24 June, 2009

Siswi UKM Maut Jatuh Bangunan


Pagi tadi sebelum bergerak ke Mahkamah saya sempat lah baca Metro, terbaca lah berita yang agak mengejutkan di mana seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan asrama tu. Saya juga bekas penghuni Kolej Pendita Zaaba masa wat Master dulu, tapi saya duk Blok E, tingkat 4 juga.

Mangsa tu Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja T kuning dan berkain batik ditemui oleh cleaner di depan pintu laluan utama kolej itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi. Ikut bedah siasat tulang rusuk kiri mangsa patah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Roomate dia kata, beberapa hari sebelum kejadian tu, Wan Siti Farihan berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan slalu mengaji, berzikir dan melakukan solat sunat. Dia pun selalu berjaga malam kerana mendakwa tidak dapat tidur, napa yer?? Saya tumpang bersimpati kepada keluarga mangsa. Mungkin sudah ajal si mangsa. ermm.. nasihat saya kepada adik-adik junior kalau ada masalah, kongsi lah dengan teman rapat kita, sungguh pun dia mungkin tak dapat nak selesaikan masalah kita, at least kita dapat lepaskan tekanan, jangan lah pendam sorang-sorang, tak elok tau.

Saya tinggal kat Kolej tu 2 semester sepanjang tahun 2007, alhamdulillah tak pernah lah saya alami gangguan yang pelik-pelik. Kalau kena tindih masa tidur tu biasalah. Bila ditindih, malam esoknya saya akan lari tidur di rumah Miss Rekha kat Hentian Kajang, hehe. Seminggu pastu baru saya berani balik bilik, hehe. Cuma saya kurang berkenan dengan rekaan bangunan tu skit.. sudah lah laluan nya (koridor) sempit, tangga pun sempit dan curam.. tak masal ada tingkap kat tepi tangga.. bukan ke bahaya tu.. Kolej ni baru dibuka sekitar 2005 tak silap saya. Dah lah kat atas bukit, kolej yang paling hujung sekali dalam UKM. Hutan masih tebal kat belakang kolej tu, saya suka pemandangan hijau, kabus tebal waktu pagi, segar sangat. Pagi2 kalau bangun kan, mesti nampak babi hutan gaduh, hahaha.. Masa belajar dulu, suma kelas saya mula jam 6ptg abis kul 10 malam.. Bas dari Fakulti saya tak akan naik ke Kolej, mereka akan turunkan saya kat tepi jalan besar dan saya terpaksa lah berjalan kaki seorang diri panjat "bukit" dekat 300meter untuk balik ke kolej.. masa tu macam2 dalam kepala, takut ditarik, diculik, haha.. tapi saya tawakkal kepada Allah.. :)

Adalah desas desus kata si mangsa ni dikejar lembaga.. apa benda tu saya tak pasti lah. Saya teringat sewaktu saya di tahun 2 pengajian, saya juga pernah diganggu. bukan sahaja saya malah teman-teman sebelah bilik (Aznor dan Renu) juga mengalami nasib yang sama. Renu diganggu lembaga putih, saya diganggu burung hantu berwarna putih yang besarnya macam budak 3 tahun aznor pula tak tahu diganggu apa.. Renu sakit teruk hingga terjejas pelajarannya, tapi dia pulih selepas berehat 2 semester. Aznor plak sakit kemurungan sehinggalah dia hilang ingatan. Lama dia ambil masa nak pulih, sewaktu kami grad pun dia belum pulih lagi.. saya plak hampir setiap malam diganggu burung hantu putih tu. Pas kul 12 malam je dia akan mula berbunyi dan menghentak-hentak tingkap saya untuk masuk ke dalam.. takutnya tu Allah saja yang tahu. Saya yakin dia bukan hantu sebab saya tengok sendiri dia memang burung. Satu hari tu saya dan rakan-rakan sekelas pakat nak tengok burung tu.. Kami tido ramai-ramai dalam bilik saya. Tak lama pastu memang burung tu kuar, peliknya napa dia pilih nak masuk bilik saya, hahaha. Saya dibawa keluarga berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional, Alhamdulillah sejak itu saya tak pernah lagi diganggu burung hantu itu lagi, ntah kemana dia menghilang.. tulah kenangan "kelat" saya sewaktu di universiti, hehe.. Mungkin ada yang tak percaya pada gangguan2 ni, tapi bagi yang pernah mengalami mereka akan faham.. Saya teringin sangat nak jumpa Aznor, pada rakan-rakan sekelas yang baca post saya ni, kot2 terjumpa ke atau tahu khabar aznor beritau lah saya yer.. :)

Berbalik kepada kisah pelajar yang jatuh tu, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..


No comments:

Post a Comment