11 September, 2009

Periksa Dara Sebelum Kahwin

MAJLIS Fatwa Kebangsaan Jordan akhirnya mengumumkan fatwa baru-baru ini, mengharamkan perbuatan meminta seseorang wanita menjalani ujian pengesahan dara sebelum berkahwin, perbuatan yang menimbulkan kemarahan dan mencetuskan perdebatan mengenai isu moral di kalangan masyarakat negara itu.

Pihak berkuasa majlis itu yang diketuai bekas mufti angkatan tentera, Nouh Qudah dan dianggotai tokoh agama, ahli akademik dan cendikiawan bebas, mengambil tindakan mengemukakan fatwa berkenaan bagi mengakhiri kemelut sosial itu, selepas wujud laporan peningkatan jumlah lelaki yang dikatakan mencurigai akhlak dan kesucian bakal isteri masing-masing, berkeras meminta mereka menjalani ujian pengesahan dara sebelum berkahwin.

Majlis fatwa dalam pengisytiharannya menggesa pegawai perubatan menolak menjalankan ujian berkenaan kecuali jika mendapat perintah mahkamah.

"Tubuh seseorang manusia adalah suci. Anggota sulit mereka menjadi rahsia peribadi dan tidak wajar dibincangkan secara terbuka. Wanita negara ini mempunyai maruah dan martabat yang tinggi untuk dilayan dengan cara yang amat tidak bermoral itu," kata majlis berkenaan.

Mufti Besar Jordan sebelum ini enggan mengeluarkan keputusan dan fatwa mengenai perkara itu, tindakan yang mencetuskan perdebatan hebat mengenai persoalan moral dan akhlak apabila wanita dikehendaki menjalani ujian mengesahkan mereka masih dara, di negara yang didominasi lelaki itu.

Seorang pegawai dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan berkata, semakin ramai lelaki meminta tunang mereka menjalani ujian pengesahan dara, mengakibatkan wanita yang terbukti bukan dara, ditinggalkan tunang, dimalukan dan kadangkala dibunuh oleh anggota keluarga mereka.

Kumpulan besar penduduk puak di Jordan mengaitkan harga diri dan maruah seorang wanita dengan status kesucian iaitu sama ada mereka masih dara atau tidak.

Undang-undang yang ada membolehkan anggota keluarga lebih mudah membunuh adik atau anak perempuan jika mereka didapati bukan dara. Malah ia juga membolehkan mana-mana anggota keluarga membunuh ibu mereka jika keadaan ini berlaku.

Fatwa yang dikemukakan tidak merujuk kepada individu tertentu, tetapi ia secara tidak langsung kepada pegawai dan kakitangan pusat perubatan forensik menolak permohonan melakukan ujian pengesahan dara yang semakin meningkat.

Sementara itu beberapa orang doktor di hospital dan klinik swasta berkata, masih ada klinik dan doktor yang melakukan ujian berkenaan.

Undang-Undang Jordan membenarkan pihak berkuasa melakukan ujian itu jika menerima arahan mahkamah bagi mendapatkan bukti perundangan membabitkan kes rogol atau perzinaan.

Bagaimanapun, pakar berkata, berikutan semakin ramai wanita sanggup menjalani ujian itu secara suka rela, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengakhiri amalan itu.

Tiada perangkaan rasmi mengenai jumlah ujian yang dilakukan, bagaimanapun laporan akhbar harian berbahasa Arab Ghad Arabic baru-baru ini, memaksa pihak berkuasa membicarakan mengenai isu berkenaan.

Permaisuri Rania diketahui sebagai tokoh yang lantang menyuarakan isu membabitkan hak wanita, tetapi beliau juga belum menyatakan pendiriannya mengenai isu ini. Beliau sering menuntut agar wanita diberi lebih banyak kebebasan sejak dimahkotakan sebagai permaisuri 10 tahun lalu.

Kerajaan Jordan baru-baru ini meluluskan satu ketetapan mengenai hak wanita yang membenarkan mereka meninggalkan negara itu tanpa kebenaran suami atau bapa. Mereka juga dibenarkan memiliki rumah sendiri.

Bagaimanapun, pemimpin agama berpendirian konservatif menentang ketetapan itu dan berpendapat ia akan menyebabkan perlakuan tidak berakhlak di kalangan wanita semakin meningkatkan.

Ramai wanita Arab kaya dari negara teluk dilaporkan datang ke Jordan untuk memperbaiki selaput dara sejajar dengan tradisi bahawa wanita mesti 'berdarah' pada malam perkahwinan mereka.

Doktor berkata mereka mengenakan bayaran antara AS$800 (RM2,880) hingga AS$1,000 (RM3,600) untuk satu khidmat rawatan mudah, walaupun amalan ini dilarang undang-undang.

***Saya rasa kalau Pak Arab lah, janda anak 5 pun akan cedera parah berlumuran darah pada malam pertama mereka.



Saya berpendapat perbuatan menguji dara sebegini rupa memalukan golongan wanita dan melanggar hak asasi kaum wanita. Tak tahu lah pandangan rakyat Malaysia especially kaum Melayu dalam hal ni.


Teringat saya pada babak pertama dalam drama Matahari dalam slot Akasia jam 6.30 petang di TV3. Malam tu malam pertama si Arissa lakonan Aida Aris yang baru melansungkan perkahwinan. Kat atas tilam tu nenek dia dah siap bentangkan cadar putih. Namun Arissa yang pernah menjadi mangsa nafsu ayah tirinya memilih untuk berterus terang kepada suaminya. Keesokan hari seluruh keluarga kecewa bila tengok cadar tu tak ada kesan darah. Pape ntah, kot ye pun wanita tu masih suci, perlu ke nak tunjuk kesan darah tu pada seluruh keluarga? Untuk apa? Itu kan rahsia suami isteri. Bagaimana kalau pasangan pengantin memilih untuk melakukan hubungan pertama mereka kat bawah katil atau dalam bathtub? Ada kesan darah tak? Dah tentulah takde kan?


Saya selalu tertanya-tanya berdosa kah seorang isteri merahsiakan kisah hitamnya daripada suami? Bagaimana pula kalau wanita tu sudah benar-benar bertaubat akan kesilapannya? Jawapan yang selalu saya baca dalam ruangan soal jawab dalam akhbar atau majalah-majalah untuk kaum wanita, wanita-wanita yang punya kisah silam ni harus merahsiakannya daripada pengetahuan suami demi kebahagiaan rumah tangga. Ermm.. bagaimana kalau kita di tempat lelaki? Apa perasaan kita jika ditipu seumur hidup? Susah saya nak nafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan skang ni susah nak cari perempuan baik. Saya pernah menjalankan satu kajian semasa di Universiti di mana hasilnya sangat lah mengejutkan, walaupun kajian saya tak fokus pada kaum Melayu tetapi remaja Islam lah yang paling ramai melahirkan anak luar nikah. Bagaimana nasib mereka nanti? Masih ada kah lelaki kat luar sana yang sudi memperisterikan mereka? Saya pernah timbulkan isu ni pada seorang “ustaz” tu, dia kata dia “tak kisah” status pompuan tu, dia akan tanya macam mana leh hilang mahkota tu, kalau pompuan tu dah insaf dia sudi terima. Tapi kan, napa ntah dia sibuk check tapak tangan saya siap picit tumit saya berkali-kali tu.. hehehe. Orang kata kita leh tengok “status” seseorang wanita tu melalui dua anggota yang saya sebut tadi, tapi tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Ishh.. ishh.. “ustaz” tu benar-benar dah langgar hak asasi saya..


Mak saya selalu pesan “kalau dah hilang mahkota yang satu tu, 1sen pun tak guna.. mak nak minta belas ribu pun segan”.. bila mak start bebel adik akan usik mak, “Mak kalut2 ni macam lah benda tu leh letak dalam dulang hantaran” hehehe.. Mak cukup takut kalau anak-anak perempuan dia keluar rumah. Bayangkan lah saya yang dah tua ni pun pi tandas awam masih diteman mak, masuk bilik doktor pun diteman, nak pi temuduga pun mak teman, malah untuk kes criminal setakat ambik tarikh pun mak nak ikut juga ke Mahkamah.. Kalau adik saya naik bas dari UUM, tiap 1/2jam mak mesti call tanya kat mana. Bila bas rosak tengah2 malam tu atau adik tak angkat tepon, dia mesti kalut sampai pucat2, hehehe. Namun saya ingat prinsip ayah, ayah akan terus melindungi saya dan adik-adik perempuan saya dan hanya akan lepaskan tanggungjawab besar tu pada suami kami dihari pernikahan kami kelak.. Ayah mahu bakal suami kami berikrar untuk ambil alih tanggungjawab tu dihadapan dia dan seluruh ahli kuarga kami. Ayah juga tak pernah putus mendoakan agar kami sentiasa dilindungi olehNya dari pandangan lelaki yang bernafsu binatang dan berhati syaitan.. tima kasih, abah..


Saya bukan lah baik sangat, tapi saya ingin mengingatkan diri sendiri, rakan-rakan kat luar sana dan adik-adik generasi muda agar sama-sama lah kita menjaga diri kita dan kehormatan kita sebagai seorang wanita. Kalau tak sayang diri sendiri, ingatlah bahawa ibu bapa kita juga punya maruah, kasihan lah pada mereka yang telah bersusah payah membesarkan kita.

16 comments:

  1. Hmmmm menarik gak post nih... Tp bagi ana la, ana merasakan bhw istilah dara ni agak ptg sbg landasan bg menjamin keturunan yg bakal disinambungkan pd generasi yg mendtg terdiri drpd mrk yg tergolong dlm kategori bersih, berakhlak & bermaruah, sbb Islam itu cantik, bersih & suci.

    Akan ttp dlm situasi skrg dgn keadaan dunia hiburan & media massa yg byk mengkhayalkan anak2 muda remaja kita, sukar jugak utk si lelaki yg baik mencari pasangan yg solehah serta boleh diterima sbg muslimah sejati kecuali kalo jalan pencariannya berlandaskan kpd asas pencarian yg berteraskan KEIMANAN bukan berasaskan kpd NAFSU.

    Dalam hal ini pemerintah sesebuah ng harus dipertanggungjawabkan kpd kemunduran akhlak dan pincangnya institusi kekeluargaan sekiranya kita tidak kembali kpd ajaran Al-Quran & As-Sunnah. Inilah apa yg dikatakan sbg petanda akhir zaman dan malapetaka apabila manusia mula meninggalkan ISLAM & hanya membangunkan rakyat berdasarkan hal2 MATERIAL semata tanpa ilmu kerohanian yg lebih menjamin akhlak muda-mudi yg lebih cemerlang serta bersahsiah tinggi.

    Sbg kesimpulannya, ana berharap untuk kita kembali mencapai matlamat kesejagatan Ummah serta kesinambungan Ikhwanul Muslimun yg hakiki, maka kembalilah kita kpd AL-Quran & As-Sunnah, tiada yg lain yg lbh baik melainkan ISLAM... ALLAHUAKBAR!!!

    P/S: Cik Strawberry, siapakah gerangan Ustaz tu? Tak baik tau ckp kat dia mcm tu, mgkn dia cuma bergurau @ bermanja dgn Cik Strawberry je tuh.

    ReplyDelete
  2. HAAHHH...memang dak agak dah Si Ibnu Zatussalasil ni memang ulas punya masa baca posting Blogger kat tajuk ni tadi !!!!
    Apa kata Lelaki pulak jalani ujian teruna !? Tak begitu Ibnu Zatussalasil?
    Apa pompuan saja ka nak suci? laki2 busuk ka, siplis ka yang tu tak apa?!!! Bleh blah la Pak Arab!!! Dari zaman Jahilliah sampai la ni tak habih2 depa dok tindas kaum Hawa! Tp Cik Siti jgn risau, B/F awak penuh keADILan...berjiwa rakyat !! Dont wori..Mr. Neo bg gerenti seumur hidup ( macam jam tangan Rolex ) !!! Oleh: http://www.highlander2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ustaz tu Cik Siti bedai saja dengan mob lantai, gatai tu Ustaz tu !!!! Muaaahhhhhaaaahaaaa....!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam,

    bukan semua pmpn xberdarah itu xsuci, bgmn klu kena rogol, diambil kesempatan waktu msh xcukup akal dan kes2 spt bersukan dan semula jd?

    ReplyDelete
  5. Hye Junah, saya pun setuju dengan pendapat Junah. Malah ada juga wanita yang dilahirkan tanpa selaput dara.

    ReplyDelete
  6. Yup ana bersetuju dgn Junah & Cik Strawberry.. Akan ttp brapa ramai yg btl2 hlg dara akibat kejadian spt di atas & kes2 kena aniaya spt ini kalo nak dibandingkan dgn mrk yg rela kehilangan dara mrk ditgn2 lelaki yg rakus & rosak akhlaknya??? Ana prnh terbaca suatu artikel di Metro suatu ms dahulu, wujud sebuah kelab sosial yg dinamakan KELAB TANPA DARA, iaitu sebuah kelab yg dianggotai oleh mrk2 (Pompuan) yg tlh hlg daranya akibat pergaulan bebas & hdp cara MAT SALEH malah mrk akan terasa MALU jika masih mempunyai dara dikalangan ahlinya. Mmg benar lelaki yg baik sggp terima Pompuan spt ini tanpa menilai sejauh mana mrk tlh tersesat sblm nih. Akan ttp sejauh mana lak golongan spt ini sggp utk berubah & insaf serta betaubat nasuha dlm keadaan ng kita nih penuh dgn hiburan2 yg melampau, arak dijual berleluasa (ibu segala maksiat), pengaruh media massa yg hebat serta bermcm2 lg agenda2 Yahudi yg menyelinap masuk di semua sudut kediaman kita setiap masa. Inilah dia apa yg dikatakan petanda AKHIR ZAMAN..

    Sbg penutup kata, kalo yg khlgn dara secara kekerasan & semula jadi tuh ana berharapkan bakal suaminya dpt menerima hakikat tsbt. Akan ttp bg mrk2 yg pnh khlgnnya secara sukarela, kembalilah kpd landasan yg benar dgn bertaubat nasuha & memohon keampunan kpd yg Maha Esa. Ana berceritakan perkara ini semua adalah berdasarkan pengalaman berkwn dgn bermcm2 jenis pompuan bukan hanya ckp kosong. Namun amatlah menyedihkan, org ISLAM semakin hlg akhlaknya & terus terpinggir sbg bangsa yg mundur di bumi Malaysia ini, sedarlah wahai bangsaku...

    ReplyDelete
  7. Yeaahhhhh...!!!! Steady rah Bong Ibnu !!!
    Amok sakan nampak???!!!
    Jagat..angkat kain hujan, jemuran dah turun !!!
    Muaaahhhhhaaaahaaaaa....!!!
    Apapun semuanya betoi baik Junah, Makcik Siti, atau Bong Ibnu kita. Sesiapa yang engkar hukum Allah maka PADAH menimpa.
    Bg yg menjadi mangsa rogol atau bersukan bertawakkal lah. Siti Mariam juga pada awallya difitnah ketika mengandungkan al-Masih. Jika bakal suami anda macam Bong Ibnu maka beruntunglah, banyak bersyukur pada Illahi semoga ada lelaki @ pemuda seperti Bong Ibnu yg banyak knowledge...( Bukan apa, saja nk rekomen kuat kat Cik Siti ni baru Mr. Neo dapat komisen macam kapai selam Scorpene "KD Tunku Abdul Rahman"!!! Muaaaahhhhhhaaaaahhhaaaaaaaa...!!!!!
    Created by;
    http://www.highlander2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Join this blog..

    http://nasionalis1982.blogspot.com/

    AIDCclub

    ReplyDelete
  9. semua yg kita fikirkan, pandangan atau pendapat kita mestilah kembali ke ajaran Islam. jgn kita cepat terima apa yg dibawa oleh fahaman dr musuh Islam. tgk dan kaji al-quran dan al-hadis..pemikiran logik manusia tak sampai dgn kalam Allah.

    kita tak boleh sokong sebarang pandangan yg datang bukan dr quran dan hadis. soal dara adalah isu penting sebagai menunjukkan keperibadian seseorg muslim, jika kita lalai maka ia melibatkan moral kita sbg umat Islam yg tahu akan hukum hakam.

    pendapat saya, setiap wanita muslim wajib menjaga kesucian peribadinya (dara) tetapi jika aktif bersukan atau dirogol atau dilahirkan tiada selaput dara, wanita tersebut boleh menerangkan kpd bakal suami. jika benar bakal suami kasih akan dia, dia akan terima dgn redha krn jelas dan nyata buka kesalahan wanita tersebut. tetapi jika hilang dara atas kesilapan wanita itu, maka akan timbullah persepsi negatif yg mana boleh mengurangkang kestabilan kerukunan rumahtangga..

    sbg pedoman, jgn kita terikut dgn budaya kafir dan jgn kita mudah terpedaya dgn permainan musuh Islam. kita mesti berpegang, sala tetap salah, benar tetap benar..dlm soal akidah tiada kompromi.

    ReplyDelete
  10. Mana dia Kuih Tat FedEx from Southern tak sampai2 lagi ni? Ghaya dah nak dekat....
    Lapaq..lapaq...lapaq kuih tat...!!!!!!!

    by,
    http://highlander2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. hehehe.. mengada lah mr.Neo ni. mana tau ni kita nak bagi kuih tart? jemputlah dtg beraya ke rumah, nak satu balang pun kita boleh bagi lahh.. :)

    ReplyDelete
  12. saya nak wat cadangan boleh...
    apa kata kita wat pengesahan teruna pulak...
    hehehe...baru adil kan?

    akhir kata...setiap jodoh tu rahsia ALLAH...
    Apa yang ditakdirkan untuk kita itu...adalah amanah ALLAH utk kita dan yg terbaik utk kita...

    yang solehah hanya utk yang soleh...
    jadilah seperti muhammad kalau mahu isteri seperti khadijah...atau semulia Ali kalau inginkan setulus Fatimah...setampan yusuf yang memiliki secantik zulaikha...

    Fikirkanlah...

    ReplyDelete
  13. saya penah diambilkesempatan masa umur 4 tahun.... sehngga sekarang saya keliru... saya tak berdosa...bukan sumer pempuan yang tiada daraberdosa..

    ReplyDelete
  14. isu dara xpenting, yang penting baik seseorang tu

    ReplyDelete
  15. klau tnya laki yg sosial pon pompuan mna yg akan dia kwin kelak dh cnform dia nk yg ada dara..tp xsedar ke yg dia tue dh bnyak kali rosakkan dara seorg pompuan....xsemua manusia kt dunia nie perfect...kdang2 sebelum nk nilai org lain tgk diri kita dulu...sy nk tnya.senang ke nk dpt lelaki yg benar2 teruna zaman sekarang nie???????

    ReplyDelete
  16. bila ade dara cari bohjan.bila dh xde dara cari ustaz sbg suami.adilkah begitu?bohsia mmg sesuai utk bohjan sbg suami isteri.klu ustaz?wanita solehah le.xde sipilis,aids & syukur dgn yg xberape pjg & besar sbb wanita solehah xpnh merasa itu semue kecuali dgn suaminye.berbeza dgn bohsia kan?

    ReplyDelete