain saya tak dpt nak dtg sama2 meraikan hari bahagia awak.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. tahniah.. :)

13 August, 2008

KONVOKESYEN SARJANA



Assalamualaikum..

Dekat 9 bulan menanti, akhirnya saya dah pun selamat berkonvo (wisuda) pada 11hb Ogos yang lepas.. kali ni rasa excited tu tak adalah sgt mcm masa konvo 1st degree dulu, apalagi bila adik2 tak dapat ikut sekali memandangkan masing-masing sibuk dgn kuliah mereka. masa konvo 1st degree dulu, diorang lah yg wat meriah, bergambar sakan tak ingat dunia.. haha. kali ni, saya dan parent sahaja. kami dtg ke kl pada 9hb.. Mariam blanja kami makan western food di Serdang mlm tu.. ermm, mmg lah sedap maklum lah org celebrate kita kan, kekeke. pastu kami terus ke pj, umah nenek saya. pagi 10hb tu kami bertolak ke Bangi kerana saya dah berjanji dgn kwn2 sekelas untuk bergambar.. seronok dpt jumpa mizan & Loh, lama gak kami tak jumpa. kerana ada janji lain, loh tinggalkan kami lebih awal. tinggallah saya & mizan. kami ke Fakulti Undang-undang untuk bertemu En.Azrul dan kakitangan library yg lain utk mengucapkan tima kaseh krn byk membantu kami sepanjang pengajian kami disitu.. tak lupa, nak ucap tahniah kat en.azrul yg bakal melansungkan perkahwinannya hujung tahun ni.. malam tu mmg keletihan.. tanpa disangka ada surprise!!! family belah ayah wat party utk meraikan saya.. ni suma idea cousin saya lah, ana, che kak & aisyah.. patut lah hilang ptg tu, rupa2 nya gi cari kek & bunga utk saya. malam tu dgn didahului bacaan doa selamat, kami berpesta pizza & Thaifood.. pergghhh, kembung perut ni, hahaha.. tima kaseh byk lah yerr.. tiba lah hari2 yang tak brp dinanti kan.. seawal 6.00 pagi kami dah bertolak ke UKM, konon nya takut sesak lah. smpai tu terus solat subuh & bersiap utk konvo. saya pakai kebaya hijau kain songket, panas tu tok sah ckp lerr, meleleh peluh, haha. pas sarapan tu, kul 7.30, terus tunggu loh kat Lobi B, kat sini ada beza skit berbanding degree dulu. dulu, kami kena beratur pjg sebelum berarak masuk ke dlm dewan. tp kali ni, saya terus dibawa masuk ke Lobi utama dan beratur di sana, tak lah berpeluh.. bagi pelajar Sarjana Undang-undang umum, kami beratur di depan skali, diikuti Sarjana Undang-undang Perniagaan & Sarjana Harta Intelek. masa kat dalam dewan tu,
saya duk sebelah Loh, haha. hmm... majlis berjalan macam biasa jer. bezanya, bila tiba giliran kita amik skrol tu, nama kita disebut.. dah nak abis tu ada tunduk hormat plak utk parent, hehe.. rasa mcm kejap jer, kul 11.30 dah kuar.. ikhlas ckp lah, mood nak amik gambar tu mmg tak ada. amik pun sekadar nak wat kenangan jerr.. Satu hal lagi, saya rasa topi saya ngan loh hari tu mcm pelik, sbb mmg bukan saiz kami.. haha, nasib ler. hari tu gak saya pulang jubah, terus blk umah.. ntah bila lagi dapat berkunjung ke UKM pasni.. saya sayang kan UKM, sepanjang 5 tahun blajar, byk kenangan manis saya di sini. semuanya akan jadi kenangan yang terindah dalam hidup saya..

03 August, 2008

happy birthday to my bestfriend




di kesempatan ni, saya nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun yang ke-26 buat teman tersayang, Nur Nisla Binti Abdul Latiff.. semoga panjang umur, muarah rezeki dan cepat2 bertemu jodoh.. InsyaAllah.. love u so much, nisla.. mmmuahh

RIANG RIA DI MAJLIS PERKAHWINAN INA~ZAIDEH






21 July, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT INA & SUAMI


pada 3hb Julai, 2008 yang lalu.. sepupu saya Nurina Binti Mohd Raiemi selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Zaideh yang berasal nun jauh dari Negeri Di Bawah Bayu.. cane diorang leh kenal & jumpa tu tak dapat lah nak dipasti kan.. apa yang pastinya, majlis persandingan telah berlansung dengan meriah nya.. hmm.. nak tahu tak apa yang wat majlis tu meriah??? satu nya, cousin2 nurina yg suka mencapap tu, hahaha.. kami bergambar sakan tak ingat dunia.. maklum lah, jarang dapat berkumpul bila dah jumpa faham2 jer lah yerr.. selain tu, majlis ni ada joget lambak.. yg menariknya, rombongan lelaki dengan sportingnye mempersembahkan tarian tradisional mereka.. memang unik. mak mertua n pak mertua pun join skali, cayaa lahh.. semoga rumahtangga kalian diberkati Allah S.w.t, cepat-cepat timang anak.. hmm, sapa kata wanita berbadan besar susah dapat jodoh.. sangkaan tu tak lah betul sangat.. masih ada lelaki kat luar sana yang tahu menilai hati budi perempuan tanpa memandang pada luaran semata-mata.. Tahniah!!

Salam Pertemuan..


Assalammualaikum..

Buat pertama kali saya menulis dalam ruangan saya sendiri.. buat kenalan di luar sana, panggil saja saya siti. hmm.. idea nak buat blog sendiri ni atas desakan adik kesayangan saya, yang sentiasa advance.. mariam ariffin, haha..
maklum lah saya ni sentiasa tercicir perkembangan semasa. katanya dengan ada blog ni akan lebeh memudahkan saya berkongsi cerita dan perkembangan terbaru dengan teman-teman rapat.. betul juga, teman-teman dari seberang (Indonesia) sering bertanya khabar & perkembangan semasa saya. klu nak ikut kan takde apa sangat.. hidup saya ni biasa-biasa saja tak ada apa yang menarik punn.. apa pun, salam perkenalan saya hulurkan buat teman-teman baru dan salam kerinduan buat teman-teman rapat yang sangat-sangat saya rindui.. sekian buat kali ini.. :)