23 June, 2009

Tuntutan Harta Perkahwinan

Kali ni saya nak berkongsi kisah seorang wanita yang berusaha untuk menguatkuasakan haknya. Biarlah saya perkenalkan beliau sebagai Auntie R. Auntie R berusia dalam lingkungan lewat 50-an. Mulanya Auntie datang ke pejabat saya dan bertemu dengan bos saya, tak lama pastu saya pun dipanggil masuk dan diperkenalkan dengan Auntie R. Bos beritahu kat auntie saya yang akan handle kes dia. Kali pertama kenal auntie dia kata apa nak tau tak?? “keciknya kau”.. hehe, lucunyer.

Dekat 2jam sembang barulah saya tahu serba sedikit fakta kes baru yang akan saya handle ni. Auntie ni diceraikan suaminya 16 tahun yang lalu, ada 3orang anak di mana anak lelaki mengikut bekas suaminya lagi 2orang auntie yang jaga. Mengikut Perintah Dikri Nisi yang dikeluarkan Mahkamah, bekas suaminya diperintahkan untuk membayar RM400 sebulan sebagai nafkah kepada auntie. Auntie juga berhak untuk menuntut 50% daripada wang KWSP bekas suaminya. Mulanya semua berjalan dengan lancar, tetapi bekas suami auntie mula ingkar perintah Mahkamah sejak 2006, nafkah untuk auntie tak dibayar.

So, macam mana nak tolong auntie ni? Mengikut seksyen 86 (1) Law Reform Act 1976, sebarang nafkah yang tertunggak boleh dituntut sebagai hutang. Untuk menuntut jumlah nafkah yang tertunggak tu saya pun failkan Saman Penghutang ke atas bekas suami auntie R, biarlah saya panggil dia V saja. Si V ni bukannya tak mampu nak bayar, lepas pencen, dia buka syarikat pengangkutan malah perniagaannya tu berkembang maju, saya fikir tak ada masalah lansung nak bayar nafkah auntie R. Apa yang buat saya geram kat V ni, dia telah dengan “sengaja” nya mengelak serahan Saman Penghakiman tu. Selepas beberapa kali percubaan nak serahkan saman dibuat barulah saman tu dapat diserahkan pada si V tu.

Tak lama lepas tu, bos dapat panggilan daripada anak lelaki auntie R. Si H ni ugut nak cederakan saya kalau saya ganggu ayah dia lagi.. “Heyy, tambee.. ingat aku takut ke kat ko?? Banyak cantik nak pukul2 orang..” Awal2 lagi saya dah pesan pada parent dan kawan2 pejabat, kalau jadi pape kat saya H lah suspek utama. Masa hari pendengaran saman tu V tak hadir, H pun tak dak! Eksen jer lebeyy.. saya minta Mahkamah agar waran tangkap dikeluarkan ke atas V sayangnya, Mahkamah beri satu tarikh sebutan untuk dia hadir ke Mahkamah. Lagi lah saya menyirap!! Jaga kau V!! lagi skali tak datang saya akan pastikan dia dikenakan waran tangkap.

Dalam masa yang sama saya juga telah kemukakan permohonan tuntutan harta perkahwinan kepada KWSP untuk menuntut bahagian Auntie R. Tuntutan Harta Perkahwinan ni membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamah berhubung tuntutan ke atas simpanan KWSP ahli non-muslim. Senang jer, isi borang AT (2) yang boleh dimuat turun dari website KWSP pastu sertakan skali salinan kad pengenalan dan salinan Perintah Mahkamah (Decree Nisi). Tapi sayang pihak KWSP dah pun call saya beritahu mereka terpaksa tolak permohonan saya tu disebabkan tarikh Decree Nisi tu dah berlalu 16 tahun sedangkan mengikut peraturan KWSP permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh Perintah Mahkamah. Selain tu peruntukan yang membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamah ni hanya berkuatkuasa bermula 1hb Jun 2008. Ini bermakna KWSP tidak terikat untuk mematuhi perintah mahkamah sebelum tarikh penguatkuasaan tersebut.. Kecewanya saya, terkilan lah jugak tak dapat bantu Auntie R. Anak perempuan Auntie R call saya marah2 kenapa saya lewat apply tuntutan tu untuk mak dia.. “Heyy, excuse me.. tak ada sebarang kelewatan pun di pihak saya okay!!.. korang yang leka, V dah 5 tahun pencen napa baru sekarang nak wat tuntutan? Apa korang buat 5 tahun yang lepas?”

Apa yang nak saya katakan di sini, terdapat lacuna dalam penguatkuasaan undang-undang kita dan ketidakadilan kepada wanita2 yang senasib dengan Auntie R. Ada Perintah Mahkamah tapi tak dapat nak dikuatkuasakan.. cantik kat atas kertas jer. Auntie R pun silap juga, sepatutnya dia harus bertindak lebih cepat sebelum ex-husband dia capai umur persaraan dulu. So, wife2 kat luar sana kena sedar akan peruntukan baru KWSP ni, anda harus peka dan tahu bila nak bertindak. Sama juga macam tuntutan tunggakan nafkah, jangan takut kalau nak failkan Saman Penghakiman kita kan leh minta kos ditanggung oleh penghutang penghakiman (ex-husband).

Saya harap sangat untuk pendengaran yang akan datang semuanya berjalan dengan lancar. Harap Mahkamah akan benarkan perintah seperti yang dipohon. Jika V tak hadir juga, saya akan pastikan kali ni waran tangkap dikeluarkan ke atasnya... untuk Auntie R, sabar ye… jumpa nanti. J

No comments:

Post a Comment