25 September, 2009

Hak Penjagaan Anak Bagi Orang Bukan Beragama Islam

Sapa orang yang lebih layak dan berhak terhadap penjagaan anak?


Seksyen 88(3) Law Reform Act peruntukkan bahawa;


“Adalah menjadi satu anggapan yang tak boleh dipatahkan bahawa untuk kebaikan anak di bawah umur 7 tahun supaya ia berada dengan ibunya.”


Ini bermakna menurut undang-undang ibu adalah lebih berhak terhadap penjagaan anak sekiranya anak di bawah umur 7 tahun. Tapi mahkamah tengok juga fakta dalam sesuatu kes tu. Dalam kes W v H, kanak-kanak yang jadi rebutan dalam kes ni masih bayi. Sungguhpun si ayah juga mampu untuk menjaga bayi tersebut, Hakim Mahadev Shankar telah memberi hak jagaan kepada si ibu kerana bagi beliau bayi lebih memerlukan kasih sayang seorang ibu.


Begitu juga dalam kes Yap Chee Kong v Chan Bee Yen. Dalam kes ni, anak tu di bawah umur 7 tahun. Perintah jagaan telah diberikan kepada ibu.


Apa faktor utama yang akan diberi pertimbangan oleh Mahkamah berhubung dengan penjagaan anak?


Kebajikan anak itu akan jadi faktor utama dan mengatasi pertimbangan-pertimbangan yang lain. Ini dapat dilihat dalam penghakiman kes Loura Dorris v Thuraisingam di mana pertimbangan utama ialah kebajikan anak dan ini hendaklah dilihat daripada berbagai sudut fizikal, mental, moral dan masa depan yang boleh dijangkakan. Mahkamah mengambil perhatian secara menyeluruh jugak mengenai kebajikan kanak-kanak itu termasuk umur, jantina, agama dan adat resam dalam mana beliau telah dipelihara dan dibela selama ini, latar belakang, bangsa dan budaya ibu bapanya, kelakuan ibu bapanya dalam menangani kehidupan anak itu. Perlu juga diambil kira faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh anak itu dari segi pelajaran dan material serta soal-soal kesihatan dan perubahan.


Pertimbangan lain yang dimaksudkan dalam penghakiman kat atas tu adalah seperti berikut;


Hasrat ibu bapa kanak-kanak tersebut;



Kemahuan kanak-kanak itu sendiri sekiranya dia berada dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendapatnya dengan bebas;


-Dalam kes M.Saraswathi Devi v Keith Ian Monteiro, si ibu telah berkahwin dengan seorang lelaki Belanda si ayah pulak telah memeluk agama Islam. Anak pula waktu tu dah berumur 14 tahun. Mahkamah telah ambil kira kehendak anak tu di mana dia tak suka tinggal dengan ibu dan ingin bersama bapanya. Maka hak jagaan telah diberikan kepada si bapa.


Umur dan seks kanak-kanak tersebut;


-Dalam kes Tan See King v Tan Bee Cheng, keempat-empat anak mereka adalah perempuan dan masih bersekolah rendah. Hakim berpendapat si ibu lebih layak untuk menjaga anak-anak perempuan tersebut.


Agama dan latarbelakang budaya;


-Dalam kes Laura Dorris v Thuraisingam, si ibu telah bersekedudukan dengan suami orang. Mahkamah memutuskan hak jagaan diberi kepada si bapa. Kelakuan si ibu adalah tidak bersesuaian dengan keadaan masyarakat berbilang kaum, di mana perlakuan sumbang tersebut adalah suatu perbuatan yang dipandang jijik oleh masyarakat. Mahkamah merasakan adalah bersalahan dengan adat resam di negara ini untuk membenarkan anak tersebut dijaga oleh si ibu yang bersekedudukan dengan suami orang tanpa sebarang ikatan sah.


Kelakuan pihak-pihak yang membuat tuntutan;


-Dalam kes Loke Sow Leng v Yap Eng Kee, si ibu terlalu sibuk dengan kerjayanya. Malah pernah cuba untuk membunuh diri, lari dari rumah selepas melahirkan anak dan pernah cuba untuk membunuh anak mereka. Mahkamah mengambil kira perlakuan mereka dan memutuskan bahawa kebajikan anak-anak adalah lebih selamat jika mereka bersama si bapa.


-Dalam kes L v S, si ibu memohon hak penjagaan anak. Si ibu mendakwa suami seorang yang bersikap ganas dan menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain. Hak penjagaan telah diberikan kepada si ibu.


Kemungkinan pihak-pihak berdamai;


Kelebihan dari segi pendidikan dan material; serta


Faktor kesihatan dan perubatan.


Macam mana plak kalau anak tu lebih dari seorang?

Mahkamah akan beri dan lihat pertimbangan kepada kebajikan tiap-tiap anak-anak tersebut secara berasingan. Misalnya, kalau anak sulong selesa nak ikut ayah, maka Mahkamah akan beri hak penjagaan kepada ayah. Tapi seboleh-bolehnya Mahkamah tak kan pisahkan adik-beradik. Dalam kes Tan See King v Tan Bee Cheng, si bapa minta Mahkamah beri hak jagaan dua daripada empat anak perempuannya. Tapi anak-anak tak mahu berpisah antara satu sama lain. Mahkamah ikut kehendak kanak-kanak tu.


Seksyen 88 (4) Law Reform Act peruntukkan bahawa;


“Jika ada dua atau lebih orang anak mahkamah tak terikat letakkan kedua-dua atau semua dalam jagaan seseorang, tapi hendaklah timbang kebajikan mereka secara berasingan.”


Apakah hak pihak yang gagal dapat hak penjagaan anak?


Sapa yang tak dapat hak penjagaan akan diberi akses yang munasabah kepadanya. Contoh, bleh jumpa hujung minggu atau bawak melancong masa cuti sekolah. Tapi ada gak keadaan di mana ibu atau bapa tak dibenarkan melawat anak-anak. Dalam kes Ananda Dharmalingam v.Chantella Honeybee Sargon, Hakim telah memerintahkan bahawa tiada akses diberi kepada suami untuk menemui anak-anaknya sehinggah pakar sakit jiwa kanak-kanak mengesahkan bahawa anak-anak tu sanggup dan bersedia untuk menemui suami. Ini kerana si anak-anak tu trauma dengan sikap ganas ayah mereka terhadap ibu mereka.



Boleh tak Perintah Penjagaan anak dipinda?

Perintah Penjagaan anak boleh dipinda sekiranya Mahkamah mendapati terdapat perubahan dalam keadaan atau sekiranya boleh dibuktikan bahawa Perintah terdahulu dibuat berdasarkan fakta yang salah.


Seksyen 96 Law Reform Act memperuntukan bahawa;


“The Court may at any time, and from time to time vary, or may rescind, any order for the custody or maintenance of a child on the application of any interested person, where it is satisfied that the order was based on any misrepresentation, or mistake of fact, or where there has been any material

change in the circumstances.”

Suami terkejut isteri berkhalwat



Pagi ni saya terbaca laporan akhbar di mana hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya hari ini berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel, di Kangar awal pagi tadi.

Lebih menyedihkan lelaki itu sendiri join skali pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel tu pada pukul 5.30 pagi.

Ketika ditahan, wanita itu yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik sementara pasangannya berada di atas katil.. ishh, dia buat apa jer ngan orang tu pagi2 buta tu? Bodohnya alasan diskus hal bisnes..

Si suami seorang juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani tenang jer semasa soal-siasat dan proses mengambil keterangan dijalankan. Memetik kata-katanya " Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” Hmm, nasib baik tak kena terajang.

Terharu sungguh bila saya baca laporan akhbar di atas, saya dapat rasakan betapa hancurnya perasaan si suami apabila si isteri ditangkap berkhalwat di hadapan matanya sendiri.

Saya juga pernah mengalami nasib yang sama Februari tahun 2008 yang lalu bila mana teman lelaki saya curang di belakang saya. Lebih memedihkan bila si gadis itu sendiri yang menghubungi saya dan mendedahkan “hubungan” mereka. Mulanya saya tak percaya dan saya yakin teman lelaki saya seorang yang setia meskipun kami jauh beribu batu.

Saya minta si dia jelaskan perkara sebenar, dan dia pun terangkan dari A sampai Z.. biarpun pahit saya hargai sangat kerana dia sudi untuk berterus terang. Saya tanya kenapa boleh jadi begitu. Alasannya, dia sunyi dan perlukan teman di sisi, saya terlalu jauh dan jarang ada masa untuknya kerana waktu tu setiap malam saya membantu ibubapa saya berniaga.

Lama juga saya ambil masa untuk pulihkan semangat ni, setiap malam saya menangis sebab tak boleh nak terima kenyataan malah dalam solat pun saya terbayang-bayang mereka sedang bercumbu. Walaupun hati ni terluka teruk saya akui saya tak cukup sempurna untuk dirinya dan saya pun ada salahnya juga kerana beri ruang padanya untuk curang, saya yang bersalah sebenarnya. Akhirnya saya bangkit semula kerana tak ada sebab untuk saya terus bersedih. Dengan rela hati saya dah pun maafkan mereka dan Alhamdulilah tak lama pastu semangat saya kembali pulih dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang.

Macam mana nak buat supaya pasangan kita sentiasa sayang kat kita ye? Dan macam mana plak nak wat supaya hubungan kita dan pasangan sentiasa bahagia? Melalui pembacaan saya di beberapa website dan forum lain, mereka berikan pendapat yang hampir sama. Berikut saya kongsikan bersama;-

  • Sentiasa berpenampilan menarik.
  • Menikah dgn lelaki atau pasangan yg anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yg hampir sama. Persamaan yg banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan utk berlakunya kecurangan.
  • Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya.
  • Luangkan waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan bertambah erat.
  • Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dgn kesetiaan. Ucaplah terimakasih setiap kali pasangan membantu anda.
  • Sekali sekala berilah hadiah buat pasangan sebagai tanda anda menghargai apa yg dilakukan.
  • Sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hubungan anda dan pasangan.


Sebelum ni pun saya ada kongsikan petua daripada Dr. Fadzilah Kamsah bertajuk petua menawan hati pasangan, tengok sendiri lah yer..

Akta Bank Negara Malaysia 2009

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menguat kuasa Akta Bank Negara Malaysia 2009 pada bulan November ini, sekali gus meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti bank pusat itu.

Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, akta tersebut akan memperincikan dengan lebih meluas mengenai mandat yang dipertanggungjawabkan dan kuasa bagi melaksanakan mandat itu.

‘‘Akta yang diluluskan oleh Parlimen ini juga akan memberi lebih kelonggaran berhubung pelaksanaan dasar monetari dan membolehkan pelbagai instrumen digunakan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Sekolah Undang-Undang Kewangan dan Perbankan Bank Negara Malaysia-Bank-Bank Pusat Asia Tenggara 2009 di sini.

Zeti berkata, pelaksanaan akta tersebut membolehkan BNM menghadapi cabaran dalam mengendalikan operasi dasar monetari bagi mengekalkan kestabilan harga.

‘‘Dengan adanya akta ini, ia menyediakan mandat kepada BNM untuk mengadakan penyeliaan ke atas pasaran pertukaran wang asing dan pasaran wang bagi memastikan pasaran berkembang dan berfungsi dengan teratur,’’ tambahnya.

Menurut beliau, dalam aspek kestabilan kewangan, akta baru itu akan mengemukakan mandat berhubung risiko yang membabitkan risiko-risiko yang menganggu proses pengantara kewangan termasuk peranan pasaran kewangan atau yang menjejaskan keyakinan awam.

Akta Bank Negara Malaysia 2009 itu juga menyediakan peruntukan komprehensif untuk meningkatkan pengawasan, tindakan awal dan meluaskan kuasa resolusi untuk memberi kemudahan lebih cepat dan resolusi teratur bagi krisis kewangan.

Malah, BNM juga berupaya campur tangan untuk mengalih risiko yang berpunca daripada entiti-entiti yang tidak dikawal.

‘‘Akta baru ini turut menyediakan pengurusan kerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa dan keupayaan Bank Negara untuk melakukan cadangan kepada pihak berkuasa lain berhubung pendekatan atau keselamatan dalam mempromosi kestabilan kewangan.

‘‘Kuasa-kuasa baru ini dilengkapi dengan penyusunan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan yang akan dibentuk untuk memastikan koordinasi pihak berkuasa pengawal yang efektif dalam resolusi kewangan,’’ katanya.

Sumber: AINUL ASNIERA AHSAN, http://www.utusan.com.my

24 September, 2009

USED Vs. LOVED

While a man was polishing his new car, his 4 yr old son picked up stone and scratched lines on the side of the car. In anger, the man took the child's hand and hit it many times; not realizing he was using a wrench. At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures.

When the child saw his father with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?' The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions.......sitting in front of that car he looked at the scratches; the child had written 'LOVE YOU DAD'.

The next day that man committed suicide . . .

Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life.....

Things are to be used and people are to be loved, but the problem in today's world is that, People are used and things are loved...During this year, let's be careful to keep this thought in mind:


"Things are to be used, but People are to be loved ... Be yourself......"


*I got this email from one of my friend, really touching story... huhuhu..

17 September, 2009

Buang ibu di Aidilfitri..

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

Sumber: Mary Victoria Dass, Harian Metro Online.

*Sedihnya bila baca laporan akhbar ni. Buat saya menangis.. Bagaimana lah seorang anak boleh tergamak meninggalkan ibu yang mengandungkannya selama 9bulan sebegitu rupa? Tak kan lah tak ada sedikit pun rasa simpati pada ibu kandungnya sendiri? Bayangkanlah betapa hampanya hati si ibu tu setelah diberi janji palsu.. Alasan tak ada orang untuk jaga si ibu lansung tak boleh diterima akal. Kalau saya lah jadi pengurus Rumah Kebajikan tu saya ambil gambar kereta si anak tu hantar kat Berita Harian letak kat muka depan biar jadi iktibar buat orang lain.

11 September, 2009

Periksa Dara Sebelum Kahwin

MAJLIS Fatwa Kebangsaan Jordan akhirnya mengumumkan fatwa baru-baru ini, mengharamkan perbuatan meminta seseorang wanita menjalani ujian pengesahan dara sebelum berkahwin, perbuatan yang menimbulkan kemarahan dan mencetuskan perdebatan mengenai isu moral di kalangan masyarakat negara itu.

Pihak berkuasa majlis itu yang diketuai bekas mufti angkatan tentera, Nouh Qudah dan dianggotai tokoh agama, ahli akademik dan cendikiawan bebas, mengambil tindakan mengemukakan fatwa berkenaan bagi mengakhiri kemelut sosial itu, selepas wujud laporan peningkatan jumlah lelaki yang dikatakan mencurigai akhlak dan kesucian bakal isteri masing-masing, berkeras meminta mereka menjalani ujian pengesahan dara sebelum berkahwin.

Majlis fatwa dalam pengisytiharannya menggesa pegawai perubatan menolak menjalankan ujian berkenaan kecuali jika mendapat perintah mahkamah.

"Tubuh seseorang manusia adalah suci. Anggota sulit mereka menjadi rahsia peribadi dan tidak wajar dibincangkan secara terbuka. Wanita negara ini mempunyai maruah dan martabat yang tinggi untuk dilayan dengan cara yang amat tidak bermoral itu," kata majlis berkenaan.

Mufti Besar Jordan sebelum ini enggan mengeluarkan keputusan dan fatwa mengenai perkara itu, tindakan yang mencetuskan perdebatan hebat mengenai persoalan moral dan akhlak apabila wanita dikehendaki menjalani ujian mengesahkan mereka masih dara, di negara yang didominasi lelaki itu.

Seorang pegawai dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan berkata, semakin ramai lelaki meminta tunang mereka menjalani ujian pengesahan dara, mengakibatkan wanita yang terbukti bukan dara, ditinggalkan tunang, dimalukan dan kadangkala dibunuh oleh anggota keluarga mereka.

Kumpulan besar penduduk puak di Jordan mengaitkan harga diri dan maruah seorang wanita dengan status kesucian iaitu sama ada mereka masih dara atau tidak.

Undang-undang yang ada membolehkan anggota keluarga lebih mudah membunuh adik atau anak perempuan jika mereka didapati bukan dara. Malah ia juga membolehkan mana-mana anggota keluarga membunuh ibu mereka jika keadaan ini berlaku.

Fatwa yang dikemukakan tidak merujuk kepada individu tertentu, tetapi ia secara tidak langsung kepada pegawai dan kakitangan pusat perubatan forensik menolak permohonan melakukan ujian pengesahan dara yang semakin meningkat.

Sementara itu beberapa orang doktor di hospital dan klinik swasta berkata, masih ada klinik dan doktor yang melakukan ujian berkenaan.

Undang-Undang Jordan membenarkan pihak berkuasa melakukan ujian itu jika menerima arahan mahkamah bagi mendapatkan bukti perundangan membabitkan kes rogol atau perzinaan.

Bagaimanapun, pakar berkata, berikutan semakin ramai wanita sanggup menjalani ujian itu secara suka rela, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengakhiri amalan itu.

Tiada perangkaan rasmi mengenai jumlah ujian yang dilakukan, bagaimanapun laporan akhbar harian berbahasa Arab Ghad Arabic baru-baru ini, memaksa pihak berkuasa membicarakan mengenai isu berkenaan.

Permaisuri Rania diketahui sebagai tokoh yang lantang menyuarakan isu membabitkan hak wanita, tetapi beliau juga belum menyatakan pendiriannya mengenai isu ini. Beliau sering menuntut agar wanita diberi lebih banyak kebebasan sejak dimahkotakan sebagai permaisuri 10 tahun lalu.

Kerajaan Jordan baru-baru ini meluluskan satu ketetapan mengenai hak wanita yang membenarkan mereka meninggalkan negara itu tanpa kebenaran suami atau bapa. Mereka juga dibenarkan memiliki rumah sendiri.

Bagaimanapun, pemimpin agama berpendirian konservatif menentang ketetapan itu dan berpendapat ia akan menyebabkan perlakuan tidak berakhlak di kalangan wanita semakin meningkatkan.

Ramai wanita Arab kaya dari negara teluk dilaporkan datang ke Jordan untuk memperbaiki selaput dara sejajar dengan tradisi bahawa wanita mesti 'berdarah' pada malam perkahwinan mereka.

Doktor berkata mereka mengenakan bayaran antara AS$800 (RM2,880) hingga AS$1,000 (RM3,600) untuk satu khidmat rawatan mudah, walaupun amalan ini dilarang undang-undang.

***Saya rasa kalau Pak Arab lah, janda anak 5 pun akan cedera parah berlumuran darah pada malam pertama mereka.



Saya berpendapat perbuatan menguji dara sebegini rupa memalukan golongan wanita dan melanggar hak asasi kaum wanita. Tak tahu lah pandangan rakyat Malaysia especially kaum Melayu dalam hal ni.


Teringat saya pada babak pertama dalam drama Matahari dalam slot Akasia jam 6.30 petang di TV3. Malam tu malam pertama si Arissa lakonan Aida Aris yang baru melansungkan perkahwinan. Kat atas tilam tu nenek dia dah siap bentangkan cadar putih. Namun Arissa yang pernah menjadi mangsa nafsu ayah tirinya memilih untuk berterus terang kepada suaminya. Keesokan hari seluruh keluarga kecewa bila tengok cadar tu tak ada kesan darah. Pape ntah, kot ye pun wanita tu masih suci, perlu ke nak tunjuk kesan darah tu pada seluruh keluarga? Untuk apa? Itu kan rahsia suami isteri. Bagaimana kalau pasangan pengantin memilih untuk melakukan hubungan pertama mereka kat bawah katil atau dalam bathtub? Ada kesan darah tak? Dah tentulah takde kan?


Saya selalu tertanya-tanya berdosa kah seorang isteri merahsiakan kisah hitamnya daripada suami? Bagaimana pula kalau wanita tu sudah benar-benar bertaubat akan kesilapannya? Jawapan yang selalu saya baca dalam ruangan soal jawab dalam akhbar atau majalah-majalah untuk kaum wanita, wanita-wanita yang punya kisah silam ni harus merahsiakannya daripada pengetahuan suami demi kebahagiaan rumah tangga. Ermm.. bagaimana kalau kita di tempat lelaki? Apa perasaan kita jika ditipu seumur hidup? Susah saya nak nafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan skang ni susah nak cari perempuan baik. Saya pernah menjalankan satu kajian semasa di Universiti di mana hasilnya sangat lah mengejutkan, walaupun kajian saya tak fokus pada kaum Melayu tetapi remaja Islam lah yang paling ramai melahirkan anak luar nikah. Bagaimana nasib mereka nanti? Masih ada kah lelaki kat luar sana yang sudi memperisterikan mereka? Saya pernah timbulkan isu ni pada seorang “ustaz” tu, dia kata dia “tak kisah” status pompuan tu, dia akan tanya macam mana leh hilang mahkota tu, kalau pompuan tu dah insaf dia sudi terima. Tapi kan, napa ntah dia sibuk check tapak tangan saya siap picit tumit saya berkali-kali tu.. hehehe. Orang kata kita leh tengok “status” seseorang wanita tu melalui dua anggota yang saya sebut tadi, tapi tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Ishh.. ishh.. “ustaz” tu benar-benar dah langgar hak asasi saya..


Mak saya selalu pesan “kalau dah hilang mahkota yang satu tu, 1sen pun tak guna.. mak nak minta belas ribu pun segan”.. bila mak start bebel adik akan usik mak, “Mak kalut2 ni macam lah benda tu leh letak dalam dulang hantaran” hehehe.. Mak cukup takut kalau anak-anak perempuan dia keluar rumah. Bayangkan lah saya yang dah tua ni pun pi tandas awam masih diteman mak, masuk bilik doktor pun diteman, nak pi temuduga pun mak teman, malah untuk kes criminal setakat ambik tarikh pun mak nak ikut juga ke Mahkamah.. Kalau adik saya naik bas dari UUM, tiap 1/2jam mak mesti call tanya kat mana. Bila bas rosak tengah2 malam tu atau adik tak angkat tepon, dia mesti kalut sampai pucat2, hehehe. Namun saya ingat prinsip ayah, ayah akan terus melindungi saya dan adik-adik perempuan saya dan hanya akan lepaskan tanggungjawab besar tu pada suami kami dihari pernikahan kami kelak.. Ayah mahu bakal suami kami berikrar untuk ambil alih tanggungjawab tu dihadapan dia dan seluruh ahli kuarga kami. Ayah juga tak pernah putus mendoakan agar kami sentiasa dilindungi olehNya dari pandangan lelaki yang bernafsu binatang dan berhati syaitan.. tima kasih, abah..


Saya bukan lah baik sangat, tapi saya ingin mengingatkan diri sendiri, rakan-rakan kat luar sana dan adik-adik generasi muda agar sama-sama lah kita menjaga diri kita dan kehormatan kita sebagai seorang wanita. Kalau tak sayang diri sendiri, ingatlah bahawa ibu bapa kita juga punya maruah, kasihan lah pada mereka yang telah bersusah payah membesarkan kita.

09 September, 2009

Isu Amah: dari kaca mata Cik Siti


Melalui pembacaan saya di beberapa akhbar dan blog2 lain pagi tadi isu gaji minimum amah Indonesia banyak dibincangkan. Sebelum ni, Indonesia minta agar amah-amah dari negara mereka diberi cuti sehari seminggu malah nak pegang passport sendiri. Malaysia sudah pun bersetuju dengan syarat amah yang melarikan diri dari majikan, pas lawatan kerja sementaranya akan dibatalkan serta-merta dan diaorang tak dibenar masuk semula ke Malaysia bagi tujuan bekerja. Saya rasa gaji sekarang sekitar RM600 tu cukup munasabah sebab setahu saya majikan turut menanggung makan minum dan tempat tinggal amah. Malah makcik saya dulu pernah berulang-alik ke klinik untuk merawat menyakit kudis buta amahnya. Sudahnya, amah tu melarikan diri kononnya makcik saya mendera. Syukurlah selepas siasatan, tak ada bukti lansung makcik mendera amah tu.


Saya pelik juga, masa ayah bekerja di ladang dulu setiap Pengurus Ladang akan diberi seorang amahh dan seorang tukang kebun. Jujur saya akui saya dan adik-adik saya dibesarkan oleh ibu dengan bantuan amah Indonesia. Kalau nak kira dari saya kecil sampai lah ayah saya pencen tahun 2006 lepas, dekat 5-6 orang amah yang pernah bekerja dengan kami. Alhamdullilah, kami tak pernah alami sebarang masalah dengan amah-amah tersebut. Semuanya baik-baik belaka, jujur, rajin, malah penuh dengan sifat keibuan. Saya masih ingat lagi beberapa orang dari mereka, makcik Minang, makcik Yati, makcik Semah, makcik Misiam, dan makcik Tini. Walaupun mereka amah, ayah saya melarang keras sama sekali saya dan adik-adik mengarah mereka. Kalau nak apa-apa kena beritahu mak barulah mak yang akan suruh makcik-makcik tu.


Makcik Minang mengasuh adik bongsu saya Hawa dari bayi lagi, sehingga lah adik saya dah besar panjang dia sanggup datang dari Kota Tinggi ke Kluang mencari kami semata-mata ingin bertemu dengan adik saya. Masa kecil Hawa dikelek sepanjang hari dengan kain batik lepas, suami makcik plak buatkan rumah Barbie untuk Hawa, bahkan hari pertama Hawa ke sekolah juga Makcik Minang yang temankan. Sebelum pi sekolah, makcik mesti tocangkan rambut kami. Makcik Yati pula jaga kami sejak saya berusia 11 tahun. Hubungan kami dengan keluarga Makcik Yati rapat macam saudara kandung sampai lah sekarang, baru-baru ni kami turut meraikan perkahwinan anak sulong Makcik Yati yang kahwin ngan orang Pontian. Jangan main-main, anak Makcik Yati tu engineer keluaran KUITTHO tau!!



Saya dengan Makcik Yati


Dengan makcik Semah, kami kurang rapat sebab dia kurang bercakap. Sangat-sangat lah rajin, basuhkan kasut sekolah kami, gosok baju sekolah kami, malah kemaskan bilik tidur kami. Bila kami masuk sekolah asrama kat Muar, lagi lah jarang jumpa. Makcik Semah memilih untuk pulang terus ke Indonesia. Yang terbaru kami dengar, anak perempuan Makcik Semah lumpuh satu badan lepas menolak lamaran seorang lelaki di kampong mereka, kesian sangat.


Seterusnya, bila kami dah sambung belajar di peringkat Universiti, Makcik Tini plak keja dengan mak. Kami suka ngan makcik Tini sebab dia rock, leh wat kawan berkaroake dan gosip2 pasal artis. Paling best makcik suka wat bakso untuk kami. Nak tahu, makcik Tini pernah beritahu saya Krisdayanti tu bukan perempuan yang baik, selalu berselingkuh dibelakang suaminya. Tak sangka selepas 6tahun gosip makcik Tini tu jadi kenyataan. Hubungan keluarga saya dengan makcik Tini juga masih baik hingga sekarang. Syukur alhamdulillah keluarga saya tak pernah ada masalah dengan amah. Saya akan sentiasa mengenang jasa mereka menjaga kami adik-beradik.


Saya benci bila dengar ada orang buli amah. Penah dengar ke Melayu buli amah? Tak kan lah takde sikit pun rasa kasihan pada mereka? Kot ye pun tak leh wat kerja, pulangkan saja atau gantikan dengan yang lain. Itu bukan alasan untuk kita mendera mereka. Memang lah tak semuanya mereka ni baik. Banyak yang bawa masalah pada majikan. Ada juga rakan yang bercerita amah keluarga mereka berkelakuan lucah dengan menimbang-nimbang buah dadanya di hadapan adik lelaki mereka.


Apapun Malaysia perlu bersikap tegas dalam isu amah ni, kepentingan majikan perlu diutamakan. Jangan nak lembik2 plak di meja rundingan lebih-lebih lagi dengan sikap rakyat Indonesia yang saya lihat terlalu emosional akhir-akhir ni. Saya rasa mereka tak boleh sebongkak mana, sebab rakyat mereka memang perlukan pekerjaan. Kalau tak, tak kan lah mereka sanggup bergadai nyawa semata-mata mahu mencari rezeki di negara kita. Sebaiknya tubuhkan satu badan khas yang bertanggungjawab menjaga kebajikan amah dan dalam masa yang sama melindungi hak majikan. Peraturan baru kepada pekerja Indonesia yang mahu bekerja di negara ini, diwajibkan mengikuti kursus selama sehari juga saya rasa satu langkah yang baik, sapa tak lulus jangan bagi visa, hehehe.. badan penggubal plak, apa lagi wat lah sesuatu agar suatu akta yang melindungi kebajikan amah dan kepentingan majikan menjadi suatu realiti dan dapat dikuatkuasakan segera. Stakat ni kita masih guna Akta Pekerjaan 1955. Sepengetahuan saya Menteri Sumber Manusia pernah mengatakan bahawa kementeriannya akan meminda Akta Pekerjaan agar mewajibkan semua amah mempunyai kontrak pekerjaan yang memperuntukkan perkara berkenaan gaji, nama majikan, tempat mereka bekerja serta mewajibkan amah diberi satu hari cuti.


Bercerita pasal sikap emosional, saya agak terkejut dengan tulisan seseorang ni yang memberi beberapa sebab mengapa dia menggelar kita orang Malaysia ni sebagai bodoh dan bangsat.. seolah-olah mereka adalah bangsa yang paling hebat kat dunia ni.. itu pun Malaysia masih lagi bermurah hati nak bantu mangsa gempa bumi di sana. Maaflah pada teman-teman saya di Indonesia, bukan mahu cari gaduh sekadar ingin meluahkan rasa tak puas hati saja. Berikut adalah “tohmahan” yang saya “copy” pagi tadi..


1. Merasa dirinya developed country, padahal GDP/capita hanya 5000 USD (angka inipun sudah dimanipulasi oleh Kerajaan Malaysia), experts memperkirakan angka yg benar adalah sekitar 1500-2000 USD/ kapita/ tahun...


2. Punya program luar angkasa, tapi tak punya teknologi pembuatan rocket.

3. Bangga dengan kemampuan memperkerjakan tenaga kerja asing, sementara uang mereka diperas dikirim ke nagara asal pekerja2 tersebut dan banyak warga mereka yg menganggur karena kalah bersaing..

4. Merasa universitas mereka terhebat di Asia.. baru terbuka matanya setelah keluar ranking baru bahwa merekalah yg paling rendah...setara dengan Somalia dan Sudan, agak sedikit di atas University of East Timor saja..

5. Bangga dengan Menara Petronas yang dibangun oleh Korea Selatan..

6. Mengeluarkan banyak uang untuk tourism marketing tapi memukuli dan menyiksa turis yg masuk... mana ada lagi orang yg mau datang..

7. Bangga sebagai negara yg banyak kedatangan turis. Lupanya dia bahwa turis yg masuk ke negaranya sebagian besar adalah orang Singapore yg mengunjungi family dan orang Indonesia yg hendak cari kerja... jadi bukan turis yg sebenar2nya...

8. Tidak bisa memanfaatkan potensi besar bangsa China dan India sebesar2nya karena rasa iri hati sehingga menggunakan NEP dan lain2 policies untuk membatasi perkembangan kekuatan bangsa China dan India..

9. Tidak mampu menciptakan budaya sendiri sejak nenek moyangnya hingga sekarang. Orang Amerika saja mampu menciptakan budaya sendiri yg berbeda dari orang Eropa.

10. Tingkat buta huruf masih mencapai 17% dari total populasi.

07 September, 2009

Enakmen jenayah syariah hak mutlak umat Islam

BEBERAPA pertubuhan berasaskan gender baru-baru ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendesak kerajaan mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah dalam maksud memansuhkannya agar membolehkan semua rakyat dikawal melalui Kanun Keseksaan Undang-Undang Persekutuan.

Desakan sebegini bukanlah baru, malah sudah berulang kali diutarakan pihak tertentu. Walaupun diberi penerangan jelas berkaitan kedudukan undang-undang jenayah syariah ini dalam negara kita, mereka masih terus memperjuangkan matlamat mereka ini dan menolak sebarang penjelasan.

Sebenarnya, di negara ini undang-undang jenayah syariah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Malah pada zaman sebelum penjajah lagi ia wujud begitulah juga pada zaman penjajah sehingga ke hari ini.

Undang-Undang lama seperti Kanun Melaka dan Undang-Undang 99 Perak, malah tulisan di Batu Bersurat Terengganu adalah manifestasi aplikasi undang-undang jenayah syariah di bumi Nusantara. Tidak keterlaluan jika dikatakan Raja-Raja Melayu juga adalah ilmuan Islam dan berjuang mendalami agama serta mengaplikasinya.

Sebahagian daripada kesalahan jenayah syariah itu sebenarnya sudah wujud sebelum kemerdekaan lagi. Umpamanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Selangor 1952 memperuntukkan kesalahan jenayah syariah yang boleh dihukum. Malah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan adalah undang-undang utama dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka adalah terbatal jika bertentangan dengan Perlembagaan. Oleh yang demikian, sekiranya undang-undang jenayah syariah itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ia tidak terbatal kerana undang-undang itu sebelum Hari Merdeka lagi.

Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan antara lainnya kesalahan jenayah syariah yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Selangor adalah berperlembagaan dan sah di kaca mata perlembagaan itu sendiri. Mengapakah keputusan Mahkamah Persekutuan ini tidak diteliti dan hayati?

Penulis tidak nampak dari sudut manakah kesalahan jenayah syariah itu melanggar Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi jika dikaji dari sudut agama juga, sudah tentu kita akan mendapati ia amat bersesuaian dengan apa yang dianjurkan al-Quran dan Sunnah. Tambahan pula ulama sudah menjelaskan isu ini dengan terperinci.

Isu kerajaan tidak sepatutnya menjadi polis moral juga tidak boleh diterima kerana kerajaan bertanggungjawab mengawal tataatur masyarakat menjamin ahli masyarakat hidup dalam aman dan damai. Undang-undang kesalahan jenayah syariah yang hendak dimansuhkan itu sebenarnya terdiri daripada beberapa bahagian yang mengandungi kesalahan yang amat terhad iaitu kesalahan berhubungan dengan akidah (Bahagian II), Kesalahan berhubungan dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya (Bahagian III), Kesalahan berhubungan dengan kesusilaan (Bahagian IV) dan Kesalahan Pelbagai (Bahagian V).

Meneliti senarai di atas, sudah pasti kita akan mendapati bahawa undang-undang itu amat perlu bagi menjaga maslahah umat Islam di negara kita. Tidak timbul isu bahawa kerajaan mengganggu kebebasan rakyat kerana kesalahan itu memang jelas bertentangan dengan kehendak Islam.

Undang-undang jenayah sivil pada awalnya adalah berteraskan kepada undang-undang moral. Umpamanya mencuri dilihat sebagai suatu perbuatan yang tidak bermoral kerana ia akan mengakibatkan kezaliman dan kegagalan menjamin hak rakyat menggunakan harta. Oleh hal yang demikian suatu undang-undang digubal bagi menangani gejala ini dan dijadikan suatu kesalahan.

Sekiranya kita tidak mahu mencampuri urusan moral maka terpaksalah kita mengkaji semula banyak undang-undang kesalahan jenayah yang sedang berkuat kuasa dan sudah tentulah ia akan merobek keutuhan masyarakat kita.

Pendita Zaaba juga pernah menceritakan perihal orang Melayu iaitu "sejak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini. Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, namun mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar, dan tidak ada apapun hujah ataupun pujukan daripada orang kafir yang boleh mengubah sikap mereka yang demikian itu."

Sebarang usaha memansuhkan enakmen jenayah syariah ini tidak dapat diterima oleh orang Islam.

Malaysia bukan tiba-tiba muncul pada tarikh kemerdekaan negara. Susun atur yang ada beratus tahun sebelum merdeka telah menjana kedudukan agama Islam yang istimewa di negara kita termasuklah undang-undang jenayah syariah. Memansuhkan undang-undang jenayah syariah yang merentasi masa panjang ini akan hanya membawa implikasi serius dan menafikan hak orang Islam untuk mengamalkan agamanya sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Zainul Rijal Abu Bakar, Berita Harian Online.