27 August, 2009

Pengajaran Bersama; Paku Di Dinding

posted Pictures, Images and Photos



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.


Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, takkesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sempena bulan yang mulia ni, maafkan lah saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang , kesalahan di dinding hati kawan2 semua.. Maafkan saya yer, jangan ambil hati tau. Kalau saya ada wat silap, tegurlah.. saya sedia terima teguran demi kebaikan.. I love you.. all of you.. Ouhibbuka.. main tumse pyar karta hoo..

26 August, 2009

Indahnya malam pertama kita


Satu hal sebagai bahan renungan Kita....
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ....jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian....

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan...
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur ....
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur .....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu.....

Dr. Mariam & Lovely Animal

Rindu betul kat adik saya, Mariam.. dah dekat dua minggu dia bertugas kat Terengganu.. Malam tadi sengaja saya luangkan masa tengok gambar-gambar lama dia kat dalam lap top saya.. terjumpa pulak gambar dia dengan haiwan2 yang cute ni.. Tak sabar nak tunggu dia balik, banyak gossip nih, hehehe.. miss so much dikk.. :)










25 August, 2009

ETIKA MENGHADIRI MAHKAMAH TERBUKA


Pagi ni ketika berada di Mahkamah, ntah untuk yang ke berapa kali saya berpeluang menyaksikan drama & gelagat orang awam yang disaman... Betul-betul melucukan hati, hehehe... Ada yang emosional sampai menangis teresak-esak, yang kalut, ada juga yang berani tawar-menawar jumlah denda lak tu, hahaha.. berani betul.

Kalau lah ada pembaca yang disaman untuk hadir ke Mahkamah, kat bawah ni saya kongsikan tips dan etika untuk menghadiri Mahkamah.

Bila kita terima je surat saman, first sekali tengok tarikh dan waktu yang dicatit dalam saman tu. Tengok juga nombor kes kat bahagian saman, dan Mahkamah mana yang perlu kita hadir, Majistret ke Sesyen.. Jika kita disaman, kita akan disebut sebagai Defendan. Apa Defendan tu? Defendan tu adalah istilah ganti nama untuk orang yang dituntut.

Biasanya, kita perlu hadir tepat jam 9 pagi. Seeloknya sebelum 9 pagi mesti sampai ke Mahkamah.

Pakai pakaian yang kemas. Jangan pakai pakaian berikut;

  • Seluar/skirt pendek
  • Jeans
  • Selipar
  • Topi Keledar
  • Cermin mata hitam
  • Jaket kulit
  • Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan

Sebelum memasuki Mahkamah sila pastikan telefon bimbit korang dipadamkan atau disilentkan. Ingat! Kalau telefon korang berbunyi semasa Mahkamah bersidang, Jurubahasa akan rampas telefon tu.

Sila berada di dalam Mahkamah sebelum persidangan bermula. Kalau korang lambat sampai, nak masuk tu sila tunduk hormat lepas buka pintu dan ambil tempat duduk.

Bila nama dipanggil oleh jurubahasa, sila tampil ke depan. Kalau mereka minta kad pengenalan, keluarkan kad pengenalan korang.

Contoh lah, kalau kes hutang bank, jurubahasa akan tanya, “Mengaku tak anda berhutang/jumlah hutang yang disebut?”

Kalau saman jabatan kan, misalnya JPJ atau Majlis Perbandaran, jurubahasa akan membacakan pertuduhan di hadapan korang. Kemudian dia akan tanya, ‘Mengaku bersalah atau tidak?”

Bagi contoh yang pertama, jika korang mengaku Hakim/Majistret akan tanya berapa yang korang sanggup bayar. Jika korang kata RM100 misalnya, Mahkamah akan merekodkan Penghakiman Persetujuan. Jika tak mengaku ada wat pinjaman atau tak mengaku jumlah terhutang tu, Mahkamah akan beri satu tarikh baru untuk korang failkan Pembelaan. Kalau tak hadir macam mana plak? Hehehe.. lagi senang keja lawyer, kami akan minta Mahkamah rekodkan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan yang tak hadir.

Bagi contoh yang kedua, jika korang mengaku, jurubahasa akan tanya “Apa rayuan anda?” Haa.. masa nilah banyak orang yang emosional, especially makcik-makcik. Apa yang susah sangat, cakap jelah, “Saya mohon rayuan dikurangkan kerana ada tanggungan lain…” Ini tak, nak nangis teresak-esak kata bukan salah dia lah, anak sedara yang tunggang motor tulah, tak perasan lampu dah merah lah, takde masa nak renew road tax lah, pape ntah.

Jangan sekali-kali “tawar-menawar” jumlah denda dengan Mahkamah, memang cari nahas lah. Ada lah sorang apek ni, jurubahasa tanya apa rayuan anda, dia boleh jawab “RM50 sudah lah”, hahaha.. merah padam muka Majistret tu, bengang kat apek ni.. sudahnya apek ni diarah keluar untuk memikirkan apa rayuan nya. Saya keluar dan saya tuliskan kat atas kertas apa yang patut apek tu cakap. Setengah jam kemudian dia masuk lagi dengan rayuannya... “saya mohon rayuan dikurangkan kerana saya sudah tak bekerja, dan saya janji tak kan ulangi kesalahan tu”.

Kalau korang tak mengaku atas pertuduhan yang dibacakan, satu tarikh baru akan ditetapkan untuk korang failkan pembelaan atau melantik peguam. Alah, senang citer ngaku jelahh..

Bila Mahkamah dah jatuhkan hukuman, ucapkan terima kasih, tunduk hormat dan keluar dengan senyap. Biasanya, untuk saman jabatan korang akan diarahkan untuk membayar denda kat kaunter. Kad pengenalan korang juga akan dipulangkan masa tu.

Saya harap tips ringkas ni dapat membantu jika ada sesapa dikalangan pembaca yang disaman untuk hadir ke Mahkamah satu hari nanti…

23 August, 2009

Ramadhan: Bulan Penuh Rahmat


ramadhan Pictures, Images and Photos

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

sumber: http://www.harunyahya.com

21 August, 2009

Kasut Raya


Niat di hati ingat nak cari kasut , beli online jer.. kot2 ada yang berkenan.. cari punya cari terjumpa lah kasut kat atas ni.. lucu kann.. rasa2 kalau belikan untuk boyfriend dia nak pakai tak? hehehe...



Sakitnya..


high heels Pictures, Images and Photos


Nak mengadu nasib kat kawan kawan ni.. malam tadi kita tak dapat tidur sebab sakit sangat peha ni.. balik semalam check dah lebam warnanya dark purple.. seksanya bila nak sujud & rukuk.. pas kena semalam takdelah sakit bila malam dia berdenyut-denyut plak.. nasib baik ada painkiller, saya makan Ponstan 500mg baru lah leh lelapkan mata.. pagi ni saya pakai sandle Bata jer, had to walk very, very slowly. No high heels shoes this week and maybe sampai next week biar baik betul..

12.30pm : Adalah hamba Allah ni katanya malam tadi bermimpi telah digilis bas. So, hari ni dia belanja semua staff dia makan tengahari "konon" nak menyucikan dosa lah ringkasnya. Alhamdulillah, dah rezeki kami... tulah, semalam kurang ajar ngan aku.. tau takut, hehehe..

SALAM RAMADHAN..

Ramadhan Pictures, Images and Photos


SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER esp. JUNAH, UDNA, MAMA MIN, MAMA MODERN, ROCKMETALLER, MR. NEO, FANTAGHIROLYNN, DLL, RAKAN-RAKAN YM, KAK ANI, KAK ANIS, NIZAM, LAIN-LAIN YANG TAK SEMPAT NAK INGAT, SESAPA YANG MENGENALI SAYA, SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM. TAK LUPA JUGA BUAT FAMILY SAYA, PAKCIK HAR, MAKCIK MARIAM DAN YANG TERSAYANG... MUAHH.


BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA KITA DIPANJANGKAN USIA MENEMUI RAMADAN KALI INI... MAY THE HOLY MONTH OF RAMADAN BRING US GOOD HEALTH, HAPPINESS, AND PEACE...

20 August, 2009

Sindrom Tangan Berpeluh

Kebelakangan ni kan cuaca panas, keadaan ni betul-betul beri kesan pada saya, muka berbelang satu hal lah sebab pakai tudung kan.. satu lagi masalah saya adalah tapak tangan ni asyik berpeluh saja, bukan je tapak tangan, tapak kaki pun sama..


Benda ni bukannya sebab nervous ke apa, tapi dah memang dari kecil saya macam ni.. dulu dalam kelas lukisan, lukisan saya mesti comot sebab tangan basah, nak menjahit ke menyulam, haha.. minta maaflah. Bila dah besar ni antara kesulitan yang saya alami dah tentulah susah nak cari kasut yang sesuai, Vincci memang tak sesuai untuk saya sebab kebanyakkan kasut Vincci tapaknya licin, saya pernah tergelincir sebab tapak kaki ni berpeluh ngan banyak. Kalau bab kerja plak, fail2 yang saya handle senang orang nak cam sebab kebanyakkannya lunyai kat tepi.. hehe, biasalah tapak tangan saya basah. Kadang saya tertanya-tanya, cacat ke aku nih? Adakah saya ni orang yang berpenyakit? Atau yang lebih menakutkan, adakah keadaan saya ni berpunca dari penyakit genetik? Pernah tau, saya berkenalan dengan sorang laki ni, soalan pertama dia “Awak ada penyakit genetik tak? Keturunan awak ada penyakit tak?” ehh.. kurang ajar, tak tahu nak pikat hati pompuan.. tapi mak saya kata tindakan dia tu betul. Ahh.. what everlah, tak minat laki camtu.


Ermm.. saya rasa macam keturunan jer, sebab semua adik beradik perempuan saya punya sindrom tapak tangan berpeluh ni. Macam-macam petua dah saya cuba, antaranya kepal nasi yang masih hangat tapi tak berkesan pun. Pi check jantung pun doktor kata okay.. ntah lahh..


Kalau ikut perubatan, keadaan saya ni dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Saya dah dapat jawapan camne nak merawat penyakit ni melalui beberapa web yang saya baca jap tadi..


Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Antaranya, Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Ada gak dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan. Halal ke??


Lagi satu melalui rawatan pembedahan simpatektom, katanya berkesan, ntah lah.. Rasa-rasanya, pasangan saya leh terima ke keadaan saya ekk? Dia sudi tak nak pimpin tangan saya? Mana lah tahu kan dia geli.. langkah pertama saya nak pi Farmasi esok untuk cari ubat sapu atau pil yang boleh kurangkan masalah saya ni.. wish me luck kayy..

Kids Porno.. Hahaha

Here are some photos of nakal kids, i got from my email.. hehehe.. nakal tul, minta dijauhkan dapat anak-anak camni.. :P






19 August, 2009

Nasihat kepada Wanita..

Hari ni saya terima satu email di mana kandungannya buat saya tertarik untuk saya kongsikan dengan pembaca.. Tetiba je berkobar-kobar nak jadi Muslimah sejati, haha.. Citer pasal muslimah sejati saya sangat tertarik pada penampilan Datin Norjuma, lemah lembut, sopan santun, menutup aurat, tertib jer.. sejuk mata memandang, bagi saya dia boleh dijadikan contoh. yang baik. Langkah pertama, minggu saya ni berazam nak jadi wanita melayu yang penuh ngan sopan santun, lemah lembut.. actually, susah tau. Orang kata women who want to find a good man should first become a good woman. Well, i'll try my best.. sama-samalah kita ambil iktibar dari kandungan email di bawah ni..


Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi ' kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... (hehehe)
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…. (ada ke camnih? haha)
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,


Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. . (kalau pi perhimpunan camne lak?)

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.


Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. (sweetnya.. )

Resepi Ayam Sambal


Memandangkan mak saya belum balik dari Johor Bahru, saya pun masak lah untuk kami 2 beradik semalam.. Kat bawah ni saya kongsikan resepi Ayam Sambal yang saya masak semalam, hehe.. kalau sakit perut tanggung sendiri yaa..


Bahan-bahannya:

6 ketul ayam (saya tak tahu potong ayam, so beli je yang dah siap potong)

1 biji bawang besar Perancis

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit ikan bilis

2 sudu sos tiram

2 sudu serbuk lada


Cara-caranya:

1. Cuci ayam dengan air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.

2. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.

3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga wangi, masukkan sedikit air, sos tiram, dan serbuk lada.

4. Bila mendidih, masukkan ayam.

5. Letak garam, gula (saya suka letak gula kat sini saya letak 4 sudu) mengikut tahap kesihatan masing2.

6. Masak hingga ayam empuk. Dalam gambar nampak macam buruk je kan.. tapi sedap sebenarnya, hehe

18 August, 2009

Suami Tersayang

Balik dari court tadi saya terfikir sejenak, apalah nasib saya jika saya berada di tempat client saya tadi.. mampu kah saya untuk meneruskan hidup tanpa suami tersayang di sisi. Ishh, kesian dia.. tapi apa nak buat dah jodoh mereka setakat ini sahaja. Malas nak wat keje saya surf the Web, saja nak release tension.. terjumpalah pula puisi yang indah kat bawah ni. Saya tak dak suami lagi, tapi saja nak berkongsi keindahan puisi ni dengan pembaca. Sweet kan..

Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya

Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

sumber: http://ummusaif.com

13 August, 2009

Sekitar Majlis Konvokesyen Dr. Mariam



antara bunga yang diterima Mariam


bunga ni ayah yang pilih



kenal tak dak sebelah kiri tu? kalau pembaca masih ingat, dia pernah mencetuskan kontroversi dengan bergambar sambil memeluk anak babi..


sebelum Majlis Angkat Sumpah


bunga pink tu hadiah istimewa dari saya untuk Mariam


Dari Kiri: Siti Hawa, saya, Siti Mariam dan Musa






Kami anak perempuan Ayah..

Tahniah Dr. Mariam!!


Saya dan Dr. Siti Mariam

Di kesempatan ni saya nak ucapkan sekalung tahniah buat adik perempuan kesayangan saya, Siti Mariam Zainal Ariffin.. setelah berhempas pulas selama 5 tahun belajar dalam bidang perubatan haiwan (Veterinar), akhirnya 9hb Ogos lepas kami sekeluarga meraikan kejayaannya dalam Majlis Konvokesyen di UPM Serdang, pada hari yang sama juga Siti Mariam mengangkat sumpah sebagai Pengamal Perubatan Haiwan. Dah tentulah mak ayah kami merupakan orang yang paling gembira hari tuh..

Pada 10hb Ogos, Siti Mariam menerima surat tawaran rasmi daripada Universiti Darul Iman untuk mengisi jawatan Pensyarah Muda di sana. Boyfriend dia pun Dr. Faizal dapat juga jawatan yang sama.. Parent kami gembira sangat, 16hb Ogos ni Siti Mariam kena lapor diri kat sana.. ermm, saya tumpang gembira dengan kejayaan adik saya cuma rasa sedih sebab akan kehilangan "teman rapat" untuk bergossip, mengumpat bf masing2, berkongsi masalah, bershopping, main masak2 kat dapur.. saya akan sendirian sunyi di sini..

Pada 11hb Ogos plak, Siti Mariam menduduki Ujian Memandu.. Alhamdulillah, dia lulus.. hehehe. Tak sangka jugak, dalam kalut2 tu pass juga dia.. Saya tumpang gembira dan rasa bersyukur sangat2 dengan kegembiraan yang berganda ni.. semua ini adalah anugerah & nikmat daripada Allah S.W.T buat kami sekeluarga.. Alhamdulillah..

Semoga Siti Mariam tidak leka & terus berjaya dalam apa jua yang dia lakukan.. Tahniah dikk!!


11 August, 2009

31 Simple Ways To Make A Girl Smile

  1. Recognize the small things . . . they usually mean the most.
  2. Hold her hand at any moment . . . even if its just for a second.
  3. Hug her from behind
  4. Leave her voice messages to wake up to.
  5. Don't hug her friends or your friends that are girls cause u'll hurt her n makes her feel left out.
  6. don't go hang out with your ex when shes not with you, you might not relize how badly it hurts her.
  7. If you're talking to another girl, when you're done talking, walk over and hug her and kiss her.... let her know she's the one u want to be yours and they aren't.
  8. Write her notes or call her just to say "hi"
  9. Introduce her to your friends . . as your girlfriend.
  10. Play with her hair.
  11. Pick her up (she loves it)
  12. Get upset if another guy touches her and she doesn't like it
  13. Make her laugh
  14. Let her fall asleep in your arms.
  15. If she's mad at you, kiss her.
  16. If you care about her, then TELL HER!!!
  17. Every guy should give their girl 3 things: a stuffed animal(she'll hug it every time she goes to sleep), jewelry (she'll treasure it forever), and one of his t-shirts (she'll most likely wear it to bed) or sweatshirts sprayed with his cologne!! and flowers or something occasionally.
  18. Treat her the same around your friends as you do when you're alone.
  19. Look her in the eyes and smile.
  20. Hang out with her on weekends
  21. Kiss her in the rain (girls love this)
  22. Kiss her just for the heck of it
  23. If your listening to music, let her listen too.
  24. Remember her birthday and get her something, even if its simple and inexpensive, it came from YOU. it means all the world to HER.
  25. when she gives you a present on your birthday, or just whenever, take it and tell her you love it, even if you don't (it'll make her happy.)
  26. Always call her when you say you will, it may not seem like it, but it does hurt her and makes her think you don't care so call even if you can only talk for a minute. Girls don't necessarily have to have hour long conversations every night but its nice for us to hear your voice even for a quick hello.!!!
  27. Give her what she wants
  28. Wrestle with her
  29. Tell her she is beautiful
  30. hang out with her whenever you are free and u should be free to hang wit your girlfriend all the time.
  31. If u care about her...SHOW her!!!!!!
Comeynya list kat atas ni.. tapi bergantung pada individu juga, setiap orang tak sama.. macam saya juga tak semuanya saya suka, so apa yang saya suka saya boldkan, hehe.. papepun, thanks pada seseorang yang sudi share list ni melalui email saya.. :)

10 August, 2009

Pesta kebas beras

MARANG: Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 800 kampit beras jenama Jati di Kilometer 41, Jalan Kuala Terengganu-Dungun berhampiran Kampung Selawa, Merchang, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam, bertukar pesta apabila penduduk berebut-rebut mengutip beras percuma yang bertaburan atas jalan.

Tindakan penduduk terbabit membuatkan pemandu, Ibrahim Yusof, 36, yang terselamat dalam kejadian itu pening kepala apabila penduduk turut melarikan berpuluh-puluh kampit beras.

Walaupun ditegah kelindannya, Mohd Jefri Embong, 27, serta pembantunya, Mohd Irwan Shah, 22, orang ramai termasuk kanak-kanak tidak menghiraukannya, sebaliknya semakin ghairah merebut peluang terhidang.

“Ini rezeki kami, kalau kami tak ambil, orang lain yang ambil,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Amir berusia 20-an. Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Mat berkata, kejadian itu secara tidak langsung membolehkan penduduk mendapatkan bekalan beras percuma sebagai persediaan menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Dianggarkan, kira-kira 200 daripada 800 kampit beras musnah dalam kejadian itu yang dipercayai berlaku selepas tayar kiri bahagian hadapan kenderaan berkenaan pecah.

Ibrahim dari Kampung Sungai Buaya, Dungun, berkata sebelum kejadian, dia bersama Mohd Jefri dan Mohd Irwan dalam perjalanan menghantar beras dari Dungun ke Kuala Berang.

Katanya, mereka bertolak dari Dungun kira-kira jam 11.30 pagi selepas selesai memunggah beras dari gudang milik sebuah pembekal beras di Taman Permint, Dungun.

Bagaimanapun, menurutnya, ketika berada di jambatan berhampiran kampung itu secara tiba-tiba tayar kiri hadapan pecah menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas sebelum melanggar besi penghadang.

“Akibat kejadian itu, lori berkenaan tidak dapat dikawal dan terbalik sebaik tiba di selekoh berhampiran jambatan berkenaan.

“Mujur kami tidak mengalami kecederaan teruk dan hanya Mohd Irwan Shah yang duduk di bahagian tepi mengalami luka pada siku dan paha kiri dipercayai bergesel di atas jalan ketika kenderaan terbalik,” katanya.

Menurutnya, selepas kenderaan itu terbalik dan tersadai di tengah jalan, mereka bertiga yang bertindih sesama sendiri dalam kenderaan itu segera menyelamatkan diri dan keluar melalui pintu pemandu.

Katanya, semua beras bermutu tinggi dianggarkan bernilai RM16,000 itu untuk dihantar ke enam premis di Kuala Berang sebagai persediaan Ramadan tidak lama lagi.

“Saya pening kepala apabila banyak beras kami dilarikan penduduk. Pada awalnya saya hanya membenarkan mereka mengambil beras bertaburan di atas jalan raya saja, tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

“Daripada terbiar rosak, saya bagi mereka ambil. Mungkin itu sudah rezeki mereka, tetapi tindakan penduduk mengambil beras dalam plastik yang pecah sedikit memeningkan saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Zohan Seman, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12 tengah hari dan terus ke tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Katanya, pihaknya tiba awal di tempat kejadian kerana ketika itu anggotanya sedang bersiap sedia memulakan tugas di Kilometer 39, Jalan Kuala Terengganu-Dungun.

Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca selepas tayar hadapan sebelah kiri pecah menyebabkan kenderaan berisi muatan beras itu tidak dapat dikawal sebelum melanggar besi penghadang jambatan dan terbalik.

“Akibat kejadian, berlaku kesesakan lalu lintas apabila berpuluh-puluh kampit beras pecah dan bertaburan di atas jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan Mohd Irwan yang duduk di bahagian tepi sebelah pintu penumpang cedera ringan dan dirawat di Klinik Kesihatan Merchang manakala pemandu, Ibrahim dan kelindan Mohd Jefri tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kerja pembersihan jalan dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Marang kira-kira jam 2 petang.


Ulasan:


Perkara seumpama ni selalu bermain dalam pikiran saya, puncanya sorang client saya ni accident, si mati bawa muatan colok sembahyang China tu, abis dicuri oleh pemandu2 yang melalui kawasan kemalangan tu. Penah juga saya sembang kosong dengan teman sepejabat tentang isu ni. Soalan saya pada mereka "Kalau lori kasut Vincci terbalik kat depan office ni, kakak semua nak pi ambik tak kasut2 tuh? ". Tak lama pastu kuar plak laporan akhbar ni. Dalam hati kata tak boleh sebab dah terang2 bukan hak kita, even kasut pun saya tak berani nak ambik .Tapi ada juga kawan yang kata boleh. Dalam kes di atas ni lagi lah wat saya ngeri, sudah lah subject matternya beras, nak bagi anak bini makan.. dah tentu nak jadi darah daging kita kan.. Jadi, kot2 sesapa terbaca laporan akhbar ni, share lah pendapat korang kat saya yang cetek ilmu ni ya..