28 February, 2009

Resepi Spagetti Mudah

Bahan-Bahan:

1 paket spagetti
1 bungkus daging cincang (saya beli kat Econsave)
1 tin Tomato Puri
4 sudu sos cili
1 labu bwg putih
1 biji bwg besar
Sayur Campur
Lada Hitam (amik mak punya.. )
Oregano (amik mak punya, kekeke..)
Garam & Gula
Keju (Mozarella, ada kat Giant)

Cara-cara:

  1. mula-mula tu, kita didihkan air dlm periuk & masukkan sesudu minyak masak dan secubit garam.
  2. Pastu, masukkan je spagetti dan masak sampai lah lembut
  3. Angkat & toskan dlm tapis
  4. Kena gaulkan dgn sedikit butter biar tidak melekat

Utk Kuah Plak:
  1. Panaskan butter.
  2. Tumiskan bwg besar dan bwg putih sampai lah garing
  3. Masukkan daging cincang masakkan sampai daging masak
  4. Masukkan Tomato Puri,sos tomato skit, sos cili, ikut sedap masing-masing.
  5. Letak sayur campur. Saya tak suka cendawan butang.
  6. Masukkan lada hitam, oregano biar wangi, garam dan gula.
  7. Letak spagetti dlm pinggan pastu curah dengan kuah.. Tabur Keju banyak-banyak.. sedapnyerrr.. :)

1 comment:

  1. nampak macam simple. kena cuba ni.

    ReplyDelete