25 May, 2009

Jom bantu adik Mohd Saad Zainuddin


Baru-baru ni saya ada terbaca kisah adik Mohd. Saad dalam surat khabar Utusan. Adik ni lumpuh lepas terlanggar sebuah kereta kat bahu jalan masa menunggang basikal menuruni bukit di Jalan Lingkaran Tengah, J.B Ogos lalu.

Sayu sangat hati bila tengok gambar adik ni, seingat saya dia cedera kat peha ngan punggung sampaikan punggung dia tu berlubang tak ada daging.. Ngeri plak tengok gambar dia tu. Tapi kat online tak dak lak gambar luka dia tuh. Ayah dia kata adik tu mesti menangis kalau permintaan dia tidak dapat dipenuhi. Ni saya copy skit statement ayah dia..

‘‘Jika dia hendak makan sesuatu tetapi kita tidak belikan, dia akan merajuk dan menangis. Saya akan cuba memenuhi semua permintaannya walaupun pendapatan hasil jualan di gerai tidak seberapa,’’

Sedih kann.. kesian sangat. so, kalau ada kawan2 yang nak sama2 bantu ringan kan beban family adik ni, kat bawah ni saya serta kan no h/p ayah dia,

  • En.Zainuddin: 017-7768837 atau
  • terus sumbang ke akaun Maybank bernombor 151017196810. (ni saya tak jamin yer, pape hal kita contact dulu ayah adik ni)
semoga bantuan kecil kita tu nanti dapat meringankan family adik Mohd Saad ni, InsyaAllah.. :)

No comments:

Post a Comment