25 August, 2009

ETIKA MENGHADIRI MAHKAMAH TERBUKA


Pagi ni ketika berada di Mahkamah, ntah untuk yang ke berapa kali saya berpeluang menyaksikan drama & gelagat orang awam yang disaman... Betul-betul melucukan hati, hehehe... Ada yang emosional sampai menangis teresak-esak, yang kalut, ada juga yang berani tawar-menawar jumlah denda lak tu, hahaha.. berani betul.

Kalau lah ada pembaca yang disaman untuk hadir ke Mahkamah, kat bawah ni saya kongsikan tips dan etika untuk menghadiri Mahkamah.

Bila kita terima je surat saman, first sekali tengok tarikh dan waktu yang dicatit dalam saman tu. Tengok juga nombor kes kat bahagian saman, dan Mahkamah mana yang perlu kita hadir, Majistret ke Sesyen.. Jika kita disaman, kita akan disebut sebagai Defendan. Apa Defendan tu? Defendan tu adalah istilah ganti nama untuk orang yang dituntut.

Biasanya, kita perlu hadir tepat jam 9 pagi. Seeloknya sebelum 9 pagi mesti sampai ke Mahkamah.

Pakai pakaian yang kemas. Jangan pakai pakaian berikut;

  • Seluar/skirt pendek
  • Jeans
  • Selipar
  • Topi Keledar
  • Cermin mata hitam
  • Jaket kulit
  • Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan

Sebelum memasuki Mahkamah sila pastikan telefon bimbit korang dipadamkan atau disilentkan. Ingat! Kalau telefon korang berbunyi semasa Mahkamah bersidang, Jurubahasa akan rampas telefon tu.

Sila berada di dalam Mahkamah sebelum persidangan bermula. Kalau korang lambat sampai, nak masuk tu sila tunduk hormat lepas buka pintu dan ambil tempat duduk.

Bila nama dipanggil oleh jurubahasa, sila tampil ke depan. Kalau mereka minta kad pengenalan, keluarkan kad pengenalan korang.

Contoh lah, kalau kes hutang bank, jurubahasa akan tanya, “Mengaku tak anda berhutang/jumlah hutang yang disebut?”

Kalau saman jabatan kan, misalnya JPJ atau Majlis Perbandaran, jurubahasa akan membacakan pertuduhan di hadapan korang. Kemudian dia akan tanya, ‘Mengaku bersalah atau tidak?”

Bagi contoh yang pertama, jika korang mengaku Hakim/Majistret akan tanya berapa yang korang sanggup bayar. Jika korang kata RM100 misalnya, Mahkamah akan merekodkan Penghakiman Persetujuan. Jika tak mengaku ada wat pinjaman atau tak mengaku jumlah terhutang tu, Mahkamah akan beri satu tarikh baru untuk korang failkan Pembelaan. Kalau tak hadir macam mana plak? Hehehe.. lagi senang keja lawyer, kami akan minta Mahkamah rekodkan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan yang tak hadir.

Bagi contoh yang kedua, jika korang mengaku, jurubahasa akan tanya “Apa rayuan anda?” Haa.. masa nilah banyak orang yang emosional, especially makcik-makcik. Apa yang susah sangat, cakap jelah, “Saya mohon rayuan dikurangkan kerana ada tanggungan lain…” Ini tak, nak nangis teresak-esak kata bukan salah dia lah, anak sedara yang tunggang motor tulah, tak perasan lampu dah merah lah, takde masa nak renew road tax lah, pape ntah.

Jangan sekali-kali “tawar-menawar” jumlah denda dengan Mahkamah, memang cari nahas lah. Ada lah sorang apek ni, jurubahasa tanya apa rayuan anda, dia boleh jawab “RM50 sudah lah”, hahaha.. merah padam muka Majistret tu, bengang kat apek ni.. sudahnya apek ni diarah keluar untuk memikirkan apa rayuan nya. Saya keluar dan saya tuliskan kat atas kertas apa yang patut apek tu cakap. Setengah jam kemudian dia masuk lagi dengan rayuannya... “saya mohon rayuan dikurangkan kerana saya sudah tak bekerja, dan saya janji tak kan ulangi kesalahan tu”.

Kalau korang tak mengaku atas pertuduhan yang dibacakan, satu tarikh baru akan ditetapkan untuk korang failkan pembelaan atau melantik peguam. Alah, senang citer ngaku jelahh..

Bila Mahkamah dah jatuhkan hukuman, ucapkan terima kasih, tunduk hormat dan keluar dengan senyap. Biasanya, untuk saman jabatan korang akan diarahkan untuk membayar denda kat kaunter. Kad pengenalan korang juga akan dipulangkan masa tu.

Saya harap tips ringkas ni dapat membantu jika ada sesapa dikalangan pembaca yang disaman untuk hadir ke Mahkamah satu hari nanti…

8 comments:

  1. Dulu Mas Thomas pnah kena samam Traffic tp tak ngaku lepas tu Majistret buang kes! Tak yah loyer..haaaa!!!
    Mas Thomas kena saman sbb road tax kgheta mampus tp insuran idop lg 6 bulan. Polis Unter tu pi saman "tiada perlindungan insuran" saja so apa lagi lipat PDRM dalam court la, siap Mas Thomas bw Polisi Insuran!
    Lepas tu tepi kantin Mahkamah tu terkekeh-kekeh Mas Thomas gelak kuat2 nengok Koperal PDRM tu kena maki dengan Tuan Inspektor !!!
    Kahhhh...kahhh...kahhh....! Padan muka PDRM !!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    pakai bj pagoda dgn kain pelikat boleh?

    ReplyDelete
  3. salam.. mr.neo pergi mana? lama tak dengar berita.. mr.neo sihat? rindunyerr.. :)

    ReplyDelete
  4. Junah nak pakai kain pelikat? hehe.. seksinyerr.. :P

    ReplyDelete
  5. EHEM!!!! aper rindu2 nih tak baik tau bebulan poser ni tau...

    ReplyDelete
  6. Tapi kalo sy, tak kirer sy totap akan lawan, LAWAN TETAP LAWAN, pastuh sy boleh amik peguambela dgn cik strawberry, tak gitu cik strawberry... CAYANG KAT Cik Strawberry...

    ReplyDelete
  7. salam ziarah dik..

    urmmm.. akak nak tanyerr laaa.. apa maksud penghakiman ingkar tu..?

    ReplyDelete
  8. ello...nk tny...slalunye if 1st time offender kena saman jpj x bwk road tax n tiada perlindungan insurans...brp denda yg perlu di byr???plzzz help.....pas 2 sy ni x hadir ke mahkamah apabila 1st time kes disebut....hari 2 call jpj diorg ckp sy akan kena saman semula and then kena naik mahkamah...huhuhu....

    ReplyDelete