29 June, 2009

Hakim tak wajar rotan

KUALA LUMPUR: Hakim yang mengadili sesuatu kes di mahkamah dan menjatuhkan hukuman, tidak wajar bertindak sebagai pelaksana hukuman itu kerana ia bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, berkata tindakan merotan pesalah tidak wajar dilakukan seorang hakim kerana beliau tidak boleh memainkan dua peranan sekali gus, iaitu sebagai hakim dan penghukum.

"Tambahan pula, beliau (hakim) tidak dilatih untuk menyebat atau merotan pesalah. Kita ada pegawai untuk melaksanakan hukuman seumpama itu, jadi tidak ada keperluan bagi hakim menjadi penghukum.

"Walaupun (Seksyen 293(1)(c)) Kanun Acara Jenayah memperuntukkan hukuman merotan dalam mahkamah, tidak wajar hakim sendiri melakukannya. Apa akan jadi kalau ada hakim yang mahu melaksanakan hukuman lain di mahkamah.

"Majlis Peguam berpendapat ini satu pencabulan serius terhadap proses perundangan kerana hakim cuba mengambil alih tugas melaksanakan hukuman," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamarudin, kelmarin yang memutuskan seorang pemuda berusia 20 tahun dikenakan 10 sebatan di premis mahkamah pada 15 Julai ini kerana kesalahan merompak dengan beliau sendiri melaksanakan hukuman itu, sambil disaksikan ibu bapa pesalah.

Dalam keputusan yang jarang dibuat itu, Zainal Abidin berkata hukuman sebat menggunakan 10 rotan halus yang disediakan mahkamah akan dilaksanakan terhadap Muhammad Syafiq Abd Wahab, 20, seperti diperuntukkan Seksyen 293 (1) (c) Kanun Acara Jenayah.

Ragunath berkata, isu sama pernah timbul kira-kira 30 tahun lalu tetapi ketika itu Mahkamah Persekutuan memutuskan seorang hakim tidak boleh mengadili sesuatu kes, membuat keputusan dan melaksanakan sendiri hukuman berkenaan.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Ismail, berkata hukuman sedemikian pernah dijatuhkan sebelum ini, tetapi membabitkan kesalahan mengikut Akta Juvana.

"Memang ada peruntukan mengikut Akta Juvana yang membenarkan hakim berbuat demikian... kes seperti ini pernah berlaku tetapi tidak mendapat publisiti.

"Bagaimanapun, rotan di penjara dan rotan disediakan mahkamah adalah berbeza," katanya ketika dihubungi semalam.

Peguam veteran, Karpal Singh, berkata walaupun Seksyen 288(4) Kanun Acara Jenayah tidak menyebut secara khusus siapa yang harus melaksanakan sebatan itu, ia tidak bermakna hakim boleh melakukannya.

"Tindakan membenarkan hakim menjatuhkan hukuman dan melaksanakan hukuman itu sendiri adalah pencabulan doktrin pemisahan kuasa antara eksekutif dan badan kehakiman. Ini mencemari institusi kehakiman yang sepatutnya bertindak saksama.

"Menyebat adalah tugas eksekutif, biarkan pegawai lain di mahkamah melakukannya. Saya harap Ketua Hakim Negara akan campur tangan dan hentikan pelaksanaan keputusan ini.

"Kita akan wujudkan amalan yang amat berbahaya jika hukuman itu dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berpendapat keputusan Hakim Mahkamah Sesyen itu sebagai pembaharuan dalam sistem kehakiman negara yang mampu menjadi teladan menghindari golongan muda terjebak dengan jenayah.

"Saya berpendapat ia adalah satu tindakan yang wajar kerana ia bergantung kepada budi bicara hakim untuk menjatuhkan hukuman, selagi termaktub dalam udang-undang," katanya.

Penganalisis jenayah, Dr Kamal Affendi, berkata tindakan Hakim Zainal Abidin harus dipuji dan wajar diteruskan kerana ia mampu memberi kesan besar dalam menangani jenayah.

Sumber :http://www.bharian.com.my

27 June, 2009

Hakim rotan pesalah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam memutuskan, seorang pemuda yang mengaku merompak kerana bosan, dikenakan 10 sebatan dalam premis mahkamah dengan disaksikan sendiri ibu bapanya, pada 15 Julai ini.

Dalam keputusan yang jarang dibuat itu, Hakim Zainal Abidin Kamarudin berkata, beliau sendiri akan melaksanakan hukuman sebat itu menggunakan 10 rotan halus yang disediakan mahkamah terhadap pembantu jualan, Muhammad Syafiq Abd Wahab, 20.

Selain itu, beliau juga mengarahkan Muhammad Syafiq supaya menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur.

Membacakan keputusannya, Zainal Abidin berkata, Mahkamah Sesyen diberi kuasa mengikut Seksyen 293 (1) (c) Kanun Acara Jenayah untuk melaksanakan hukuman sebat terbabit terhadap pesalah muda.

Mengikut seksyen itu, bagi pesalah lelaki, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman sebat dengan rotan halus tidak lebih 10 kali dalam kawasan bangunan mahkamah dan jika dikehendaki di hadapan ibu bapa atau penjaga pesalah itu sebagai ganti hukuman penjara.

"Saya rasa inilah hukuman setimpal yang patut dikenakan ke atas kamu selepas mahkamah mendapati usia kamu yang masih muda namun ia bukan tiket untuk kamu mengulangi kesalahan itu dan kamu harus insaf."

"Mahkamah juga memberi peluang ini untuk kamu membuktikan kepada keluarga bahawa kamu mampu menjadi manusia berguna. Lain kali gunakan otak sebelum membuat sebarang tindakan," kata Zainal Abidin ketika menjatuhkan hukuman itu.

Hakim juga memberitahu bapa Muhammad Syafiq, Abd Wahab Jonit, 64, yang turut hadir di mahkamah, hukuman itu jarang dilaksanakan tetapi beliau menerimanya. "Saya tahu bukan sesuatu yang baik untuk bapa melihat sendiri anaknya disebat, tetapi sebagai hakim saya perlu lakukan," katanya.

Muhammad Syafiq dituduh merompak pelajar, Muhammad Fitri Muhammad Zamzuri, 16, dengan merampas kad pengenalan dan telefon bimbit Nokia 8910i menggunakan sebilah pisau bersama rakannya yang masih bebas di belakang Stadium Bola Sepak, Cheras di sini, jam 1.30 pagi, 16 November 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika ditanya hakim mengapa dia merompak mangsa, tertuduh berkata dia didesak oleh rakannya selain berasa bosan.

Zainal Abidin berkata, tertuduh harus bijak memilih kawan dan tidak bertindak melulu kerana perbuatan itu adalah kesalahan berat yang boleh mendatangkan kematian.

"Jika melihat kepada alasan kamu, mahkamah berhak menjatuhkan hukuman berat kerana kamu sengaja melakukan jenayah itu. Kawan kamu lebih pandai kerana dia hanya tunggu di atas motosikal dan melarikan diri bila melihat kamu ditangkap dan kamu terpaksa menanggung akibatnya."

"Bagaimana mahkamah ingin mengasihani kamu jika alasan ini yang diberikan. Kamu juga menggunakan kekerasan dengan menyepak dan menendang mangsa... adakah kamu berasa kasihan kepadanya ketika melakukan perkara itu?," tanyanya.

Tertuduh menjawab: "Saya tidak menendang mangsa tetapi meminta secara elok. Saya cuma periksa kad pengenalan dia dan meminta dompetnya. Bila dia enggan dan cuba melawan, baru saya tampar dia".

Zainal Abidin: "kamu polis ke? Siapa yang beri kamu kuasa memeriksa kad pengenalan mangsa".

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud dan Dony Abdullah.

Sumber : http://www.bharian.com.my

25 June, 2009

Resepi Popia Paling Sedap Kat Malaysia..

Baru-baru ni kita dengan rajinnya telah turun ke dapur untuk menyediakan minum petang buat family.. Daripada goreng kopok lekor baik kita wat popia, bukannye susah pun.. Adalah Hamba Allah tu dia tepon waktu kita tgh sibuk kat dapur wat2 terkejut "Awak tahu ke wat popia?" Tolong skit.. ingat kita tak tau masak ke?? so kita share kat bawah ni resepi popia kita untuk dia tengok sendiri..

Bahan-bahan:

Kulit Popia (wajib lah)
200gm daging ayam
1 sudu udang kering (blender halus)
2 sudu bawang putih yang dah dimayang halus
1 bungkus sayur campur
4 biji telur ayam
2 sudu butter Churn (cap tong) - untuk menumis
Garam, dll tu mcm biasa lah.

Cara-caranya:

Mula2 panaskan 2 sudu butter dalam kuali. Pastu, tumiskan bawang putih, ayam ngan udang kering sampai wangi.

Pastu masuk kan telur, kocak telur tu sampai hancur & halus. Masukkan sayur campur, tambahkan garam dan ajinamoto (wajib), hehe.. bila dah cukup masak tutup api dan sejukkan jap.

Bentang sehelai kulit popia kat atas pinggan. Letakkan bahan yang telah dimasak tadi seeloknya satu sudu je, biar comey bentuk popia kita nanti. Gulung kemas-kemas dan kat hujung tu sapu lah kuning telur.

Dah siap gulung, panaskan minyak dan gorenglah sampai garing.

Untuk menyediakan sosnya plak:

Tumbuk 3 biji cili merah sampai lumat. Tambah 2 ulas bawang putih dan tumbuk lagi sampai lumat. Tambahkan gula, garam secukup rasa, siap..


24 June, 2009

Siswi UKM Maut Jatuh Bangunan


Pagi tadi sebelum bergerak ke Mahkamah saya sempat lah baca Metro, terbaca lah berita yang agak mengejutkan di mana seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan asrama tu. Saya juga bekas penghuni Kolej Pendita Zaaba masa wat Master dulu, tapi saya duk Blok E, tingkat 4 juga.

Mangsa tu Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja T kuning dan berkain batik ditemui oleh cleaner di depan pintu laluan utama kolej itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi. Ikut bedah siasat tulang rusuk kiri mangsa patah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Roomate dia kata, beberapa hari sebelum kejadian tu, Wan Siti Farihan berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan slalu mengaji, berzikir dan melakukan solat sunat. Dia pun selalu berjaga malam kerana mendakwa tidak dapat tidur, napa yer?? Saya tumpang bersimpati kepada keluarga mangsa. Mungkin sudah ajal si mangsa. ermm.. nasihat saya kepada adik-adik junior kalau ada masalah, kongsi lah dengan teman rapat kita, sungguh pun dia mungkin tak dapat nak selesaikan masalah kita, at least kita dapat lepaskan tekanan, jangan lah pendam sorang-sorang, tak elok tau.

Saya tinggal kat Kolej tu 2 semester sepanjang tahun 2007, alhamdulillah tak pernah lah saya alami gangguan yang pelik-pelik. Kalau kena tindih masa tidur tu biasalah. Bila ditindih, malam esoknya saya akan lari tidur di rumah Miss Rekha kat Hentian Kajang, hehe. Seminggu pastu baru saya berani balik bilik, hehe. Cuma saya kurang berkenan dengan rekaan bangunan tu skit.. sudah lah laluan nya (koridor) sempit, tangga pun sempit dan curam.. tak masal ada tingkap kat tepi tangga.. bukan ke bahaya tu.. Kolej ni baru dibuka sekitar 2005 tak silap saya. Dah lah kat atas bukit, kolej yang paling hujung sekali dalam UKM. Hutan masih tebal kat belakang kolej tu, saya suka pemandangan hijau, kabus tebal waktu pagi, segar sangat. Pagi2 kalau bangun kan, mesti nampak babi hutan gaduh, hahaha.. Masa belajar dulu, suma kelas saya mula jam 6ptg abis kul 10 malam.. Bas dari Fakulti saya tak akan naik ke Kolej, mereka akan turunkan saya kat tepi jalan besar dan saya terpaksa lah berjalan kaki seorang diri panjat "bukit" dekat 300meter untuk balik ke kolej.. masa tu macam2 dalam kepala, takut ditarik, diculik, haha.. tapi saya tawakkal kepada Allah.. :)

Adalah desas desus kata si mangsa ni dikejar lembaga.. apa benda tu saya tak pasti lah. Saya teringat sewaktu saya di tahun 2 pengajian, saya juga pernah diganggu. bukan sahaja saya malah teman-teman sebelah bilik (Aznor dan Renu) juga mengalami nasib yang sama. Renu diganggu lembaga putih, saya diganggu burung hantu berwarna putih yang besarnya macam budak 3 tahun aznor pula tak tahu diganggu apa.. Renu sakit teruk hingga terjejas pelajarannya, tapi dia pulih selepas berehat 2 semester. Aznor plak sakit kemurungan sehinggalah dia hilang ingatan. Lama dia ambil masa nak pulih, sewaktu kami grad pun dia belum pulih lagi.. saya plak hampir setiap malam diganggu burung hantu putih tu. Pas kul 12 malam je dia akan mula berbunyi dan menghentak-hentak tingkap saya untuk masuk ke dalam.. takutnya tu Allah saja yang tahu. Saya yakin dia bukan hantu sebab saya tengok sendiri dia memang burung. Satu hari tu saya dan rakan-rakan sekelas pakat nak tengok burung tu.. Kami tido ramai-ramai dalam bilik saya. Tak lama pastu memang burung tu kuar, peliknya napa dia pilih nak masuk bilik saya, hahaha. Saya dibawa keluarga berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional, Alhamdulillah sejak itu saya tak pernah lagi diganggu burung hantu itu lagi, ntah kemana dia menghilang.. tulah kenangan "kelat" saya sewaktu di universiti, hehe.. Mungkin ada yang tak percaya pada gangguan2 ni, tapi bagi yang pernah mengalami mereka akan faham.. Saya teringin sangat nak jumpa Aznor, pada rakan-rakan sekelas yang baca post saya ni, kot2 terjumpa ke atau tahu khabar aznor beritau lah saya yer.. :)

Berbalik kepada kisah pelajar yang jatuh tu, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..


23 June, 2009

Marketing sambil "melencong".. haha





Tuntutan Harta Perkahwinan

Kali ni saya nak berkongsi kisah seorang wanita yang berusaha untuk menguatkuasakan haknya. Biarlah saya perkenalkan beliau sebagai Auntie R. Auntie R berusia dalam lingkungan lewat 50-an. Mulanya Auntie datang ke pejabat saya dan bertemu dengan bos saya, tak lama pastu saya pun dipanggil masuk dan diperkenalkan dengan Auntie R. Bos beritahu kat auntie saya yang akan handle kes dia. Kali pertama kenal auntie dia kata apa nak tau tak?? “keciknya kau”.. hehe, lucunyer.

Dekat 2jam sembang barulah saya tahu serba sedikit fakta kes baru yang akan saya handle ni. Auntie ni diceraikan suaminya 16 tahun yang lalu, ada 3orang anak di mana anak lelaki mengikut bekas suaminya lagi 2orang auntie yang jaga. Mengikut Perintah Dikri Nisi yang dikeluarkan Mahkamah, bekas suaminya diperintahkan untuk membayar RM400 sebulan sebagai nafkah kepada auntie. Auntie juga berhak untuk menuntut 50% daripada wang KWSP bekas suaminya. Mulanya semua berjalan dengan lancar, tetapi bekas suami auntie mula ingkar perintah Mahkamah sejak 2006, nafkah untuk auntie tak dibayar.

So, macam mana nak tolong auntie ni? Mengikut seksyen 86 (1) Law Reform Act 1976, sebarang nafkah yang tertunggak boleh dituntut sebagai hutang. Untuk menuntut jumlah nafkah yang tertunggak tu saya pun failkan Saman Penghutang ke atas bekas suami auntie R, biarlah saya panggil dia V saja. Si V ni bukannya tak mampu nak bayar, lepas pencen, dia buka syarikat pengangkutan malah perniagaannya tu berkembang maju, saya fikir tak ada masalah lansung nak bayar nafkah auntie R. Apa yang buat saya geram kat V ni, dia telah dengan “sengaja” nya mengelak serahan Saman Penghakiman tu. Selepas beberapa kali percubaan nak serahkan saman dibuat barulah saman tu dapat diserahkan pada si V tu.

Tak lama lepas tu, bos dapat panggilan daripada anak lelaki auntie R. Si H ni ugut nak cederakan saya kalau saya ganggu ayah dia lagi.. “Heyy, tambee.. ingat aku takut ke kat ko?? Banyak cantik nak pukul2 orang..” Awal2 lagi saya dah pesan pada parent dan kawan2 pejabat, kalau jadi pape kat saya H lah suspek utama. Masa hari pendengaran saman tu V tak hadir, H pun tak dak! Eksen jer lebeyy.. saya minta Mahkamah agar waran tangkap dikeluarkan ke atas V sayangnya, Mahkamah beri satu tarikh sebutan untuk dia hadir ke Mahkamah. Lagi lah saya menyirap!! Jaga kau V!! lagi skali tak datang saya akan pastikan dia dikenakan waran tangkap.

Dalam masa yang sama saya juga telah kemukakan permohonan tuntutan harta perkahwinan kepada KWSP untuk menuntut bahagian Auntie R. Tuntutan Harta Perkahwinan ni membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamah berhubung tuntutan ke atas simpanan KWSP ahli non-muslim. Senang jer, isi borang AT (2) yang boleh dimuat turun dari website KWSP pastu sertakan skali salinan kad pengenalan dan salinan Perintah Mahkamah (Decree Nisi). Tapi sayang pihak KWSP dah pun call saya beritahu mereka terpaksa tolak permohonan saya tu disebabkan tarikh Decree Nisi tu dah berlalu 16 tahun sedangkan mengikut peraturan KWSP permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh Perintah Mahkamah. Selain tu peruntukan yang membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamah ni hanya berkuatkuasa bermula 1hb Jun 2008. Ini bermakna KWSP tidak terikat untuk mematuhi perintah mahkamah sebelum tarikh penguatkuasaan tersebut.. Kecewanya saya, terkilan lah jugak tak dapat bantu Auntie R. Anak perempuan Auntie R call saya marah2 kenapa saya lewat apply tuntutan tu untuk mak dia.. “Heyy, excuse me.. tak ada sebarang kelewatan pun di pihak saya okay!!.. korang yang leka, V dah 5 tahun pencen napa baru sekarang nak wat tuntutan? Apa korang buat 5 tahun yang lepas?”

Apa yang nak saya katakan di sini, terdapat lacuna dalam penguatkuasaan undang-undang kita dan ketidakadilan kepada wanita2 yang senasib dengan Auntie R. Ada Perintah Mahkamah tapi tak dapat nak dikuatkuasakan.. cantik kat atas kertas jer. Auntie R pun silap juga, sepatutnya dia harus bertindak lebih cepat sebelum ex-husband dia capai umur persaraan dulu. So, wife2 kat luar sana kena sedar akan peruntukan baru KWSP ni, anda harus peka dan tahu bila nak bertindak. Sama juga macam tuntutan tunggakan nafkah, jangan takut kalau nak failkan Saman Penghakiman kita kan leh minta kos ditanggung oleh penghutang penghakiman (ex-husband).

Saya harap sangat untuk pendengaran yang akan datang semuanya berjalan dengan lancar. Harap Mahkamah akan benarkan perintah seperti yang dipohon. Jika V tak hadir juga, saya akan pastikan kali ni waran tangkap dikeluarkan ke atasnya... untuk Auntie R, sabar ye… jumpa nanti. J

21 June, 2009

Minum Air 10 gelas sehari

Antara saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).


Ya diq ? (: Pictures, Images and Photos


Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” katanya pada prapelancaran Ekspo Pendidikan Air Tulin anjuran Elken Sdn Bhd.

Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

> Pernafasan (1 gelas air — 14 peratus)

  • Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

  • Peluh ( 2 gelas air — 34 peratus)

  • Najis (1/2 gelas air — dua peratus)

    Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

    Air tulen

    Air paip di negara kita dikelaskan sebagai air yang selamat. Ia bermakna ia boleh diminum terus tanpa perlu dimasak kerana dirawat dengan klorin yang membunuh bakteria dan virus.

    Bagaimanapun, rawatan yang ada tidak dapat menyingkir bahan terlarut seperti bahan kimia, sama ada racun serangga, rumpai, cat dan ubat farmaseutikal, termasuk ubat penenang, jantung dan hormon seks.

    Bagaimana bahan ini boleh masuk ke dalam air yang kita minum? Bumi adalah satu sistem tertutup dan air yang ada di atas bumi wujud sejak zaman dulu kala lagi. Bahkan ia adalah air yang sama diminum oleh dinasour!

    Dunia kita sangat kecil dan tanpa disedari semua orang di dunia berkongsi sumber air sama. Air yang dianggap kotor di Sungai Ganges di India mungkin tersejat menjadi titisan air di awan yang kemudian turun sebagai hujan di tempat anda! Jadi ini sebabnya kita perlu sama-sama menjaga kebersihan sungai dan semua punca air di negara kita supaya tidak tercemar.

    Sedihnya, kajian menunjukkan sungai di Asia paling tercemar di dunia; mengandungi tiga kali ganda sisa manusia dan paras plumbumnya 20 kali lebih banyak berbanding sungai di negara maju (perindustrian).

    Penyakit akibat air tercemar mudah merebak dan separuh daripada jumlah katil hospital di seluruh dunia diduduki pesakit yang mengalami penyakit bawaan air. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini cirit-birit membunuh ramai kanak-kanak yang melebihi jumlah kematian akibat Perang Dunia Kedua!

    “Kandungan nitrat tinggi dalam air menyebabkan bayi baru lahir mengalami Sindrom Bayi Biru; yang mengurangkan kemampuan darah membawa oksigen. Bahan kimia arsenik pula dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru.

    “Penapisan dan pengklorinan tidak dapat menyahkan arsenik daripada air. Malah, ada kajian menunjukkan mendidihkan air boleh meningkatkan kandungan arsenik dalam air masak.

    “Justeru, mendidihkan air dianggap tidak mencukupi untuk dijadikan benteng mencegah penyakit. Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut dan contoh air tulen ialah air hujan dan air daripada proses osmosis songsang (berbalik).

    “Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan asing dalam air minuman masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.

    “Lebih tinggi kandungan bahan asing dalam air minuman, lebih kuat buah pinggang perlu bekerja untuk menyingkirnya. Lama kelamaan ia menyebabkan kilang penapis ini letih dan alami kerosakan,” katanya.

    Setiap lima hingga 13 hari, air dalam badan diperbaharui. Jadi kita sentiasa ada peluang untuk membersih dan menyingkir bahan toksik berbahaya daripada terkumpul di dalam badan dengan minum air tulen. Air bersih boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar.

    Ada yang mempersoalkan jika minum air tulen, kita tidak akan mendapat garam galian. Menurut Long, garam galian yang diperlukan badan adalah garam galian organik dan ia datang daripada makanan. Garam galian yang ada dalam air bukan organik dan tidak boleh diserap badan. Jadi persoalan kekurangan garam galian daripada air tidak timbul kerana kandungannya terlalu kecil; lagipun semua garam galian itu ada dalam makanan.

    Pun begitu, minum air tulen saja tidak dapat menjamin tahap kesihatan anda bertambah baik kerana ia bergantung kepada empat faktor iaitu pemilihan makanan, minuman, senaman dan kerohanian. Ini yang dipanggil penjagaan kesihatan secara holistik dan seseorang tidak mungkin hidup sejahtera jika empat faktor berkenaan tidak seimbang.


  • Sumber : http://www.hmetro.com.my

    16 June, 2009

    Syor mahkamah khas kes kanak-kanak

    KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mewujudkan mahkamah khas kanak-kanak di premis berbeza daripada mahkamah biasa di bawah jagaan Majistret terlatih khususnya aspek perundangan hak kanak-kanak dan berpengetahuan mengenai piawaian antarabangsa keadilan juvana.

    Selain itu, kerajaan disyorkan membina pusat tahanan khusus untuk menahan pesalah juvana yang dilengkapi kemudahan bersesuaian dengan umur dan pembesaran mereka.

    Ia antara saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi meningkatkan keadilan juvana dalam Laporan Tahunan Suhakam 2008.

    Kerajaan mesti menginstitusikan hukuman alternatif bagi mengganti hukuman pesalah juvana terutama bagi kesalahan kecil kerana penahanan di pusat tahanan tidak lagi boleh diguna pakai.

    Kerajaan perlu menghalang juvana daripada terbabit dengan jenayah dengan memperkenalkan mekanisme pencegahan awal.

    Kajian situasi yang mendalam perlu bagi mendapatkan gambaran sebenar faktor yang menyumbang kelakuan antisosial di kalangan kanak-kanak.

    Suhakam mengesyorkan mahkamah mempunyai tanggungjawab lebih sensitif terhadap kanak-kanak bermasalah dengan undang-undang dan terhadap mangsa serta saksi kanak-kanak.

    Bagi memastikan keadilan, penting bagi sistem mahkamah menyesuaikan proses mahkamah mengikut tahap kematangan kanak-kanak dan keperluan khas lain seperti latar belakang mereka.

    Laporan itu juga menyatakan sistem keadilan mesti mesra kanak-kanak dan mampu mengurangkan trauma selain diiringi orang dewasa yang sesuai sepanjang proses mahkamah.

    Latihan khas bagi mengendalikan kanak-kanak dalam sistem keadilan harus disediakan untuk Majistret yang mengendalikan kes kanak-kanak. Latihan juga harus disediakan kepada mereka yang terbabit secara langsung dengan pesalah juvana seperti polis, pekerja sosial dan sukarelawan.

    Kelewatan dan penahanan reman yang lama mestilah diselesaikan secepat mungkin. Mahkamah mesti proaktif membuat pembaharuan dan tidak perlu menunggu Parlimen menggubal undang-undang untuk kanak-kanak.

    Syor penambahbaikan keadilan juvana juga membabitkan peranan masyarakat yang antara lain meminta kerjasama badan bukan kerajaan bagi memastikan pesalah juvana diberi peluang memulihkan diri dan memainkan peranan membina dalam masyarakat.

    Selain itu, kekurangan pekerja terutama pegawai runding cara di Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh mendatangkan kesan.

    Bagi mengatasinya Akta Kanak-Kanak perlu dipinda bagi membolehkan sukarelawan terutama pemimpin masyarakat dilantik sebagai pegawai runding cara.

    sumber: http://www.bharian.com.my

    08 June, 2009

    Rose

    The first day of school our professor introduced himself and challenged us to get to know someone we didn't already know. I stood up to look around when a gentle hand touched my shoulder.

    I turned around to find a wrinkled, little old lady beaming up at me with a smile that lit up her entire being.

    She said, 'Hi handsome. My name is Rose. I'm eighty-seven years old. Can I give you a hug?'

    I laughed and enthusiastically responded, 'Of course you may!' and she gave me a giant squeeze.

    'Why are you in college at such a young, innocent age?' I asked.

    She jokingly replied, 'I'm here to meet a rich husband, get married, and have a couple of kids...'

    'No seriously,' I asked. I was curious what may have motivated her to be taking on this challenge at her age.

    'I always dreamed of having a college education and now I'm getting one!' she told me.

    After class we walked to the student union building and shared a chocolate milkshake.

    We became instant friends. Every day for the next three months we would leave class together and talk nonstop. I was always mesmerized listening to this 'time machine' as she shared her wisdom and experience with me.

    Over the course of the year, Rose became a campus icon and she easily made friends wherever she went. She loved to dress up and she reveled in the attention bestowed upon her from the other students. She was living it up..

    At the end of the semester we invited Rose to speak at our football banquet. I'll never forget what she taught us. She was introduced and stepped up to the podium. As she began to deliver her prepared speech, she dropped her three by five cards on the floor.

    Frustrated and a little embarrassed she leaned into the microphone and simply said, 'I'm sorry I'm so jittery. I gave up beer for Lent and this whiskey is killing me! I'll never get my speech back in order so let me just tell you what I know.'

    As we laughed she cleared her throat and began, 'We do not stop playing because we are old; we grow old because we stop playing.

    There are only four secrets to staying young, being happy, and achieving success. You have to laugh and find humor every day. You've got to have a dream. When you lose your dreams, you die.

    We have so many people walking around who are dead and don't even know it!

    There is a huge difference between growing older and growing up.

    If you are nineteen years old and lie in bed for one full year and don't do one productive thing, you will turn twenty years old. If I am eighty-seven years old and stay in bed for a year and never do anything I will turn eighty-eight.

    Anybody can grow older. That doesn't take any talent or ability. The idea is to grow up by always finding opportunity in change. Have no regrets.

    The elderly usually don't have regrets for what we did, but rather for things we did not do. The only people who fear death are those with regrets.'

    She concluded her speech by courageously singing 'The Rose.'

    She challenged each of us to study the lyrics and live them out in our daily lives. At the year's end Rose finished the college degree she had begun all those years ago.

    One week after graduation Rose died peacefully in her sleep.

    Over two thousand college students attended her funeral in tribute to the wonderful woman who taught by example that it's never too late to be all you can possibly be.

    When you finish reading this, please send this peaceful word of advice to your friends and family, they'll really enjoy it!

    These words have been passed along in loving memory of ROSE.

    REMEMBER, GROWING OLDER IS MANDATORY. GROWING UP IS OPTIONAL. We make a Living by what we get, We make a Life by what we give.

    God promises a safe landing, not a calm passage. If God brings you to it, He will bring you through it.

    dipetik dari : http://www.ehomemakers.net

    Kenduri Kesyukuran Pindah Rumah Baru

    Siti Hawa & Siti Mariam

    Saya yang chubby and my little Put Put..

    Lapar gilerr.. sempat lagi posing ala2 ayu gitu, hehe

    06 June, 2009

    You Don't Own Me..

    Bantu Nurul Ain pula..

    Kali ni kita nak cerita tentang tentang adik Nurul Ain Nabilah, umur dia baru 11 tahun. Adik Nurul perlukan bantuan kewangan dalam lebih kurang RM20,000-00 kerana perlu menjalani pembedahan otot dengan segera bagi mengelakkan saraf di bahagian mukanya tidak berfungsi.

    Kalau pembedahan tu tak dilakukan dengan segera, bahagian kanan muka adik Nurul akan cacat seumur hidup disebabkan sarafnya yang tidak dapat berfungsi itu. Selain pembedahan otot, adik Nurul nak wat pembedahan plastik untuk membetulkan kembali muka dia yang rosak dan nak hilangkan parut yang terdapat pada muka dia.

    Kesian dia, mata pun dah semakin kabur sampai terpaksa pakai cermin mata untuk melindungi mata dia yang sentiasa terdedah kepada bahaya sebab tidak dapat berkelip dan menutup mata. Keluarga adi Nurul pun perlukan bantuan ni untuk beli alat bantuan pendengaran bagi memudahkan proses pembelajarannya dalam kelas sebab masalah pendengarannya itu memang tidak dapat dipulihkan lagi.

    jadi kalau nak derma, kita leh derma melalui cek atas nama Tabung Kebajikan NSTP tulis nama penerima sumbangan kat belakang dan alamatkan ke Bahagian Kewangan/Unit kebajikan, The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

    Tolong tau.. semoga usaha kecil kita ni dapat meringankan beban keuarga adik Nurul, InsyaAllah.. :)

    05 June, 2009

    Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan


    hearts Pictures, Images and Photos

    ni bukan lah tulisan kita, kita cuma terbaca kat satu website ni, jadi kita nak share lah apa yang kita dah baca.. artikel ni berkaitan rahsia kasih sayang mengikut bulan.. memandangkan kita lahir bulan April, jom tengok apa artikel ni kata tentang mereka yang lahir bulan April..

    • katanya orang yang lahir bulan April ni tak mudah jatuh hati dan agak memilih pasangan
    • selalu memendam perasaan terhadap insan yang dicintai.
    • agak sukar dan malu untuk meluahkan isi hati
    • sentiasa ingin kan perhatian daripada pasangannya
    • sangat lah cemburu orangnya
    • sangat setia kepada pasangannya
    • orang April ni mudah tersentuh, sensitif dan mudah terusik
    • Ni lucu skit, sentiasa menjaga hati dan pandai memujuk.. hehe
    • romantik dan terlalu romantik orangnya, hehe.. lagi lah lucu.
    • sukar melupakan pasangan walaupun berkali-kali dilukai
    • sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangannya
    Haa.. nak tahu tak pasangan yang ideal untuk orang yang lahir bulan April?? 4, 7, 11 dan 2.. :)

    02 June, 2009

    Peguam ditegur

    KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa tangguh kes ini dua kali, bukan disebabkan mahkamah, tetapi pihak peguam sendiri!,” tegur Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaharah Ibrahim terhadap seorang tertuduh yang didakwa membunuh seorang setiausaha eksekutif, empat tahun lalu.

    Semalam, ditetapkan untuk hujah di akhir pendakwaan bagi kes itu, bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan berikutan kedua-dua peguam yang mewakili tertuduh, Mokhtar Mohd Zin, 47, tidak dapat hadir.

    Mahkamah menetapkan Khamis ini untuk hujahan. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Erwani Ismail manakala tertuduh diwakili peguam bela, Surjan Singh dan Datuk Mohd Hakimi Abdul Kadir.

    Mokhtar Mohd Zin didakwa membunuh Siti Shamiza Abu Zarin, 30, di tempat letak kereta Pasar Raya Giants, Batu Caves, Gombak, pada jam 1.45 tengah hari, 19 Mac 2005.

    Bagi perbuatan itu, Mokhtar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung jika sabit kesalahan.

    Sepanjang perbicaraan, pendakwaan memanggil 19 saksi memberi keterangan.

    Akhbar sebelum ini melaporkan Siti Shamiza bergelut dengan suspek yang didakwa cuba merampas Proton Waja miliknya sebelum dikatakan ditembak di dada kanan.

    Tertuduh kemudian didakwa keluar dari kawasan letak kereta dan cuba merampas sebuah Proton Wira di hadapan pos pengawal pasar raya berkenaan.

    Bagaimanapun, pemiliknya enggan menyerahkan keretanya menyebabkan suspek itu berang lalu didakwa melepaskan tembakan yang mengenai leher pemilik kereta berkenaan, Ong Wooi Chong, 34.

    Sumber : http://www.hmetro.com.my

    01 June, 2009

    Gejala Mat Rempit









    Balik keja hari tu, saya terserempak dengan sekumpulan Mat Rempit ntah dari arah mana datangnya, tetiba je ada kat sebelah saya masa keta berhenti kat Traffic Light. Diaorang tak wat pape pun Cuma bising sesame sendiri, tapi saya ni dah dasar penakut mula lah piker yang bukan-bukan.. Dalam pikiran tu takut je diorang pecahkan cermin keta dan ragut handbag saya, haha.. apalagi, saya pun cepat2 sorok kan handbag letak kat bawah kaki, memang susah lah diorang nak capai pun.. Bila lampu hijau jer, sekelip mata dah hilang dak2 tu, haaa.. lega nyer hati nihh.. Pelik gak, tak penah nampak Mat Rempit kat by pass ni. Slalunya diaorang suka main kat Jalan Abdul Rahman tak pun kat Tanjung Agas.. Wahh, kalau kuar pas 12 malam tu mmg leh tgk ngan mata kepala sendiri lah aksi mereka.

    Apa nak jadi ntah dak2 melayu skang ni.. sudah lah tercicir jauh dalam pelajaran, perangai plak tak semenggah.. Sekarang ni boleh lah diaorang bersuka-suki, yelah tak perlu nak pikir apa2, suma mak bapak tanggung lagi. Tapi umur dah masuk 30an nanti baru diaorang mula berpikir, tang tulah mula nak menyesal bila susah nak dapat pekerjaan yang tetap.. Haii.. camne lah nak jadi ketua kuarga camtu?? Kalau ada yang kahwin pun, saya jamin belum tentu diaorang akan jadi suami dan ayah yang baik kalau mereka tak ubah perangai buruk tu..

    Kita ni dah tak dak kaedah terbaik ke nak atasi masalah Mat Rempit ni? Mana dapat istilah Mat Rempit tu saya tak tahu lah tapi yang pasti diaorang ni dikaitkan dengan perlumbaan haram. Setakat pengetahuan saya lumba haram termasuk di dalam Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Jom kita tengok sat peruntukan di bawah Seksyen 42 ni;


    Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang kepada segala hal-keadaan (termasuk jenis, keadaan dan luas jalan dan kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu) adalah merbahaya kepada orang awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kali kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

    Mahkamah hendaklah memerintahkan butir butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

    Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini hendaklah, melainkan jika mahkamah atas sebab-sebab khas memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya dan tanpa menjejaskan kuasa mahkamah untuk memerintahkan tempoh hilang kelayakan yang lebih lama, dihilangkan kelayakan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh sabitan itu daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu.

    Saya menyokong penuh usaha untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan sebagai salah satu langkah untuk membendung gejala Mat Rempit ni dengan memberikan kuasa kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menahan, menangkap dan menghukum mat rempit nih. Masuk kan peruntukan khas yang memberi kuasa kepada JPJ selain peruntukan khas untuk hukuman yang berat ke atas Mat Rempit nih. Kalau ikut saya lah, penjara kan saja dak2 bengong tu biar bagi pengajaran skit, rampas motorsikal dia selain denda yang agak tinggi. Apaa? Mat Rempit tak dak duit? Kalau tak dak duit gantikan saja dengan hukuman wat kerja2 amal 3-4 bulan.. Kalau yang dah ada lesen tu tarik balik lesen L ke P diaorang tu 2-3 tahun. Kalau yang belum ada lesen tu gantung kelayakan dia untuk ambik lesen setahun dua ke.. ermm.. jap, saya ni jahat skit, haha. Pada pendapat saya parent pun patut dikenakan tindakan yang sewajarnya. Bukan nak menyalah kan parent seratus peratus, saya tahu tak semua parent yang lepas tangan dalam menjaga anak-anak mereka tu, tapi cuma nak bagi pengajaran agar mereka tak leka. Yelah, mak bapak skang ni mudah sangat nak bagi motor kat anak2, dah tau dak2 tu tak dak lesen bagi lagi motor.

    Ikut pengalaman dan apa yang saya lihat kat Majistret Muar, ramai makcik2 dan pakcik2 ni datang untuk melihat, menjamin anak-anak mereka. Dengan muka yang sayu datang menghampiri saya tanya camne nak jamin anak dia, nak cakap apa depan Majistret nanti, macam mana masa depan anak2 dia nanti, camne nk mintak kurangkan wang jaminan.. tulah yang selalu saya dengar. Tapi bukan kes mat rempit lah, kes dadah. Perghh, kat Muar ni banyak kes dak2 muda hisap dadah, ganja.. slalunya makcik2 tu datang dari luar bandar, kesian tul.. ermm, dapat saya simpulkan disini, di Muar ni dak2 bermasalah ni rata2 datang dari kuarga yang agak susah, bak kata kawan saya yang agak laser “anak-anak umah murah”.. pelik tul, mana dak2 ni dpt bekalan dadah tu yer? Saya ni seumur hidup tak penah lansung tgk benda alah tu.. bila datang je van yang bawak dak2 baju ungu dan oren tu mula2 lah meleleh air mata makcik2 nih.. saya ni bukan setakat bagi nasihat free je yer pada makcik2 tu, tapi dalam senyap2 saya kaji latar belakang kuarga mereka, Tanya duk mana, keje apa, berapa umur anak2 mereka tu.. penah lah bagi nasihat jahat gak.. “Makcik tak payah jamin pun takper, biar dia duk seminggu, bagi dia insapp skit...” hahaha...

    Kadang menyampah dengar ada sesetengah pendapat, (maklumlah penah ambik subjek child law, haha) budak2 tak wajar dipenjarakan.. kena kaunseling lah, teguran secara lembut.. alahai nak ke dak2 tu dengar cikgu2 kaunseling tu membebel? Masuk tinga kiri kuar tinga kanan. Apa susah, naik kan saja had umur untuk dapat lesen motosikal daripada 16 tahun pada 21 tahun. Haa.. 21 tu bukan budak2 lagi yer, dah dewasa pun, nak penjara 20 thn pun blehh.

    Kalau dah pinda APJ tu, pihak berkenaan kenalah lipatgandakan usaha, tambah bilangan anggota penguatkuasa untuk banteras dak2 nih. Buat operasi secara berterusan (konsisten) jangan ikut mood plak.

    Bagi saya aktiviti diorang tu menjadi ancaman yang serius kepada keselamatan awam. Semoga kita dijauhkan daripada segala malapetaka yang tak diingini dan semoga kita dapat cari kaedah terbaik untuk atasi masalah ini dengan berkesan, InsyaAllah.. J