12 December, 2008

Tragedi Tanah Runtuh


Saya terkejut giler tgk berita tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa tu. Masa tu tgh syok tgk citer snake in the plane, tergerak plak nk bukak buletin 1.30 tu.. mengucap panjang tgk keadaan sekitar kwsn tu. 14 buah rumah habis musnah akibat gelungsuran tanah yang berlaku kat kwsn tu. Gambar2 ni saya ambil dr website2 lain.. Teringat saya pd tragedi rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan Ukay Views beberapa tahun yang lalu. ehh, apa plak.. saya masih skolah rendah masa tu..

bagi saya, kejadian ni adalah ekoran kerakusan developer dan kelonggaran undang-undang. bila dah runtuh masa tulah duk tuding jari sana sini dan masa tulah masing2 tunjuk pandai nak gubal akta tu akta ni.. sat gi, lagi dua tiga bulan senyap lah isu ni..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan takziah atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka. Semoga kejadian ni tak akan berulang lagi.


No comments:

Post a Comment