09 September, 2009

Isu Amah: dari kaca mata Cik Siti


Melalui pembacaan saya di beberapa akhbar dan blog2 lain pagi tadi isu gaji minimum amah Indonesia banyak dibincangkan. Sebelum ni, Indonesia minta agar amah-amah dari negara mereka diberi cuti sehari seminggu malah nak pegang passport sendiri. Malaysia sudah pun bersetuju dengan syarat amah yang melarikan diri dari majikan, pas lawatan kerja sementaranya akan dibatalkan serta-merta dan diaorang tak dibenar masuk semula ke Malaysia bagi tujuan bekerja. Saya rasa gaji sekarang sekitar RM600 tu cukup munasabah sebab setahu saya majikan turut menanggung makan minum dan tempat tinggal amah. Malah makcik saya dulu pernah berulang-alik ke klinik untuk merawat menyakit kudis buta amahnya. Sudahnya, amah tu melarikan diri kononnya makcik saya mendera. Syukurlah selepas siasatan, tak ada bukti lansung makcik mendera amah tu.


Saya pelik juga, masa ayah bekerja di ladang dulu setiap Pengurus Ladang akan diberi seorang amahh dan seorang tukang kebun. Jujur saya akui saya dan adik-adik saya dibesarkan oleh ibu dengan bantuan amah Indonesia. Kalau nak kira dari saya kecil sampai lah ayah saya pencen tahun 2006 lepas, dekat 5-6 orang amah yang pernah bekerja dengan kami. Alhamdullilah, kami tak pernah alami sebarang masalah dengan amah-amah tersebut. Semuanya baik-baik belaka, jujur, rajin, malah penuh dengan sifat keibuan. Saya masih ingat lagi beberapa orang dari mereka, makcik Minang, makcik Yati, makcik Semah, makcik Misiam, dan makcik Tini. Walaupun mereka amah, ayah saya melarang keras sama sekali saya dan adik-adik mengarah mereka. Kalau nak apa-apa kena beritahu mak barulah mak yang akan suruh makcik-makcik tu.


Makcik Minang mengasuh adik bongsu saya Hawa dari bayi lagi, sehingga lah adik saya dah besar panjang dia sanggup datang dari Kota Tinggi ke Kluang mencari kami semata-mata ingin bertemu dengan adik saya. Masa kecil Hawa dikelek sepanjang hari dengan kain batik lepas, suami makcik plak buatkan rumah Barbie untuk Hawa, bahkan hari pertama Hawa ke sekolah juga Makcik Minang yang temankan. Sebelum pi sekolah, makcik mesti tocangkan rambut kami. Makcik Yati pula jaga kami sejak saya berusia 11 tahun. Hubungan kami dengan keluarga Makcik Yati rapat macam saudara kandung sampai lah sekarang, baru-baru ni kami turut meraikan perkahwinan anak sulong Makcik Yati yang kahwin ngan orang Pontian. Jangan main-main, anak Makcik Yati tu engineer keluaran KUITTHO tau!!



Saya dengan Makcik Yati


Dengan makcik Semah, kami kurang rapat sebab dia kurang bercakap. Sangat-sangat lah rajin, basuhkan kasut sekolah kami, gosok baju sekolah kami, malah kemaskan bilik tidur kami. Bila kami masuk sekolah asrama kat Muar, lagi lah jarang jumpa. Makcik Semah memilih untuk pulang terus ke Indonesia. Yang terbaru kami dengar, anak perempuan Makcik Semah lumpuh satu badan lepas menolak lamaran seorang lelaki di kampong mereka, kesian sangat.


Seterusnya, bila kami dah sambung belajar di peringkat Universiti, Makcik Tini plak keja dengan mak. Kami suka ngan makcik Tini sebab dia rock, leh wat kawan berkaroake dan gosip2 pasal artis. Paling best makcik suka wat bakso untuk kami. Nak tahu, makcik Tini pernah beritahu saya Krisdayanti tu bukan perempuan yang baik, selalu berselingkuh dibelakang suaminya. Tak sangka selepas 6tahun gosip makcik Tini tu jadi kenyataan. Hubungan keluarga saya dengan makcik Tini juga masih baik hingga sekarang. Syukur alhamdulillah keluarga saya tak pernah ada masalah dengan amah. Saya akan sentiasa mengenang jasa mereka menjaga kami adik-beradik.


Saya benci bila dengar ada orang buli amah. Penah dengar ke Melayu buli amah? Tak kan lah takde sikit pun rasa kasihan pada mereka? Kot ye pun tak leh wat kerja, pulangkan saja atau gantikan dengan yang lain. Itu bukan alasan untuk kita mendera mereka. Memang lah tak semuanya mereka ni baik. Banyak yang bawa masalah pada majikan. Ada juga rakan yang bercerita amah keluarga mereka berkelakuan lucah dengan menimbang-nimbang buah dadanya di hadapan adik lelaki mereka.


Apapun Malaysia perlu bersikap tegas dalam isu amah ni, kepentingan majikan perlu diutamakan. Jangan nak lembik2 plak di meja rundingan lebih-lebih lagi dengan sikap rakyat Indonesia yang saya lihat terlalu emosional akhir-akhir ni. Saya rasa mereka tak boleh sebongkak mana, sebab rakyat mereka memang perlukan pekerjaan. Kalau tak, tak kan lah mereka sanggup bergadai nyawa semata-mata mahu mencari rezeki di negara kita. Sebaiknya tubuhkan satu badan khas yang bertanggungjawab menjaga kebajikan amah dan dalam masa yang sama melindungi hak majikan. Peraturan baru kepada pekerja Indonesia yang mahu bekerja di negara ini, diwajibkan mengikuti kursus selama sehari juga saya rasa satu langkah yang baik, sapa tak lulus jangan bagi visa, hehehe.. badan penggubal plak, apa lagi wat lah sesuatu agar suatu akta yang melindungi kebajikan amah dan kepentingan majikan menjadi suatu realiti dan dapat dikuatkuasakan segera. Stakat ni kita masih guna Akta Pekerjaan 1955. Sepengetahuan saya Menteri Sumber Manusia pernah mengatakan bahawa kementeriannya akan meminda Akta Pekerjaan agar mewajibkan semua amah mempunyai kontrak pekerjaan yang memperuntukkan perkara berkenaan gaji, nama majikan, tempat mereka bekerja serta mewajibkan amah diberi satu hari cuti.


Bercerita pasal sikap emosional, saya agak terkejut dengan tulisan seseorang ni yang memberi beberapa sebab mengapa dia menggelar kita orang Malaysia ni sebagai bodoh dan bangsat.. seolah-olah mereka adalah bangsa yang paling hebat kat dunia ni.. itu pun Malaysia masih lagi bermurah hati nak bantu mangsa gempa bumi di sana. Maaflah pada teman-teman saya di Indonesia, bukan mahu cari gaduh sekadar ingin meluahkan rasa tak puas hati saja. Berikut adalah “tohmahan” yang saya “copy” pagi tadi..


1. Merasa dirinya developed country, padahal GDP/capita hanya 5000 USD (angka inipun sudah dimanipulasi oleh Kerajaan Malaysia), experts memperkirakan angka yg benar adalah sekitar 1500-2000 USD/ kapita/ tahun...


2. Punya program luar angkasa, tapi tak punya teknologi pembuatan rocket.

3. Bangga dengan kemampuan memperkerjakan tenaga kerja asing, sementara uang mereka diperas dikirim ke nagara asal pekerja2 tersebut dan banyak warga mereka yg menganggur karena kalah bersaing..

4. Merasa universitas mereka terhebat di Asia.. baru terbuka matanya setelah keluar ranking baru bahwa merekalah yg paling rendah...setara dengan Somalia dan Sudan, agak sedikit di atas University of East Timor saja..

5. Bangga dengan Menara Petronas yang dibangun oleh Korea Selatan..

6. Mengeluarkan banyak uang untuk tourism marketing tapi memukuli dan menyiksa turis yg masuk... mana ada lagi orang yg mau datang..

7. Bangga sebagai negara yg banyak kedatangan turis. Lupanya dia bahwa turis yg masuk ke negaranya sebagian besar adalah orang Singapore yg mengunjungi family dan orang Indonesia yg hendak cari kerja... jadi bukan turis yg sebenar2nya...

8. Tidak bisa memanfaatkan potensi besar bangsa China dan India sebesar2nya karena rasa iri hati sehingga menggunakan NEP dan lain2 policies untuk membatasi perkembangan kekuatan bangsa China dan India..

9. Tidak mampu menciptakan budaya sendiri sejak nenek moyangnya hingga sekarang. Orang Amerika saja mampu menciptakan budaya sendiri yg berbeda dari orang Eropa.

10. Tingkat buta huruf masih mencapai 17% dari total populasi.

3 comments:

  1. Gitu ye rupanya kita pada pandangan mata diorang, xsedar diri tu rakyatnya hari2 sy hantar ke penjara. Hakim kat sini punyalah baik, bersimpati, bagi hukuman seringan 1 bulan penjara. Walhal nnt bila dah kena penjara, kena hantar balik lagi ke negara asal, xlama kang masuk balik. Guna nama lain. dulu ada cadangan kurangkan pekerja indon, diorang gak yang bising. Yg dia nk jeles2 pasal kita ada program angkasa tu apa kes, kalau dia mampu, pegi la hantar angkasawan dia sendiri, daripada hantar rakyatnya pegi malaysia, dah kat sini wat jenayah-ragut la, curi motorsikal la, rompak la. sampai ke extent diorang jd geng plak. Yg masuk utk keja xpayah la masuk lagi, ni sy tgk hari2 ada kes masuk xde pas, ada pas overstay sampai 4-5 tahun. rakyat kita buta huruf 17%? so what? Amerika yg dia agungkan tu pun ada tahap buta huruf, negara die sendiri sume cerdik pandai belaka ke, byk la ye Prof kat tepi jalan? byk ckap la indon ni. geram btl.

    ReplyDelete
  2. salam sobat
    ada AWARD sederhana untuk mba,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,di ALJUBAIL.S.A,trims.

    ReplyDelete
  3. B.A, MBA, PhD banyak-banyak tu nk buat apa kalau nk kira monthly loan bayar kereta pun suruh Mr. Neo kirakan? ( ni pengalaman Bos saya sendiri la 12 tahun lalu masa jadi kuli orang )

    ReplyDelete