19 August, 2009

Nasihat kepada Wanita..

Hari ni saya terima satu email di mana kandungannya buat saya tertarik untuk saya kongsikan dengan pembaca.. Tetiba je berkobar-kobar nak jadi Muslimah sejati, haha.. Citer pasal muslimah sejati saya sangat tertarik pada penampilan Datin Norjuma, lemah lembut, sopan santun, menutup aurat, tertib jer.. sejuk mata memandang, bagi saya dia boleh dijadikan contoh. yang baik. Langkah pertama, minggu saya ni berazam nak jadi wanita melayu yang penuh ngan sopan santun, lemah lembut.. actually, susah tau. Orang kata women who want to find a good man should first become a good woman. Well, i'll try my best.. sama-samalah kita ambil iktibar dari kandungan email di bawah ni..


Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi ' kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... (hehehe)
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…. (ada ke camnih? haha)
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,


Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. . (kalau pi perhimpunan camne lak?)

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.


Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. (sweetnya.. )

3 comments:

  1. salam,

    Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…. (ada ke camnih? haha)

    mesti la ada.

    ReplyDelete
  2. "kalo pi perhimpunan camne lak???"... Ayat ni mcm terkena jek, hehehe, tp kalo perhimpunan tuh demi mempertahankan akidah umat Islam, agama Allah Taala yg maha suci ni & seterusnya yg lbh besar berjuang ke jln FISABILILLAH & mati sbg SyuhadaNYA, InsyaAllah tiada yg lain selain SYURGA selayaknya wat si ISTERI yg tbh mengharungi segala dugaan di DUNIA yg fana ni. Berbahagialah kamu di Akhirat kelak menjd isteri kpd pejuang yg syahid ke jalan ALLAH... ALLAHUAKBAR!!!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum :) kalau bekas isteri cemana pulak.. saja je menyampuk rumah org ni..dpt tak pahala2 yang dilakukan semasa berkahwin dulu.. tapi lepas cerai dianiaya pulak oleh bekas suami.. tak nak bayar nafkah anak.. tak nak bahagi kan harta sepencarian seadilnya.. kejam...

    ReplyDelete