24 July, 2009

Bapa bergaji RM400 resah anak jantung berlubang

GEORGETOWN: Bapa kepada seorang bayi lelaki merayu bantuan kewangan daripada orang ramai bagi menampung kos pembedahan jantung anaknya sebanyak RM35,000 di Pusat Rawatan Gleneagles (GMC) di sini, secepat mungkin.

Bayi malang itu, Muhammad Nur Afandi Ahmad Fuzi, 18 bulan yang berasal dari Merbok, Kedah, anak bongsu dua beradik kepada pasangan Ahmad Fauzi Abu Hassan, 32, dan Masmira Nawawi, 29.

Ahmad Fauzi berkata, dia hanya bekerja sebagai pekerja am dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan manakala isterinya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatannya yang tidak seberapa.

Dia berkata, Muhammad Nur sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan selepas mendapat rawatan di situ, pihak hospital menyarankan supaya mendapatkan rawatan lanjut di GMC.


“Sejurus dimasukkan di GMC, pihak hospital memberitahu penyakit jantung berlubang yang dialami anak bongsu saya perlu dibedah segera membabitkan kos sekitar RM35,000.

“Harapan saya ingin melihat anak kembali normal seperti kanak-kanak lain dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar sumbangan cek atas nama Muhammad Nur Afandi kepada Tabung Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.


1 comment:

  1. Aiiii....!???
    Ni mesti Ustaz Jijan tak tau...klu tau sure baitul Mal keluar fund dalam masa 24 jam. Sy yakin Sultan, Sultanah Kedah serta Kerajaan Pakatan Rakyat Penang juga terharu dan segera bertindak. InsyaAllah...

    ReplyDelete