25 September, 2009

Suami terkejut isteri berkhalwat



Pagi ni saya terbaca laporan akhbar di mana hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya hari ini berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel, di Kangar awal pagi tadi.

Lebih menyedihkan lelaki itu sendiri join skali pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel tu pada pukul 5.30 pagi.

Ketika ditahan, wanita itu yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik sementara pasangannya berada di atas katil.. ishh, dia buat apa jer ngan orang tu pagi2 buta tu? Bodohnya alasan diskus hal bisnes..

Si suami seorang juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani tenang jer semasa soal-siasat dan proses mengambil keterangan dijalankan. Memetik kata-katanya " Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” Hmm, nasib baik tak kena terajang.

Terharu sungguh bila saya baca laporan akhbar di atas, saya dapat rasakan betapa hancurnya perasaan si suami apabila si isteri ditangkap berkhalwat di hadapan matanya sendiri.

Saya juga pernah mengalami nasib yang sama Februari tahun 2008 yang lalu bila mana teman lelaki saya curang di belakang saya. Lebih memedihkan bila si gadis itu sendiri yang menghubungi saya dan mendedahkan “hubungan” mereka. Mulanya saya tak percaya dan saya yakin teman lelaki saya seorang yang setia meskipun kami jauh beribu batu.

Saya minta si dia jelaskan perkara sebenar, dan dia pun terangkan dari A sampai Z.. biarpun pahit saya hargai sangat kerana dia sudi untuk berterus terang. Saya tanya kenapa boleh jadi begitu. Alasannya, dia sunyi dan perlukan teman di sisi, saya terlalu jauh dan jarang ada masa untuknya kerana waktu tu setiap malam saya membantu ibubapa saya berniaga.

Lama juga saya ambil masa untuk pulihkan semangat ni, setiap malam saya menangis sebab tak boleh nak terima kenyataan malah dalam solat pun saya terbayang-bayang mereka sedang bercumbu. Walaupun hati ni terluka teruk saya akui saya tak cukup sempurna untuk dirinya dan saya pun ada salahnya juga kerana beri ruang padanya untuk curang, saya yang bersalah sebenarnya. Akhirnya saya bangkit semula kerana tak ada sebab untuk saya terus bersedih. Dengan rela hati saya dah pun maafkan mereka dan Alhamdulilah tak lama pastu semangat saya kembali pulih dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang.

Macam mana nak buat supaya pasangan kita sentiasa sayang kat kita ye? Dan macam mana plak nak wat supaya hubungan kita dan pasangan sentiasa bahagia? Melalui pembacaan saya di beberapa website dan forum lain, mereka berikan pendapat yang hampir sama. Berikut saya kongsikan bersama;-

  • Sentiasa berpenampilan menarik.
  • Menikah dgn lelaki atau pasangan yg anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yg hampir sama. Persamaan yg banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan utk berlakunya kecurangan.
  • Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya.
  • Luangkan waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan bertambah erat.
  • Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dgn kesetiaan. Ucaplah terimakasih setiap kali pasangan membantu anda.
  • Sekali sekala berilah hadiah buat pasangan sebagai tanda anda menghargai apa yg dilakukan.
  • Sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hubungan anda dan pasangan.


Sebelum ni pun saya ada kongsikan petua daripada Dr. Fadzilah Kamsah bertajuk petua menawan hati pasangan, tengok sendiri lah yer..

3 comments:

  1. Cik Citi jgn pcaya kata forum n website tu..Cik Citi pi mintak resepi kuah Laksa Penang & formula nasik kandaq Mamak Misai Mr. Neo gerenti bakal suami Cik Citi tak kluaq umah punya setia dekat Cik Citi macam sami menjaga Lord Murugan di Batu Caves tu..!!!
    Muaaaaahhhhhhaaaaahhaaaaaaa.....!!!!!!!!!!!

    By,
    http://hihglander2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sukar nak mencari teman hidup yang setia....
    bila dah dapat, jaga elok2.....
    formula berumahtanggan....
    apa saja berkaitan makan.... mesti bagi cukop2... takleh kurang.....

    apapun.... harap2 cik siti akan terus berusaha mendapatkan lelaki terbaik...... cari yang jenih kaki smejid.... huhu!

    ReplyDelete
  3. Setakat kaki smejid itu fa'ilun..Yahudi mabuk pun bleh bikin!
    Macam minum arak kena denda MYR la..dulu semua tak hairan termasuk aku ni ha...tapi bla dah ada kena 6 sebatan di Kuantan...tu dia...aku nak lalu tepi Bistro pun vibrate kapla lutut walaupun lalu saja !!!
    perghhhhh......buat kna angkat depa sebat bersepai tulang bontot ( aku ni dah kurus kering..mana ada isi bontot )!
    Muaaaahhhhhaaaaahhaaaaaa....!

    by,
    www.highlander2u.blogspot.com

    ReplyDelete