22 October, 2009

Majlis Konvokesyen Cik Hawa..


My Little Sister, Cik Hawa..


Setelah empat tahun berhempas pulas (walaupun tak sebenarnya), akhirnya adik bongsu saya Siti Hawa meraikan kejayaannya dalam Majlis Konvokesyen di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah pada 3hb Oktober lepas. Pejam celik sekejap je rasa masa tu berlalu. Hawa merupakan graduan Fakulti Undang-undang UUM. Sebelum ni Hawa merupakan bekas pelajar Asasi Undang-undang Uitm, Shah Alam.



Masa zaman sekolah, dia dikira cerdik lah dalam adik-beradik saya. Walaupun malas nauzubillah, bila exam besar je dia mesti buat gempaq.. kalau tak percaya boleh tanya kat cikgu-cikgu Sekolah SAB, Muar. Tiap-tiap tahun, balik2 muka anak-anak Ariffin je yang naik pentas amik anugerah, hahaha.. masa tingkatan 4 dia hilang semangat nak belajar akibat fitnah kawan2 seasrama hingga menyebabkan dia dari kelas 4 sc 1 dimasukkan ke kelas tercorot 5 sc 4 masa tingkatan 5. Kami sekuarga memang terkejut besar.



Masa tu saya dah kat UKM, sedih lah juga bila adik saya jadi macam tu. Untuk kembalikan semangat dia, saya selalu kirimkan kad ucapan dan hadiah untuk dia. Saya balik Muar masa Hari Terbuka Sekolah untuk ambil kad laporan dia. Seram tengok kad dia bila E dan D berderet dalam kad dia. Masa tu saya memang geram, saya tarik dia pi serang budak2 kampung yang dengki kat dia, saya warning lagi sekali wat masalah, kita jumpa kat bilik pengetua ngan parent masing-masing.



Hawa buat kejutan bila dia cemerlang dalam SPM, walaupun semua subjek Science dia skor A1, dia amik keputusan memilih Asasi Undang-undang. Lucunya, dak2 yang dengki ngan Hawa tu tak ke mana pun, ada lagi kat Muar ni berani lagi nak suh saya sampaikan salam pada Hawa. Kat Uitm, Hawa berubah dari seorang pendiam kepada seorang yang ceria dan petah bercakap. Habis setahun, dia sambung Degree kat UUM pula.


Semua tahu Fakulti Undang-undang UUM mulanya tidak diiktiraf, entah apa sebabnya saya pun tak pasti. Mujurlah April lepas graduan mereka telah diiktiraf so dapat lah Hawa meneruskan Latihan Dalam Kamar (Chambering). Sekarang Hawa sedang menjalani tempoh chamberingnya di Tetuan Yeoh Hock Thye & Co. Ini bermakna, Hawa merupakan bakal peguam yang ke-7 dalam keluarga kami. Semoga dia sentiasa sabar dan berjaya dalam bidang ni. Gud Luck, dik..

2 comments:

  1. say congrats to sis hawa...

    from:junior law UUM

    ReplyDelete