25 September, 2009

Hak Penjagaan Anak Bagi Orang Bukan Beragama Islam

Sapa orang yang lebih layak dan berhak terhadap penjagaan anak?


Seksyen 88(3) Law Reform Act peruntukkan bahawa;


“Adalah menjadi satu anggapan yang tak boleh dipatahkan bahawa untuk kebaikan anak di bawah umur 7 tahun supaya ia berada dengan ibunya.”


Ini bermakna menurut undang-undang ibu adalah lebih berhak terhadap penjagaan anak sekiranya anak di bawah umur 7 tahun. Tapi mahkamah tengok juga fakta dalam sesuatu kes tu. Dalam kes W v H, kanak-kanak yang jadi rebutan dalam kes ni masih bayi. Sungguhpun si ayah juga mampu untuk menjaga bayi tersebut, Hakim Mahadev Shankar telah memberi hak jagaan kepada si ibu kerana bagi beliau bayi lebih memerlukan kasih sayang seorang ibu.


Begitu juga dalam kes Yap Chee Kong v Chan Bee Yen. Dalam kes ni, anak tu di bawah umur 7 tahun. Perintah jagaan telah diberikan kepada ibu.


Apa faktor utama yang akan diberi pertimbangan oleh Mahkamah berhubung dengan penjagaan anak?


Kebajikan anak itu akan jadi faktor utama dan mengatasi pertimbangan-pertimbangan yang lain. Ini dapat dilihat dalam penghakiman kes Loura Dorris v Thuraisingam di mana pertimbangan utama ialah kebajikan anak dan ini hendaklah dilihat daripada berbagai sudut fizikal, mental, moral dan masa depan yang boleh dijangkakan. Mahkamah mengambil perhatian secara menyeluruh jugak mengenai kebajikan kanak-kanak itu termasuk umur, jantina, agama dan adat resam dalam mana beliau telah dipelihara dan dibela selama ini, latar belakang, bangsa dan budaya ibu bapanya, kelakuan ibu bapanya dalam menangani kehidupan anak itu. Perlu juga diambil kira faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh anak itu dari segi pelajaran dan material serta soal-soal kesihatan dan perubahan.


Pertimbangan lain yang dimaksudkan dalam penghakiman kat atas tu adalah seperti berikut;


Hasrat ibu bapa kanak-kanak tersebut;



Kemahuan kanak-kanak itu sendiri sekiranya dia berada dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendapatnya dengan bebas;


-Dalam kes M.Saraswathi Devi v Keith Ian Monteiro, si ibu telah berkahwin dengan seorang lelaki Belanda si ayah pulak telah memeluk agama Islam. Anak pula waktu tu dah berumur 14 tahun. Mahkamah telah ambil kira kehendak anak tu di mana dia tak suka tinggal dengan ibu dan ingin bersama bapanya. Maka hak jagaan telah diberikan kepada si bapa.


Umur dan seks kanak-kanak tersebut;


-Dalam kes Tan See King v Tan Bee Cheng, keempat-empat anak mereka adalah perempuan dan masih bersekolah rendah. Hakim berpendapat si ibu lebih layak untuk menjaga anak-anak perempuan tersebut.


Agama dan latarbelakang budaya;


-Dalam kes Laura Dorris v Thuraisingam, si ibu telah bersekedudukan dengan suami orang. Mahkamah memutuskan hak jagaan diberi kepada si bapa. Kelakuan si ibu adalah tidak bersesuaian dengan keadaan masyarakat berbilang kaum, di mana perlakuan sumbang tersebut adalah suatu perbuatan yang dipandang jijik oleh masyarakat. Mahkamah merasakan adalah bersalahan dengan adat resam di negara ini untuk membenarkan anak tersebut dijaga oleh si ibu yang bersekedudukan dengan suami orang tanpa sebarang ikatan sah.


Kelakuan pihak-pihak yang membuat tuntutan;


-Dalam kes Loke Sow Leng v Yap Eng Kee, si ibu terlalu sibuk dengan kerjayanya. Malah pernah cuba untuk membunuh diri, lari dari rumah selepas melahirkan anak dan pernah cuba untuk membunuh anak mereka. Mahkamah mengambil kira perlakuan mereka dan memutuskan bahawa kebajikan anak-anak adalah lebih selamat jika mereka bersama si bapa.


-Dalam kes L v S, si ibu memohon hak penjagaan anak. Si ibu mendakwa suami seorang yang bersikap ganas dan menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain. Hak penjagaan telah diberikan kepada si ibu.


Kemungkinan pihak-pihak berdamai;


Kelebihan dari segi pendidikan dan material; serta


Faktor kesihatan dan perubatan.


Macam mana plak kalau anak tu lebih dari seorang?

Mahkamah akan beri dan lihat pertimbangan kepada kebajikan tiap-tiap anak-anak tersebut secara berasingan. Misalnya, kalau anak sulong selesa nak ikut ayah, maka Mahkamah akan beri hak penjagaan kepada ayah. Tapi seboleh-bolehnya Mahkamah tak kan pisahkan adik-beradik. Dalam kes Tan See King v Tan Bee Cheng, si bapa minta Mahkamah beri hak jagaan dua daripada empat anak perempuannya. Tapi anak-anak tak mahu berpisah antara satu sama lain. Mahkamah ikut kehendak kanak-kanak tu.


Seksyen 88 (4) Law Reform Act peruntukkan bahawa;


“Jika ada dua atau lebih orang anak mahkamah tak terikat letakkan kedua-dua atau semua dalam jagaan seseorang, tapi hendaklah timbang kebajikan mereka secara berasingan.”


Apakah hak pihak yang gagal dapat hak penjagaan anak?


Sapa yang tak dapat hak penjagaan akan diberi akses yang munasabah kepadanya. Contoh, bleh jumpa hujung minggu atau bawak melancong masa cuti sekolah. Tapi ada gak keadaan di mana ibu atau bapa tak dibenarkan melawat anak-anak. Dalam kes Ananda Dharmalingam v.Chantella Honeybee Sargon, Hakim telah memerintahkan bahawa tiada akses diberi kepada suami untuk menemui anak-anaknya sehinggah pakar sakit jiwa kanak-kanak mengesahkan bahawa anak-anak tu sanggup dan bersedia untuk menemui suami. Ini kerana si anak-anak tu trauma dengan sikap ganas ayah mereka terhadap ibu mereka.



Boleh tak Perintah Penjagaan anak dipinda?

Perintah Penjagaan anak boleh dipinda sekiranya Mahkamah mendapati terdapat perubahan dalam keadaan atau sekiranya boleh dibuktikan bahawa Perintah terdahulu dibuat berdasarkan fakta yang salah.


Seksyen 96 Law Reform Act memperuntukan bahawa;


“The Court may at any time, and from time to time vary, or may rescind, any order for the custody or maintenance of a child on the application of any interested person, where it is satisfied that the order was based on any misrepresentation, or mistake of fact, or where there has been any material

change in the circumstances.”

8 comments:

  1. Nampak gaya di Melesia ni Hakim Mahkamah Civil lebih adil daripada Hakim Syarie. Teliti dan bijak bersesuaian kita panggil "Yang Arif" tak macam Hakim Syarie...mula sebutan kes dah macam merak ( goyang kaki tergedik-gedik kat atas macam depa tu dok dalam kedai kopi ), Bila Defendan tegur sinis ugut plak Si Marhain ni 14 hari menghina mahkamah !!!!!
    Oleh,
    http://highlander2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Klu anak ghamai Mahkamah bleh bahagi antara bapa n ibu, klu 1 anak saja agaknya Mahkamah kerat 2 lah iyer kan Cik Citi !!!?? Ibu dapat setengah, bapa dapat setengah kan..kan..kan..!!!????

    ReplyDelete
  3. need your favour, please see ur email.

    ReplyDelete
  4. siti macam mana pulak cara kita nak dapatkan hak jagaan anak? cth si isteri mintak cerai, dan si suami yg terlalu kecewa mengenakan syarat, kalo nak cerai si isteri hilang hak keatas anak. jadinya si ibu dapat tgok anak 2-3jam sekali seminggu itu pun setelah dipujuk, dirayu berkali2 utk berjumpa anak kepada bekas suami...

    ReplyDelete
  5. siti macam mana pulak kalau sebelum ini anak perempuan sepatutnya di jaga oleh siibu selapas cerai ( mutual divorce) dah 3 tahun, anak dibiarkan di bawah jagaan bapa. Saya sebagai bapa pun jaga anak perempuan selama 3 tahun, tiba -tiba si bekas isteri ambil balik menjaga anak perempuan and dengan perangai si bekas isteri telah tukar sekolah dan memindah anak perempuan ke Kuala Lumpur. Bolehkah saya menuntut hak jagaan anak semuala?

    ReplyDelete
  6. kak,bagaimana pulak kalau si ibu itu pemalas,tidak menjaga keperluan suami dan anak tapi sebaliknya si suami pulak yang buat semua kerja dari kerja di rumah dan di tempat kerja,balik rest pun nak masak untuk anak,cuci pakaian pun suami juga yang buat...adakah hak penjagaan anak akan ke tempat si suami sekiranya suatu hari nanti mereka bercerai...

    ReplyDelete
  7. kiranya c istri dan suami suda 5 tahun tidak bersama dan dalam masa 5tahun itu baru 3 kali melihat anaknya dari lahir...dan c suami memberikn nafkah dengan mengirim wang..dan c isteri pulak minta cerai kerana tiada persefahaman dalam tempoh perkahwinan itu...adakah hak penjagaan anak itu akan kekal pada c isteri...

    ReplyDelete
  8. Bagaimana hak penjagaan seorang ibu bukan islam terhadap anak (luar nikah) yang di bawah umur 7 tahun terhadap bapa biologi anak tersebut adalah seorang islam yang sudah berumah tangga? Agama anak tersebut adalah atas pilihan siapa?

    ReplyDelete