13 October, 2009

10 Sebab Kenapa Pilih Pasangan Berusia


(comey kan? suka tengok diorang, romantik sangat)

Matang - pasangan berusia bijak dan tidak memandang remeh perkara penting dalam mengurus rumah tangga.

Stabil - pasangan berusia sudah mencapai tahap kehidupan stabil baik dari aspek kerjaya dan ekonomi.

Berwawasan - pasangan berusia mempunyai wawasan dan hala tuju perkahwinan serta masa depan.

Pelindung - ada individu mencari pasangan yang mampu memberi perlindungan baik dari aspek fizikal dan emosi. Lazimnya mereka yang berusia memenuhi kriteria ini.

Tidak terlalu beremosi - pasangan berusia lebih rasional , boleh kawal ego mereka, dan tidak terlalu mengikut emosional dalam menghadapi sebarang situasi. (yang penting mereka tidak mudah merajuk!!)

Pandai jaga hati - pasangan berusia lebih dulu makan garam dan pandai melayan kehendak hati, selain mengawal situasi. (yang penting ikut cakap kita, hehe..)

Penyayang - sesuai dengan usia matang, pasangan berusia lebih romantik, penyayang dan sensitif dengan kehendak kita. (saya setuju sangat2)

Pandai bawa diri - pasangan berusia tahu usia mungkin membatasi pergerakan dan tingkah laku tetapi mereka pandai membawa diri demi menjaga imej, reputasi dan kerukunan rumah tangga.

Setia - pasangan berusia lebih setia kerana fokus hidupnya hanya pada "SAYA" dan tidak memikirkan perkara bukan-bukan yang boleh mencemar kesucian cinta.

Berpengalaman - Pengalaman tentunya mematangkan diri menjadi insan hebat untuk menyayangi dan disayangi.

5 comments:

  1. kalu bleh cari pasangan lelaki yang umur 55 thn haaa...menikah sehari dah bleh withdraw EPF..elok ja withdraw EPF abang ni masuk kuboq so apa lagi....tidur dalam shopping complex la Si Janda Muda !!!!

    ReplyDelete
  2. Mr.Neo pun berumur gak kan? hehehehe... :P

    ReplyDelete
  3. jodoh itu ditangan tuhan..kta hanya merancang tp tuhan tentukan!!hehehe

    ReplyDelete
  4. satu titipan yang sangat bernas....
    pakcik rasa suka sangat....

    ReplyDelete
  5. Sapa yg takdak umoq Cik Citi oiii...klu takdak umoq @ berumoq tu maknanya dalam lobang kuboq la jwbnya

    ReplyDelete