29 July, 2009

Ustaz dituduh kelucahan melampau

MUAR: Seorang ustaz sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam terhadap dua pertuduhan merangsang untuk melakukan kelucahan melampau dan melanggar kesopanan terhadap dua pelajarnya yang menumpang tidur di rumahnya di Jalan Khalidi di sini, bulan lalu.

Kamarul Nizam Ahmad Untong, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dan meminta supaya dibicarakan.

Majistret Lydiana Mansor menetapkan 29 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan memerintahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan sementara menunggu tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz dan tertuduh diwakili peguam, Farid Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan pertama, Kamarul Nizam didakwa merangsang seorang pelajar berusia 13 tahun untuk melakukan satu perbuatan kelucahan melampau ketika tidur di rumahnya selepas menyertai kegiatan kokurikulum, dalam kejadian antara jam 2 pagi hingga 3 pagi, bulan lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ulasan:

Sepatutnya golongan ustaz ni jadi bahan rujukan kepada masyarakat tapi sebaliknya pula yang terjadi dalam kes ni. Ustaz ni tak amanah dalam jalankan tugas dia untuk mendidik anak-anak harapan Negara. Sepatutnya dia bimbing pelajarnya kearah kebaikan, ini nak dijadikan tempat melampiaskan nafsunya pulak. Harapkan pagar, pagar makan padi pula.. Kalau macam nilah, kita akan kekurangan golongan ustaz yang benar-benar ‘ustaz’ dalam erti kata yang sebenar.. Jujurnya, saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan kelucahan melampau tu, ermm.. kena tanya dua orang sahabat saya kat atas tu, Abang Farid ngan Safiah.. nasib baik lah ustaz ni tak datang M.jayasingam & Co, hehe.. apa pun, sebagai seorang practitioner saya memegang prinsip asas “semua orang adalah tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah”.. teringat pada seorang ustaz cute + nakal yang mengurat saya dengan ceramah agamanya. Tutur katanya lembut, walaupun pada awalnya saya slalu saja mempertikaikan hujahnya dan slalu bertanya soalan bodoh, dia tak pernah meninggi suara sebaliknya bersungguh-sungguh menjelaskan & mengupas sesuatu isu tu dengan bernas. Setiap malam pasti ada tajuk2 yang menarik disampaikan kepada saya buat saya tertunggu-tunggu, hehe. Paling saya suka ceramah beliau yang bertajuk "Bidadari Syurga @ Perihal Muslimah Sejati", saya akan ingat pesanan beliau sampai akhir hayat saya..
:)

5 comments:

  1. 5 sebatan tak cukup tu...kasi 100 sebatan biaq kenyang sikit !!!
    Baru bila keluar nanti tengok students perempuan Ustaz ni melolong nangis..
    Muaaaaa...haaa....haaa....!!!

    ReplyDelete
  2. Haaa....ustaz yg cute + nakal mengurat tu boleh dihadapkan di bawah seksyen mendorong kelucahan melampau "Seksyen 377E" klaus (b). Mr. Thomas wartakan serta-merta!!!
    Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima abad dan sebatan dia dengan mob lantai, jika sabit kesalahan..!!!

    ReplyDelete
  3. jangan hanya sekadar berkata.. lihatlah daripada pelbagai sudut dan aspek,,

    ReplyDelete
  4. Ibnu ZatussalasilJuly 30, 2009 at 8:34 AM

    Hahaha mas thomas dah penah kena ka ataih seksyen nih? hahaha kalo lum kena nnt chek nak minta cik strawberry bwk pi mahakamah seksyen paghit buntaq, lwn dgn kerepal singh, hehehehe.
    Cik strawberry, saper ustaz tuh? mesti dier cmey sgtkan...

    ReplyDelete
  5. Nii... pirah ! Ustaz macam muka Pokok Seghai tak kena baja comey kononnnn !!!!!!!!!!!
    Muker macam Buyong Tatak Tuer tercekek bijik kurma ada laaaaaa.............!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete