15 May, 2009

Stay Of Execution

Stay of Execution??

Apa kena mengena dengan saya plak ni? Camni.. semalam 14hb Mei 2009 saya ada mention kat High Court, Melaka.. ada lah sorang hamba Allah ni datang mendekati ssaya lalu meluahkan perasaan tidak puas hati nya terhadap situasi terkini yang berlaku di Perak tu.. Rasanya suma orang tahu kan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan selesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Saya tak mahu campur hal politik tu sebab saya bukan lah orang yang arif untuk membincangkannya, apa yang saya nak ceritakan di sini adalah perihal hamba Allah yang bertanya tu, dan saya ingin memberi penjelasan mengikut pengetahuan saya yang tak seberapa ni.. Soalannya, kenapa pihak yang kalah tu tak hormat keputusan Mahkamah Tinggi dan tak mahu berganjak dari jawatan yang dipegang sekarang? Hamba Allah ni mungkin tak tahu bahawa MB tu failkan rayuan & dah pun wat permohonan untuk stay of execution sementara kes rayuan nya selesai.. jadi dia ingat MB tu tak hormat keputusan.

Saya pun buntu juga nak jawab sebab saya memang "blur" bab-bab prosedur ni. Jd jawapan ringkas saya, Mahkamah memang punyai bidang kuasa untuk membenarkan stay of execution ni sebab MB tu dah pun failkan Notis Rayuan. dan dah tentulah Hakim Mahkamah Rayuan tu ada sebab-sebab yang kukuh untuk membenarkan Stay of Execution tu, antaranya mungkin YB Zambry boleh membuktikan wujud satu keadaan istimewa untuk menangguhkan penghakiman itu.. bagi saya biarlah penghakiman tu digantung pelaksanaannya sehingga rayuan selesai kerana ia boleh mengelak kan keadaan yang lebih huru- hara kat Perak, yelah rakyat pun jadi keliru sapa lah Menteri Besar yang sah sebenarnya.. Malu lah, kita orang Melayu tak abis-abis bergaduh sesama sendiri, dua-dua pihak kata nak perjuang kan kepentingan rakyat tapi rasanya macam untuk kepentingan diri dan maruah sendiri saja.. confuse tul saya.. Hamba Allah tu pun keluarkan nas-nas Al-Quran yang menyokong pendapatnya.. ermm.. saya no komen lah tak tau nak kata apa, hehe..

Opps.. sebelum tu, saya nak share apa maksud stay of execution tu dalam bahasa yang mudah mengikut Wikipedia:The Free Encyclopedia;-

"A stay of execution is a court order to temporarily suspend the execution of a court judgment or other court order... If a party appeals a decision, any judgment issued by the original court may be stayed until the appeal is resolved"

Ringkasnya, penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi boleh ditangguhkan pelaksanaannya sehinggalah Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan kes tersebut.

No comments:

Post a Comment