22 July, 2009

Peguam syarie kesal kenyataan pertikai sebat

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal dengan kenyataan dua pemimpin politik wanita mengenai hukuman yang dikenakan terhadap peragawati sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, kerana kesalahan meminum arak.

Timbalan Presiden PGSM Musa Awang menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, sebagai menghina keputusan Mahkamah Syariah.

"Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizat semalam dipetik sebagai berkata beliau terkejut dengan hukuman yang dikenakan itu manakala Lo' Lo' berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan sebaliknya perlu bersifat mendidik daripada menyebabkan kesakitan kepada wanita semata-mata untuk membuatkannya berubah.

Semasa mengulas perkara itu, Musa mengakui bahawa di Mahkamah Sivil tidak terdapat hukuman sebat untuk pesalah wanita, lelaki berumur 50 tahun ke atas (kecuali bagi kesalahan rogol) atau pesakit mental, tetapi dalam Islam, tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita.

"Walaupun niat baik kedua-dua tokoh ini adalah untuk memperjuangkan nasib wanita, tetapi mereka perlulah faham akan kaedah dan cara pelaksanaan hukuman sebat menurut Islam," katanya.

Musa berkata, menurut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang, hukuman terhadap pesalah wanita tidak akan dilaksanakan sekiranya pesalah itu hamil, sebaliknya ia hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.

Bagi pesalah perempuan, hukuman hendaklah dilaksanakan dalam keadaan duduk, manakala pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri, dan sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Musa berkata, PGSM berharap pelaksanaan undang-undang itu akan menjadi pengajaran kepada semua masyarakat terutama orang Islam.

http://www.bharian.com.my

* tak baca Enakmen ke 2 orang tu?

1 comment:

  1. mudah ja..tak mau kena sebat jangan kena Tai Song la! Banyak lg ayaq dok ada..teh taghek, Sirap Limau, Jus Tongkat Ali, Jus Tembikai...yg buta peghot pi kena Tai Song sapa sughoh?! Akai ada ka? Oghang Putih R&D Astrology tak mau ikut, bla Oghang Putih kena Tai Song pi ikut!!??? Bodo x dak akai !!

    ReplyDelete