31 July, 2009

Berkhalwat dengan Bohsia

sumber: http://www.hmetro.com.my

* saya tertarik dengan judgment & teguran Yang Arif Mohd Radzi dalam kes ni, semoga laporan akhbar ni jadi iktibar dan peringatan kepada kita semua.

KUALA LUMPUR: “Pernikahan perisai kepada penzinaan dan jika tidak mampu, kamu boleh berpuasa,” tegur Hakim Syarie Mohd Radzi Abdul Latif kepada seorang pengawal keselamatan yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 kerana berkhalwat.

Hakim Syarie Mohd Radzi menjatuhkan hukuman itu terhadap Uzairudin Mohd Razali, 23, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan Sufiah Abdul Wahab, 20, di sebuah rumah di Jalan Batu Bata, Off Jalan Ipoh di sini, pada jam 1 pagi, 20 Julai 2008.

Mohd Radzi berkata, mahkamah bukan semata-mata untuk menghukum sebaliknya mendidik masyarakat Islam supaya lebih beriman kepada Allah dan berharap tertuduh insaf serta bertaubat.

“Mengikut fakta kes, kamu ini sudah wajib bernikah. Islam ini diturunkan untuk menyelesaikan masalah umat. Pernikahan ini sunnah Rasulullah dan jangan risau jadi fakir kerana berkahwin sedangkan kamu ini masih muda melainkan kamu ini memang pemalas.

“Penzinaan, duduk serumah bukan mahram dan bertukar pasangan bukan budaya kita. Kalau mampu bernikahlah,” katanya.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, Mohd Khaharmisa’ad Mohamed Yusof, 24, yang juga pengawal keselamatan mengaku bersalah berkhalwat dengan Noramira Liana Ishak, 19, pada hari dan tempat sama dengan Uzairudin.

Bagaimanapun, Mohd Khaharmisa’ad bernikah dengan pasangannya, Noramira, lima bulan selepas kejadian itu manakala Sufiah tidak dapat dikesan menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap Mohd Khaharmisa’ad manakala Noramira tidak dapat hadir ke mahkamah berikutan masih berpantang.

Pegawai Pendakwa Syarie, Abdul Halim Abdulah dalam hujahnya tegas memohon hukuman setimpal dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh.

“Tertuduh melakukan perbuatan itu seolah-olah hilang akal. Ia jelik dan meloyakan. Berjumpa di tepi jalan dan melakukan persetubuhan haram serta berkongsi pasangan. Ia seolah-olah harimau ganas yang membaham mangsa.

“Pihak pendakwaan bukan beremosi tetapi tersentuh kerana agama Islam kita dipandang enteng. Pendakwa mohon hukuman yang dikenakan dapat memulihkan iman dan noktah akhir bagi perbuatan zina mereka. Mereka perlu berdamping dengan agama,” katanya.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dibacakan Abdul Halim, hasil maklumat awam, sepasukan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan menjumpai dua pasangan itu.

Hasil pemeriksaan mereka menjumpai Mohd Kaharmisa’ad yang memakai seluar pendek tidak berbaju serta Normira Liana pula berpakaian baju seksi paras lutut tanpa pakaian dalam.

Manakala Uzairudin yang membuka pintu bilik kiri rumah itu dengan Sufiah yang ketika itu terlentang keletihan dengan memakai skirt pendek serta simis (anak baju).

Hasil siasatan mendapati Uzairudin dengan Sufiah baru satu hari kenal antara satu sama lain ketika lelaki itu sedang menghisap rokok depan tempat kerjanya manakala Mohd Kaharmisa’ad pula sudah tujuh bulan tinggal bersama dengan pasangannya di rumah itu.

1 comment:

  1. Mas Thomas pun suka berkhalwat ni tp sorg-sorg kat dalam bilik di rumah jam 2 pg hingga 5 pg. Masa ni tajam n banyak idea-idea kreatif terhasil. Kalau khalwat dengan Bohsia tak tau la kreatif ka dak TAPI RASANYA HARAPAN HIV POSITIVE CERAH AGAKNYA DARIPADA DAPAT IDEA CREATIVE....muaaaahhaaaaaa....haaaaa....

    ReplyDelete