31 July, 2009

Berkhalwat dengan Bohsia

sumber: http://www.hmetro.com.my

* saya tertarik dengan judgment & teguran Yang Arif Mohd Radzi dalam kes ni, semoga laporan akhbar ni jadi iktibar dan peringatan kepada kita semua.

KUALA LUMPUR: “Pernikahan perisai kepada penzinaan dan jika tidak mampu, kamu boleh berpuasa,” tegur Hakim Syarie Mohd Radzi Abdul Latif kepada seorang pengawal keselamatan yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 kerana berkhalwat.

Hakim Syarie Mohd Radzi menjatuhkan hukuman itu terhadap Uzairudin Mohd Razali, 23, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan Sufiah Abdul Wahab, 20, di sebuah rumah di Jalan Batu Bata, Off Jalan Ipoh di sini, pada jam 1 pagi, 20 Julai 2008.

Mohd Radzi berkata, mahkamah bukan semata-mata untuk menghukum sebaliknya mendidik masyarakat Islam supaya lebih beriman kepada Allah dan berharap tertuduh insaf serta bertaubat.

“Mengikut fakta kes, kamu ini sudah wajib bernikah. Islam ini diturunkan untuk menyelesaikan masalah umat. Pernikahan ini sunnah Rasulullah dan jangan risau jadi fakir kerana berkahwin sedangkan kamu ini masih muda melainkan kamu ini memang pemalas.

“Penzinaan, duduk serumah bukan mahram dan bertukar pasangan bukan budaya kita. Kalau mampu bernikahlah,” katanya.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, Mohd Khaharmisa’ad Mohamed Yusof, 24, yang juga pengawal keselamatan mengaku bersalah berkhalwat dengan Noramira Liana Ishak, 19, pada hari dan tempat sama dengan Uzairudin.

Bagaimanapun, Mohd Khaharmisa’ad bernikah dengan pasangannya, Noramira, lima bulan selepas kejadian itu manakala Sufiah tidak dapat dikesan menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap Mohd Khaharmisa’ad manakala Noramira tidak dapat hadir ke mahkamah berikutan masih berpantang.

Pegawai Pendakwa Syarie, Abdul Halim Abdulah dalam hujahnya tegas memohon hukuman setimpal dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh.

“Tertuduh melakukan perbuatan itu seolah-olah hilang akal. Ia jelik dan meloyakan. Berjumpa di tepi jalan dan melakukan persetubuhan haram serta berkongsi pasangan. Ia seolah-olah harimau ganas yang membaham mangsa.

“Pihak pendakwaan bukan beremosi tetapi tersentuh kerana agama Islam kita dipandang enteng. Pendakwa mohon hukuman yang dikenakan dapat memulihkan iman dan noktah akhir bagi perbuatan zina mereka. Mereka perlu berdamping dengan agama,” katanya.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dibacakan Abdul Halim, hasil maklumat awam, sepasukan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan menjumpai dua pasangan itu.

Hasil pemeriksaan mereka menjumpai Mohd Kaharmisa’ad yang memakai seluar pendek tidak berbaju serta Normira Liana pula berpakaian baju seksi paras lutut tanpa pakaian dalam.

Manakala Uzairudin yang membuka pintu bilik kiri rumah itu dengan Sufiah yang ketika itu terlentang keletihan dengan memakai skirt pendek serta simis (anak baju).

Hasil siasatan mendapati Uzairudin dengan Sufiah baru satu hari kenal antara satu sama lain ketika lelaki itu sedang menghisap rokok depan tempat kerjanya manakala Mohd Kaharmisa’ad pula sudah tujuh bulan tinggal bersama dengan pasangannya di rumah itu.

29 July, 2009

Ustaz dituduh kelucahan melampau

MUAR: Seorang ustaz sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam terhadap dua pertuduhan merangsang untuk melakukan kelucahan melampau dan melanggar kesopanan terhadap dua pelajarnya yang menumpang tidur di rumahnya di Jalan Khalidi di sini, bulan lalu.

Kamarul Nizam Ahmad Untong, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dan meminta supaya dibicarakan.

Majistret Lydiana Mansor menetapkan 29 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan memerintahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan sementara menunggu tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz dan tertuduh diwakili peguam, Farid Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan pertama, Kamarul Nizam didakwa merangsang seorang pelajar berusia 13 tahun untuk melakukan satu perbuatan kelucahan melampau ketika tidur di rumahnya selepas menyertai kegiatan kokurikulum, dalam kejadian antara jam 2 pagi hingga 3 pagi, bulan lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ulasan:

Sepatutnya golongan ustaz ni jadi bahan rujukan kepada masyarakat tapi sebaliknya pula yang terjadi dalam kes ni. Ustaz ni tak amanah dalam jalankan tugas dia untuk mendidik anak-anak harapan Negara. Sepatutnya dia bimbing pelajarnya kearah kebaikan, ini nak dijadikan tempat melampiaskan nafsunya pulak. Harapkan pagar, pagar makan padi pula.. Kalau macam nilah, kita akan kekurangan golongan ustaz yang benar-benar ‘ustaz’ dalam erti kata yang sebenar.. Jujurnya, saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan kelucahan melampau tu, ermm.. kena tanya dua orang sahabat saya kat atas tu, Abang Farid ngan Safiah.. nasib baik lah ustaz ni tak datang M.jayasingam & Co, hehe.. apa pun, sebagai seorang practitioner saya memegang prinsip asas “semua orang adalah tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah”.. teringat pada seorang ustaz cute + nakal yang mengurat saya dengan ceramah agamanya. Tutur katanya lembut, walaupun pada awalnya saya slalu saja mempertikaikan hujahnya dan slalu bertanya soalan bodoh, dia tak pernah meninggi suara sebaliknya bersungguh-sungguh menjelaskan & mengupas sesuatu isu tu dengan bernas. Setiap malam pasti ada tajuk2 yang menarik disampaikan kepada saya buat saya tertunggu-tunggu, hehe. Paling saya suka ceramah beliau yang bertajuk "Bidadari Syurga @ Perihal Muslimah Sejati", saya akan ingat pesanan beliau sampai akhir hayat saya..
:)

27 July, 2009

Cinta Seorang Lelaki

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.


no. 6 Pictures, Images and Photos

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

26 July, 2009

"Funeral" by Yasmin Ahmad



Di kesempatan ini saya nak mengucapkan salam takziah buat keluarga Yasmin Ahmad yang telah meninggal dunia jam 11.25 malam semalam. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Hmm.. raya tahun ni tak dapat lah tengok iklan raya yang menyentuh perasaan kita..

Iklan kat atas ni adalah antara buah tangan beliau yang saya suka.. mesej yang cuba disampaikan sangat menyentuh perasaan.. sweet sangat. Hargailah orang yang kita sayang sementara dia masih hidup.. :)

*Boyfriend.. I missed you so much when we were away.. It hurts too much to be away from you.. :(



24 July, 2009

Jejaka Cemburuu..

Saya baca artikel ni kat Kosmo masa makan kat warung baru jap tadi.. ringkasnya, cubalah tengok ciri-ciri lelaki cemburu mengikut bulan kelahiran mereka.. hehehe..

1 Aquarius

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang sinis secara memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat mereka sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang lelaki sahaja, maka ternyatalah bahawa lelaki Aquarius sedang cemburu.

2 Pisces

Lelaki Pisces memiliki perasaan yang kuat cemburu. Kalau kekasihnya curang, mereka akan menjadi seperti wanita, mudah naik angin dan meraung-raung. Air matanya juga akan menenggelamkan kata-kata penjelasan anda.

3 Aries

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semula jadi. Selain suka memerintah, lelaki di bawah zodiak ini juga suka mengawal orang lain. Apabila berhadapan dengan musuh, mereka segera mengambil tindakan supaya musuh itu berundur daripada mengurat kekasihnya.

4 Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tetapi jangan ingat mereka tidak tahu cemburu.
Mereka tidak dapat menerima kekasih yang curang. Sekiranya mereka dapat tahu kekasihnya keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepada mereka.

5 Gemini

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan sahaja. Mereka bukan jenis yang tahu cemburu. Justeru, lelaki yang bernaung di bawah zodiak Gemini kurang memiliki perasaan cemburu berbanding dengan lelaki zodiak lain.

6 Cancer

Secara kebetulan lelaki Cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Mereka tidak akan berjauhan dengan kekasih malah, selalu berhimpit dengan kekasih. Ini kerana, mereka mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat.

7 Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Mereka tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh.
Mereka tidak akan menyebabkan air muka mereka jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun mereka tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

8 Virgo

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan lelaki Virgo. Walaupun mereka amat mencintai kekasih mereka, namun mereka tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

9 Libra

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imej, mereka rela mengenepikan perasaan cemburu demi mengekalkan penampilan yang baik. (ye ke?? tak caya, ahakks.. :P)

10 Scorpio

Semakin mendalam cinta lelaki Scorpio terhadap kekasih, semakin kuat cemburu mereka. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki Scorpio. Mereka menghormati dan mencintai sepenuh perasaan terhadap kekasih. (wahhh.. romantiknyerr )

11 Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun, cemburunya datang dengan cepat dan pergi juga dengan cepat. Mereka selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu akan mulai reda.

12 Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik atau mudah putus harap. Dia merasa rendah diri dalam kehidupan. Apabila mereka berasa cemburu, mereka tidak akan menunjukkan pada kekasih. Sebaliknya, lelaki Capricorn akan menunjukkan perasaan ketidakpuasan hati dengan menyibukkan diri melakukan aktiviti seperti sukan atau kerja.

Bapa bergaji RM400 resah anak jantung berlubang

GEORGETOWN: Bapa kepada seorang bayi lelaki merayu bantuan kewangan daripada orang ramai bagi menampung kos pembedahan jantung anaknya sebanyak RM35,000 di Pusat Rawatan Gleneagles (GMC) di sini, secepat mungkin.

Bayi malang itu, Muhammad Nur Afandi Ahmad Fuzi, 18 bulan yang berasal dari Merbok, Kedah, anak bongsu dua beradik kepada pasangan Ahmad Fauzi Abu Hassan, 32, dan Masmira Nawawi, 29.

Ahmad Fauzi berkata, dia hanya bekerja sebagai pekerja am dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan manakala isterinya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatannya yang tidak seberapa.

Dia berkata, Muhammad Nur sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan selepas mendapat rawatan di situ, pihak hospital menyarankan supaya mendapatkan rawatan lanjut di GMC.


“Sejurus dimasukkan di GMC, pihak hospital memberitahu penyakit jantung berlubang yang dialami anak bongsu saya perlu dibedah segera membabitkan kos sekitar RM35,000.

“Harapan saya ingin melihat anak kembali normal seperti kanak-kanak lain dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar sumbangan cek atas nama Muhammad Nur Afandi kepada Tabung Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.


22 July, 2009

'Hakim perlu berintegriti, tak memihak'

IPOH: Selagi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, telus dan terbuka, tiada mahkamah boleh menyalahkan kerajaan, melainkan ada hakim yang hilang integriti, memilih berpolitik atau bersimpati dengan kumpulan atau pemikiran politik, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah, ujian utama dan paling berat bagi hakim adalah memiliki sifat tidak memihak atau tidak berat sebelah terutama dari segi emosi dan kecenderungan.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan peranan badan kehakiman yang profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak perlu di-pertahankan.

"Hakim mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kedaulatan undang-undang dan integriti mahkamah dan jika mereka gagal memenuhi amanah itu, akan berlakulah ketidakseimbangan.

"Kesetiaan hakim adalah kepada keadilan yang bersandarkan undang-undang dan dalam memenuhi tanggungjawab itu, hakim terdedah kepada penilaian umum kerana telah dibina mekanisme pada peringkat mahkamah yang lebih tinggi, dengan panel hakim yang lebih ramai untuk menyemak sesuatu penghakiman yang dibuat," titah baginda merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dalam ucapan baginda, Sultan Perak juga menegaskan pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan sentimental bangsa, tetapi Raja turut mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme semak dan imbang dalam memperkukuhkan institusi demokrasi.

"Selaku ketua negara, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan.

"Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa," titah Raja Azlan.

Baginda bertitah, peranan, tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu digariskan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.

"Oleh itu, Raja ada kuasa dan tanggungjawab kenegaraan berlandaskan undang-undang. Namun, Beta pernah mengingatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada secara mutlak atau secara berperlembagaan. Bezanya, satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi berpandukan perlembagaan.

"Tetapi, adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan. Peranan sebenar Raja Pemerintah jauh mengatasi apa yang tersurat dalam perlembagaan," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, Profesor Vernon Bogdanor dalam bukunya bertajuk The Monarchy and the Constitution menghuraikan Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak iaitu hak menyampaikan nasihat dan pandangan, hak memberi galakan dan dorongan serta hak memberi peringatan dan teguran.

Sehubungan itu, titah baginda, Raja Pemerintah tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika ketiga-tiga hak itu berjaya dikendalikan secara bijaksana dan berhemah.

sumber: http://www.bharian.com.my

Peguam syarie kesal kenyataan pertikai sebat

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal dengan kenyataan dua pemimpin politik wanita mengenai hukuman yang dikenakan terhadap peragawati sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, kerana kesalahan meminum arak.

Timbalan Presiden PGSM Musa Awang menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, sebagai menghina keputusan Mahkamah Syariah.

"Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizat semalam dipetik sebagai berkata beliau terkejut dengan hukuman yang dikenakan itu manakala Lo' Lo' berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan sebaliknya perlu bersifat mendidik daripada menyebabkan kesakitan kepada wanita semata-mata untuk membuatkannya berubah.

Semasa mengulas perkara itu, Musa mengakui bahawa di Mahkamah Sivil tidak terdapat hukuman sebat untuk pesalah wanita, lelaki berumur 50 tahun ke atas (kecuali bagi kesalahan rogol) atau pesakit mental, tetapi dalam Islam, tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita.

"Walaupun niat baik kedua-dua tokoh ini adalah untuk memperjuangkan nasib wanita, tetapi mereka perlulah faham akan kaedah dan cara pelaksanaan hukuman sebat menurut Islam," katanya.

Musa berkata, menurut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang, hukuman terhadap pesalah wanita tidak akan dilaksanakan sekiranya pesalah itu hamil, sebaliknya ia hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.

Bagi pesalah perempuan, hukuman hendaklah dilaksanakan dalam keadaan duduk, manakala pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri, dan sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Musa berkata, PGSM berharap pelaksanaan undang-undang itu akan menjadi pengajaran kepada semua masyarakat terutama orang Islam.

http://www.bharian.com.my

* tak baca Enakmen ke 2 orang tu?

20 July, 2009

Hadapi Dengan Senyuman

Lagu ni saya tujukan khas buat untuk Saudara Aftar Bin Mohd Ali.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah, hadapilah hidup ini dengan senyuman.. :)




Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


15 July, 2009

Lelaki Metroseksual

Tadi sembang-sembang dengan Kak Ilah pasal lelaki metroseksual ni.. saya tak faham maksud sebenar istilah metroseksual ni. Sapa yang cipta istilah ni? Pada siapa istilah ni ditujukan? Macam mana rupa orang yang dikatakan metroseksual ni? Kak Ilah kata metroseksual ni orang laki yang suka melaram.. saya plak kata metroseksual ni merujuk kepada lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang.. haha, lagi jahat. bila dah baca kat internet baru tahu saya silap besar.. ishh tak baik tul. Metroseksual merujuk kepada lelaki yang mengambil berat soal penampilan, gaya dan memiliki cita rasa tinggi. Mereka bukan lelaki gay sama je macam lelaki lain bezanya mereka mementingkan penampilan diri. Kiranya pendapat Kak Ilah yang betul, hehe. Membaca artikel-artikel tentang lelaki metroseksual ni nak tergelak rasa, mana tak nya cara mereka mengalahkan kaum pompuan.

Kalau lelaki biasa ke kedai mamak untuk menggunting rambut, golongan metroseksual ni memilih salon, potongan rambut pun tentulah jauh beza dari kedai mamak, hehe. Diorang pun mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa menjaga 'kecantikan kulit muka" macam pompuan juga. Sanggup buat facial, pergi spa, cantikkan kuku tangan dan kaki. Skang pun kalau tengok kat Watson bukan main lagi pencuci muka laki, Loreal, Nivea, Biore pilih je. Bau badan mereka plak sentiasa wangi, perfumes pilihan mereka tau2 jelah.. Pakaian plak takde comot-comot ni sentiasa kemas dan kemeja-kemeja mereka biasanya mesti fit. Pendek kata sanggup berhabis duit untuk penampilan mereka. Adakah golongan ini menjadi pilihan wanita di Malaysia? Mengikut kajian yang melibatkan 1,000 responden lelaki dan wanita yang dipilih secara rambang untuk ditemuramah;

  • 23% wanita berpendapat lelaki nampak lebih menarik kalau mereka yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri.

  • 26 % wanita teruja melihat lelaki yang mempunyai nafas segar dan sihat tubuh badan.

  • 16% wanita tertarik jika lelaki bijak mencorak penampilan diri, dan bagi wanita Malaysia senyuman yang manis bukan lah daya penarik untuk menarik minat mereka.

Meh sini saya tambah skit, rupa bukan lah segala-galanya bagi wanita Malaysia, 70% daripada mereka lebih tertarik pada lelaki yang berduit.. haha. Tul tak?

Semalam saya rasa saya nampak lelaki metroseksual kat Tangkak, berkemeja hijau seluar hijau, smart sangat hensem gilerrr.. tak puas tengok dia, haha. Kalau dalam keluarga saya, ayah saya seorang yang menjaga penampilannya. Nak pi pasar pun pakai stokin dengan kasut Clarks kesayangan dia. T-shirt duk umah pun nak bergosok licin, tensyen aku yang menggosok ni, haha. Ayah suka T-shirt Camel, Snail, Bonia, U2, Hush Puppies, kasut plak dia tak suka pakai sandle mesti kasut bertutup tak Bonia mesti Clarks tu je yang dia suka, simple tapi kemas. Boyfriend Siti Mariam pun stylo, segak je walaupun boroi, jange mare yer, hehe. Bagi saya sendiri, saya pun suka kalau pasangan saya menjaga penampilan dirinya. Kita tengok pun rasa tenang, sejuk mata memandang. Bukan lah nak sampai ke tahap metroseksual, cukup lah kalau dia kelihatan kemas dan menarik. Nak angkut masuk Mahkamah pun takdelah orang pandang semacam. Buah Hati kesayangan saya pun bukan lah tergolong dalam kategori "handsome", penampilan dia serba sederhana je, sentiasa smart tak penah selekeh nampak sweet slalu.. suka tengok cermin mata dia, misai dia, janggut dia.. penah lah saya minta dia buang.. dia tak nak, hahaha.. sorry ye bee, kita tak buat lagi pasni. Kalau dia boleh terima saya seadanya, mengapa tidak saya terima dia seadanya? Saya akan pastikan satu hari nanti saya sendiri yang akan wat facial untuk dia, scrub kan dia, pilih shampoo dia, potong kuku jari n kaki dia, pilihkan baju untuk dia (gosok baju gilir2 yer, hehe), supaya dia sentiasa nampak kemas n comey, hehe. Paling saya terharu, dia sanggup beli baju baru warna favourite saya plak tu semata-mata nak jumpa saya.. walaupun dia lebih suka hijau dia pakai jugak baju biru, comey sangat.. cayang kat bee.. Saya bangga sangat jadi milik dia & punya buah hati seperti dia..

12 July, 2009

PERHIMPUNAN SILAT SENDENG PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009













Dirasmikan Oleh: Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman
Tarikh : 11hb Julai 2009
Lokasi : Dataran Ledang, Daerah Ledang, Johor
VVIP : Yang Sangat Berbahagia Cik Puan Siti Asmah Binti Zainal Ariffin


09 July, 2009

Tangungjawab Seorang Suami


Artikel ni bukan lah tulisan saya, tapi disebabkan saya suka kandungan artikel ni saya nak share artikel ni dalam blog saya. Artikel penuh boleh dibaca kat http://www.hmetro.com.my. pengarang telah menyenaraikan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang suami.. apa je yer??

love Pictures, Images and Photos

  • Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak dan orang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua serta orang gaji, jika ada

  • Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi. Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab. Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan.

  • Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak dengan sempurna.

  • Menyediakan nafkah zahir seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri serta anak. Namun, dalam nafkah yang asasi itu, jika suami cuai ia boleh dituntut. Begitupun, adanya tolak ansur adalah lebih baik dan lebih utama.

  • Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Suami selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.

  • Sekiranya isteri atau anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Jika ia berlaku, ayah atau suami perlu memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka membuat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa serta dorongan perasaan dan nafsu.

  • Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang, tetapi bukan tiada langsung wanita yang kuat jiwa dan akal melainkan mereka lebih didorong perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah, merungut, merajuk serta membebel dan situasi mereka itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa.

  • Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkannya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri.

    Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri. Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan rumah tangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan pelbagai cara, umpamanya bawa berjalan, makan angin dan ziarah kawan.

  • Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan rumah tangga, karier dan anak, perlu mendapat kerjasama yang baik daripada suami. Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri.

    Secara automatik berlaku perkongsian dalam kehidupan berumah tangga.

  • Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau perasaan terhadap wanita lain.

    Antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya saja sekali gus suami tidak membandingkan wajah dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain.

    Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan sejak azali lagi, terimalah seadanya.

  • Berbincang bersama. Dalam soal masalah atau perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperoleh penyelesaian tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama dapat menerimanya.


  • Love Pictures, Images and Photos


  • Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat aduan sekalipun, ia harus dibatasi tidak sampai mencemarkan maruah isteri.

  • Sentiasa merendah diri kepada isteri atau dengan istilah lain, tawaduk. Merendah diri bukan bererti meletakkan diri hingga boleh dihina isteri. Tawaduk ertinya tidak ego, sombong dan berasa diri segala-galanya.

    Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawaduk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan isteri. Banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan bersabar seperti yang dilakukan isteri.

    Tawaduk juga bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan daripada isteri.

  • Suami perlu bertolak ansur dengan isteri dalam pelbagai aspek untuk kehidupan berdua bersama anak-anak.

  • Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa.

    Contohnya ibu bapa mengasihi anak dan sebaliknya. Antara kedua-duanya ada pertalian. Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah sebaliknya.

  • Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa saja yang mereka mahu, mereka mampu memikirkannya.

    Namun sebenarnya, mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu memerlukan suami sebagai tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tempat merintih dan tempat memperoleh serta menumpahkan kasih sayang.

    Ketiadaan suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap dirasai terutama perasaan kerana ia fitrah semula jadi.
  • Kerjasama Majlis Peguam dan Dewan Bahasa Pustaka

    Saya tertarik dengan artikel yang saya baca di laman Majlis Peguam pagi tadi., mungkin dah basi skit lah. Majlis Peguam akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa Pustaka. Walaupun usaha ini agak lewat tapi ia satu permulaan yang baik untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam system kehakiman dan mahkamah di negara kita. Yelah, kat China, Thailand, Jepun dah lama mereka gunakan bahasa kebangsaan masing-masing di Mahkamah. Kalau kat Malaysia kita boleh lihat peruntukan bagi penggunaan Bahasa Melayu dalam Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990;


    “Segala prosiding (melainkan keterangan yang diberikan oleh saksi) dalam Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam bahasa kebangsaan…”


    Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam bersedia untuk bekerjasama dengan DBP untuk menghebahkan bahan-bahan terbitan DBP seperti kamus, laras undang-undang, makalah, glosari dan kamus istilah undang-undang untuk rujukan pengamal undang-undang. Majlis Peguam juga akan menganjurkan ceramah tentang undang-undang hakcipta kepada penulis untuk melindungi hak mereka.


    DBP plak akan membantu Majlis Peguam menyediakan Kelas Bahasa Melayu untuk ‘chambering student’, kerani firma guaman dan staff2 Majlis Peguam. Hmm.. ini satu idea yang baik dan sepatutnya diadakan sejak dulu lagi untuk membantu golongan ni. Setakat hari ni chambering student yang graduate dari oversea memang diwajibkan untuk menduduki peperiksaan Bahasa Melayu, tapi ia sekadar peperiksaan je tak membantu mereka pun untuk menguasai Bahasa Melayu dengan baik.


    Yelah kat universiti medium pengantarnya dalam Bahasa Inggeris tapi bila tamat belajar bahasa yang digunakan di Mahkamah plak dalam Bahasa Melayu. Dulu masa saya kat U buku rujukan, bahan bacaan dan teks perundangan banyak dalam Bahasa Inggeris. Ada gak buku teks undang-undang terjemahan DBP yang saya beli, tapi jujurnya saya lansung tak faham apa yang nak disampaikan, kat situ terjemahannya ada kelemahan skit.. sudahnya saya terpaksa beli gak versi Bahasa Inggeris. Mujurlah saya graduan UKM jadi bila dah keje ia bukanlah satu masalah yang besar buat saya, alhamdulillah.. :)


    Kalau duk kat Galeri Awam dalam Mahkamah tu nak tergelak pun ada bila dengar lawyer2 non-malay ni cakap Bahasa Melayu. Eksen je lebih bila muka mulut hmm.. tunggang langgang bahasanya macam2 istilah ‘rekaan’ sendiri yang kuar, hehehe…


    Bahasa Mahkamah adalah bahasa yang penuh sopan santun dan tertib, ermm.. laras bahasanya berbeza dengan bahasa yang kita gunakan seharian.. lagi jauh beza dengan bahasa yang kita guna bila cakap ngan boiprend tau.


    Apa yang membanggakan seperti laporan akhabar baru-baru ni hampir 80% daripada 13000 peguam telah menggunakan Bahasa Melayu semasa mengendalikan kes di Mahkamah. Semoga kerjasama Majlis Peguam dan Dewan Bahasa Pustaka ini dapat mendaulatkan Bahasa Melayu dalam bidang perundangan dan kehakiman. InsyaAllah.. :)