27 October, 2009

Melindungi remaja daripada Web Lucah

Skang ni budak-budak remaja boleh dikatakan pengguna terbesar Internet. Bagi saya selain dapat tambah kenalan dan berkomunikasi dengan kawan-kawan, kemudahan Internet memang beri kelebihan pada remaja untuk tambah ilmu pengetahuan.. “kalau yang tahu guna cara yang betul lah”.. saya sendiri gemar memuat turun contoh soalan-soalan peperiksaan daripada website tertentu untuk sepupu-sepupu dan anak-anak jiran yang nak ambik exam.

Tapi sedarkah dak2 ni bahaya bila terlalu mendedahkan diri melalui laman web yang mereka join atau kunjungi? Kewujudan web-web seperti Facebook, Friendster, MySpace, apa lagi ekk memang memudahkan kita nak tambah kenalan tapi dalam masa yang sama beri peluang pada orang jahat kat luar sana untuk mendekati kita.

Melalui pembacaan saya ada seorang remaja perempuan menjadi mangsa si jahat ni dengan menyebarkan no telefon dan gambar mangsa kepada orang ramai, malah menyebarkan bahawa si mangsa ni tawarkan perkhidmatan &*^%&&. Alamak aku pun sama letak no h/p ngan email kat blog ni. Tapi sebagai orang dewasa kita tahu macam mana nak bertindak bila diganggu, bagaimana pula dengan adik-adik kita yang masih mentah fikirannya?

Di ruang sembang pula, biasalah YM ke, MRIC, apa-apa lagi ntah yang saya tak tahu golongan remaja suka mencari kenalan baru di ruangan ini. Iya, memang tak salah. Tapi dek kerana teruja diorang lebih mudah terdorong untuk bagi maklumat peribadi kepada rakan cyber.

Paling saya benci, baru terkena jap tadi dalam YM dak2 hingusan ni siap tanya kita yang tua ni.. pakai bra saiz apa? panties warna apa? Kurang ajaq tul!! Ingat kita tak tahu ke, dari cara dia chat pun kita dah tahu mereka tak matang.. tolong skit!! Bila saya nasihatkan dia, dia bleh send gambar betina tengah hisap *&^&* bf dia. MasyaAllah.. sabar jelah. Itu yang lelaki.

Yang perempuan pula, bukan saya tak pernah menyamar jadi lelaki.. siap bagi no telefon, sekolah kat mana. Acah ajak kuar, bukan main teruja, dia plak tanya nak jumpa kat mana.. tak susah rupanya nak pengaruh dan pujuk mereka ni rupanya. Tahu kah mereka, perbuatan itu mengundang bahaya pada diri sendiri dan menjurus kepada jenayah seperti culik dan kes rogol. Belum lagi dak2 nakal yang suka surf gambar2 lucah (pornografi). Tidak dinafikan, gambar lucah menjadi sebahagian daripada tarikan utama penggunaan Internet.

Gambar Maria Ozawa-sekadar gambar hiasan

Kak Ilah tolong edit, thanks kak hehe..

Masa saya praktikal kat JB dulu, adalah jiran nenek saya ni si abang rogol si adik pas tengok citer lucah yang dia download dari internet. Tengok betapa bahayanya kesan pornografi..

Setakat ni mungkin kerajaan belum bercadang untuk menapis email atau website tertentu sepenuhnya. Keadaan ini disebabkan jaminan kerajaan untuk tidak menapis kandungan internet mengikut Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat berkaitan MSC di negara ini.Bahan pornografi pula disekat setakat yang boleh. Ada lebih dari 1.5 juta laman web lucah di internet dan ia boleh diakses dengan mudah tanpa sebarang sekatan oleh sesiapa saja. Hampir 28,258 penonton internet menonton pornografi, 372 pengguna internet menaip terma berkaitan kelucahan daripada enjin carian, manakala setiap 39 minit satu video lucah dirakam di Amerika Syarikat.(sumber: Norzihan Md.Zin)

Masa belajar dulu saya ada amik subjek cyber law. Kalau tengok kandungan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang ada hmm.. terlalu longgar. Ditambah lagi dengan penguatkuasaan yang lemah yang saya percaya bergantung kepada aduan semata.

Pernah dengar tak web penampan? Haa.. web ni kan contohnya, kita search gambar lucah, dia bawa kepada satu website tu, tapi klik punya klik akhirnya kita jumpa nasihat supaya menghentikan tabiat melihat gambar2 lucah.. tu satu contoh lah usaha nak sekat benda ngekngok ni.

Selain web penampan tu, skang ni pun dah ada perisian khas bagi menyekat akses ke laman web lucah di internet. Kat badan-badan kerajaan dah lama guna begitu gak di sekolah2. bagi parent yang ada anak-anak muda kat umah boleh cari perisian ni kat kedai2 komputer. Melalui pembacaan saya, orang yang tahu pasal perisian dah lama mula membina perisian untuk menghalang laman-laman ini daripada dimasuki dak-dak mentah ni. Kebanyakan perisian akan menghalang URL tertentu yang disyaki laman lucah, macam yang kerajaan guna tulah. Contohnya i-Shield, yang halang gambar lucah cara tu saya tak tahu ler.

Seeloknya parent kena ingatkan anak-anak mereka jangan mudah percaya pada rakan-rakan baru dalam internet tu. macam family saya dulu, letak pc kat ruang tamu.. alah, tu dak dulu dak skang tak dapat internet melalui handpon dll pun bleh.. ye tak.. kita ni aja yang ketinggalan. dah nama pun remaja, perasaan nak tahu nak cuba sentiasa membuak-buak dalam diri masing2.

Kepada adik-adik yang baru nak kenal dunia cyber ni, jangan mudah dedahkan maklumat korang pada orang yang tak dikenali ya.. kalau nak dapatkan nasihat dan panduan boleh lah layari www. cybersecurity.my.

8 comments:

  1. ooo...itula maria ozawa ek...zasssssssssss

    ReplyDelete
  2. dah terlewat untuk layari laman lucah nie...
    huhu.

    ReplyDelete
  3. pandai siti cari maria, heh...
    tak ade cara nak halang diorang dari surf lucah. sekarang terlalu bebas.

    ReplyDelete
  4. heheh.. saya jumpa kat photobucket.. :)

    ReplyDelete
  5. baru ni Neo msuk Cybercafe bkn kata budak2 tengok video lucah ni rupanya Si Tua Pencen dok satu group surf web lucah !!!!!!
    Muaaaahhhhhaaaaahhhhhhaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  6. ringan2 Neo nak bukak talipinggang bedal bontot Si Tua Kutok tu !!! Nasib baik ada kawan halang !!!

    ReplyDelete
  7. camna undang2 cyber Malaysia tak longgar Cik Citi oiii...tengokla dalam kabinet Mr. Altantuya pun Si Kambing Gurun yg ramai...menteri kabinet pun raba bontot pelayan hotel depan public!! Haaa...haaa...haaa...!!!!

    ReplyDelete