15 July, 2009

Lelaki Metroseksual

Tadi sembang-sembang dengan Kak Ilah pasal lelaki metroseksual ni.. saya tak faham maksud sebenar istilah metroseksual ni. Sapa yang cipta istilah ni? Pada siapa istilah ni ditujukan? Macam mana rupa orang yang dikatakan metroseksual ni? Kak Ilah kata metroseksual ni orang laki yang suka melaram.. saya plak kata metroseksual ni merujuk kepada lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang.. haha, lagi jahat. bila dah baca kat internet baru tahu saya silap besar.. ishh tak baik tul. Metroseksual merujuk kepada lelaki yang mengambil berat soal penampilan, gaya dan memiliki cita rasa tinggi. Mereka bukan lelaki gay sama je macam lelaki lain bezanya mereka mementingkan penampilan diri. Kiranya pendapat Kak Ilah yang betul, hehe. Membaca artikel-artikel tentang lelaki metroseksual ni nak tergelak rasa, mana tak nya cara mereka mengalahkan kaum pompuan.

Kalau lelaki biasa ke kedai mamak untuk menggunting rambut, golongan metroseksual ni memilih salon, potongan rambut pun tentulah jauh beza dari kedai mamak, hehe. Diorang pun mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa menjaga 'kecantikan kulit muka" macam pompuan juga. Sanggup buat facial, pergi spa, cantikkan kuku tangan dan kaki. Skang pun kalau tengok kat Watson bukan main lagi pencuci muka laki, Loreal, Nivea, Biore pilih je. Bau badan mereka plak sentiasa wangi, perfumes pilihan mereka tau2 jelah.. Pakaian plak takde comot-comot ni sentiasa kemas dan kemeja-kemeja mereka biasanya mesti fit. Pendek kata sanggup berhabis duit untuk penampilan mereka. Adakah golongan ini menjadi pilihan wanita di Malaysia? Mengikut kajian yang melibatkan 1,000 responden lelaki dan wanita yang dipilih secara rambang untuk ditemuramah;

  • 23% wanita berpendapat lelaki nampak lebih menarik kalau mereka yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri.

  • 26 % wanita teruja melihat lelaki yang mempunyai nafas segar dan sihat tubuh badan.

  • 16% wanita tertarik jika lelaki bijak mencorak penampilan diri, dan bagi wanita Malaysia senyuman yang manis bukan lah daya penarik untuk menarik minat mereka.

Meh sini saya tambah skit, rupa bukan lah segala-galanya bagi wanita Malaysia, 70% daripada mereka lebih tertarik pada lelaki yang berduit.. haha. Tul tak?

Semalam saya rasa saya nampak lelaki metroseksual kat Tangkak, berkemeja hijau seluar hijau, smart sangat hensem gilerrr.. tak puas tengok dia, haha. Kalau dalam keluarga saya, ayah saya seorang yang menjaga penampilannya. Nak pi pasar pun pakai stokin dengan kasut Clarks kesayangan dia. T-shirt duk umah pun nak bergosok licin, tensyen aku yang menggosok ni, haha. Ayah suka T-shirt Camel, Snail, Bonia, U2, Hush Puppies, kasut plak dia tak suka pakai sandle mesti kasut bertutup tak Bonia mesti Clarks tu je yang dia suka, simple tapi kemas. Boyfriend Siti Mariam pun stylo, segak je walaupun boroi, jange mare yer, hehe. Bagi saya sendiri, saya pun suka kalau pasangan saya menjaga penampilan dirinya. Kita tengok pun rasa tenang, sejuk mata memandang. Bukan lah nak sampai ke tahap metroseksual, cukup lah kalau dia kelihatan kemas dan menarik. Nak angkut masuk Mahkamah pun takdelah orang pandang semacam. Buah Hati kesayangan saya pun bukan lah tergolong dalam kategori "handsome", penampilan dia serba sederhana je, sentiasa smart tak penah selekeh nampak sweet slalu.. suka tengok cermin mata dia, misai dia, janggut dia.. penah lah saya minta dia buang.. dia tak nak, hahaha.. sorry ye bee, kita tak buat lagi pasni. Kalau dia boleh terima saya seadanya, mengapa tidak saya terima dia seadanya? Saya akan pastikan satu hari nanti saya sendiri yang akan wat facial untuk dia, scrub kan dia, pilih shampoo dia, potong kuku jari n kaki dia, pilihkan baju untuk dia (gosok baju gilir2 yer, hehe), supaya dia sentiasa nampak kemas n comey, hehe. Paling saya terharu, dia sanggup beli baju baru warna favourite saya plak tu semata-mata nak jumpa saya.. walaupun dia lebih suka hijau dia pakai jugak baju biru, comey sangat.. cayang kat bee.. Saya bangga sangat jadi milik dia & punya buah hati seperti dia..

11 comments:

  1. Bukan lelaki metroseksual ni lelaki yang suka baca akhbar Metro ka? Mas Thomas Harakahseksual sbb ska baca akhbar Harakah. Setahu Mas Thomas lelaki Metroseksual ni suka naik bas Metro kat KL!
    Maafla kalau salah..Mas Thomas tak sekolah.
    Kalau lelaki Metroseksual ska pkai stokin pi pasar, haaa...lelaki Harakahseksual pkai selipar jamban ja smpai Selatan Semenanjung Malaysia! Tak caya bleh tengok nnt...

    ReplyDelete
  2. Ehhh...buah hati Siti pkai cermin mata ka..ada misai ka? Misai dia ada dak macam misai PAK AJI MISAI KONTOT (Saleh Kamil) dalam filem "3 Abdul" Allahyarham Tan Sri P.Ramlee???

    ReplyDelete
  3. Apa Siti penaya buah hati beli baju biru, klu biru pun biaqla biru muda jgn biru tua. Kalau baju ijau Siti beli mesti dia pakai smpai tak basuh seminggu...betoi...tak pcaya beli lagi sekali tp warna ijau macam mambang ijau kemudian kita tengok!

    ReplyDelete
  4. Kita tak mintak pun dia beli baju biru lah, hehe.. Mr.Neo tak nak tanye ke kita jumpa sapa yg pakai serba hijau tu, hehehe.. :)

    ReplyDelete
  5. Ibnu ZatussalasilJuly 17, 2009 at 10:07 PM

    Yang berbaju biru tuh musti hensem kan mcm sayer, hehehe.. Jgn mara yer mas thomas nnt kena juai ooooo...

    ReplyDelete
  6. Haaa...yang ijau macam mambang e-Jou tu gerenti Datuk Pujangga..!!!!
    Kepada Ibnu Zatussalasil: Hensem konon...muker macam Buyong Tatak Tuer hensem konon! Pirahhh pokok serai lagi hensem looo....
    Itu Datuk Pujangga apa pasai..kena tai song ka...apa daaa tanam serai boleh tuai padi?!!!

    ReplyDelete
  7. beee.. mr.neo ni kutuk bf kita.. sampai ati dia.. ermm.. teringin nak tgk camne wajah mr.neo ni yer? sama mcm Datuk Pujangga ker? :)

    ReplyDelete
  8. Ibnu ZatussalasilJuly 19, 2009 at 1:01 AM

    Hahahaha pokok serai kalo dipakaikan gaun & letak bedak byk2 baru tau pun mgkn boleh jd lebih ensem drpd mr neo agaknya, hahahaha...

    ReplyDelete
  9. Siti Stghowbeghi tak dengaq cgheta ka Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang kena penyakit Batu Kaghang 2 hari lepaieh?!
    Baik ajak "Buah Hati" pi melawat. Ianya telah disahkan oleh Dr. Pakar Neurology aka Ahlil Nujum Negara Marang Merapu Kapunden Parang Sekeper...!!! Apatah nama Dr. tu Mas Thomas trlupa plak maklumlah dah tuer ( tp bkn Buyong Tatak Tuer ). Aaaaaa.... Siti nk tau lanjut bleh tanya Datuk Pujangga atau Sang Nila Utama.
    SUK dah kluaq Notis Pekeliling SKPTK dekat umah TKM 1 P.Pinang ni cuti 1 tahun berkuatkuasa 20hb Julai, 2009 !!!!!

    ReplyDelete
  10. Kalu Puspawangi tak paham boleh tanya Tun Nila Utama...kalau tanya Datuk Pujangga nnt lagi banyak falsafahnya.....

    ReplyDelete