09 July, 2009

Kerjasama Majlis Peguam dan Dewan Bahasa Pustaka

Saya tertarik dengan artikel yang saya baca di laman Majlis Peguam pagi tadi., mungkin dah basi skit lah. Majlis Peguam akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa Pustaka. Walaupun usaha ini agak lewat tapi ia satu permulaan yang baik untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam system kehakiman dan mahkamah di negara kita. Yelah, kat China, Thailand, Jepun dah lama mereka gunakan bahasa kebangsaan masing-masing di Mahkamah. Kalau kat Malaysia kita boleh lihat peruntukan bagi penggunaan Bahasa Melayu dalam Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990;


“Segala prosiding (melainkan keterangan yang diberikan oleh saksi) dalam Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam bahasa kebangsaan…”


Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam bersedia untuk bekerjasama dengan DBP untuk menghebahkan bahan-bahan terbitan DBP seperti kamus, laras undang-undang, makalah, glosari dan kamus istilah undang-undang untuk rujukan pengamal undang-undang. Majlis Peguam juga akan menganjurkan ceramah tentang undang-undang hakcipta kepada penulis untuk melindungi hak mereka.


DBP plak akan membantu Majlis Peguam menyediakan Kelas Bahasa Melayu untuk ‘chambering student’, kerani firma guaman dan staff2 Majlis Peguam. Hmm.. ini satu idea yang baik dan sepatutnya diadakan sejak dulu lagi untuk membantu golongan ni. Setakat hari ni chambering student yang graduate dari oversea memang diwajibkan untuk menduduki peperiksaan Bahasa Melayu, tapi ia sekadar peperiksaan je tak membantu mereka pun untuk menguasai Bahasa Melayu dengan baik.


Yelah kat universiti medium pengantarnya dalam Bahasa Inggeris tapi bila tamat belajar bahasa yang digunakan di Mahkamah plak dalam Bahasa Melayu. Dulu masa saya kat U buku rujukan, bahan bacaan dan teks perundangan banyak dalam Bahasa Inggeris. Ada gak buku teks undang-undang terjemahan DBP yang saya beli, tapi jujurnya saya lansung tak faham apa yang nak disampaikan, kat situ terjemahannya ada kelemahan skit.. sudahnya saya terpaksa beli gak versi Bahasa Inggeris. Mujurlah saya graduan UKM jadi bila dah keje ia bukanlah satu masalah yang besar buat saya, alhamdulillah.. :)


Kalau duk kat Galeri Awam dalam Mahkamah tu nak tergelak pun ada bila dengar lawyer2 non-malay ni cakap Bahasa Melayu. Eksen je lebih bila muka mulut hmm.. tunggang langgang bahasanya macam2 istilah ‘rekaan’ sendiri yang kuar, hehehe…


Bahasa Mahkamah adalah bahasa yang penuh sopan santun dan tertib, ermm.. laras bahasanya berbeza dengan bahasa yang kita gunakan seharian.. lagi jauh beza dengan bahasa yang kita guna bila cakap ngan boiprend tau.


Apa yang membanggakan seperti laporan akhabar baru-baru ni hampir 80% daripada 13000 peguam telah menggunakan Bahasa Melayu semasa mengendalikan kes di Mahkamah. Semoga kerjasama Majlis Peguam dan Dewan Bahasa Pustaka ini dapat mendaulatkan Bahasa Melayu dalam bidang perundangan dan kehakiman. InsyaAllah.. :)

5 comments:

  1. Aiii...??? ada lagi ka Mahkamah kat M'sia ni? Pakcik Highlander2u ingat takdak dah selepas Tun Salleh Abbas kena pecat dulu serta kes Pakcik tak dipanggil membela diri kat Mahkamah Syariah...tetiba kluaq keputusan.
    Ada lagi ka hakim dan mahkamah kat M'sia ni? Maafla nu...Pak Cik tak beli surat khabar tak tau

    ReplyDelete
  2. apa khabar mr.highlander? kene pgil pakcik ke? hehe.. :) ermm.. napa tak dipanggil yer? slalunyer keadaan camtu jadi bila seseorang tu tak diketahui alamat terakhirnya dan/atau tak dapat dikesan..

    ReplyDelete
  3. Bagaimana sekiranya seorang isteri yang jika dinasihati melakukan perkara baik spt suami mengajar ibadah dsbnya tetapi tidak mahu mendengar. Kemudian membawa lari anak yg masih under custody, memfailkan di Mahkamah tuntutan Fasakh dengan memberi alamat tempat tinggal suami yang palsu supaya surat membela diri frm Mahkamah tidak sampai ke alamat tempat tinggal suami dengan bayaran RM300-RM500 merasuah Mahkamah Syariah?

    ReplyDelete
  4. kalau ada bukti elok perkara ni didedahkan supaya orang yang tak amanah tu diambil tindakan..

    ReplyDelete
  5. Kawan saya ni bukannya Tan Sri pihak berkuasa nak layan kes dia ni. Pernah saya escort dia pergi tanya pihak polis utk buat laporan akhirnya pegawai polis berkenaan secara sinis menyarankan si polan ni kawin lain saja, pihak polis tiada kuasa nak siasat perkara ni. Kes sogok duit ni camna nak dapatkan bukti? Sogokan bukannya ada resit lagipun kawan saya ni tiada kuasa nak tempatkan cctv disetiap sudut mahkamah nak pantau

    ReplyDelete