18 August, 2009

Suami Tersayang

Balik dari court tadi saya terfikir sejenak, apalah nasib saya jika saya berada di tempat client saya tadi.. mampu kah saya untuk meneruskan hidup tanpa suami tersayang di sisi. Ishh, kesian dia.. tapi apa nak buat dah jodoh mereka setakat ini sahaja. Malas nak wat keje saya surf the Web, saja nak release tension.. terjumpalah pula puisi yang indah kat bawah ni. Saya tak dak suami lagi, tapi saja nak berkongsi keindahan puisi ni dengan pembaca. Sweet kan..

Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya

Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

sumber: http://ummusaif.com

3 comments:

  1. Salam,

    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
    1. ibunya ,
    2. isterinya ,
    3.anak perempuannya , dan
    4. saudara perempuannya.

    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
    1. suaminya,
    2. ayahnya,
    3. anak lelakinya dan
    4. saudara lelakinya .

    beratkan jadi suami, harap dapat isteri yang sayang nasib suaminya di akhirat, amen.

    ReplyDelete
  2. tima kaseh atas ingatan Junah.. mudah2an Junah dapat isteri yang solehah.. :)

    ReplyDelete
  3. tadi dapat dapat email, ada yang tanya untuk sapa puisi ni.. ermm saya nak tujukan puisi ni khas utk seseorang tu, yang jauh di mata tapi dekat di hati.. birthday dia dah dekat, kan best kalau dapat celebrate sama2.. :(

    ReplyDelete