16 October, 2009

Pemandu teksi saman peguam

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Seorang pemandu teksi hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi RM120,583.23 daripada seorang peguam yang didakwa menipu, melakukan pecah amanah dan cuai ketika menguruskan proses jual beli rumah.

Chung Wai Cheng, 47, selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Srimurugan & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif menamakan Ng Chiao Chon sebagai defendan.

Menurut pernyataan tuntutan, Wai Cheng mendakwa defendan bersetuju menjadi peguam cara beliau dan kakaknya, Lim Hong Eng.

Ia bagi menyediakan dan menyempurnakan satu perjanjian jual beli sebuah rumah dua tingkat di Bandar Kepong pada November 2005.

Plaintif mendakwa, Hong Eng berjaya mendapatkan pinjaman perumahan dari Malaysia Building Society Berhad (MBSB).

Pada 15 November 2006 plaintif mendakwa, MBSB telah melepaskan (release) RM210,000 kepada defendan selaku peguamcara.

Bagaimanapun, pada 24 November tahun yang sama, plaintif mendakwa ketika dia ingin mendapatkan wang yang sepatutnya diberikan kepadanya, defendan mendakwa dia berhutang dengan seorang individu yang tidak dikenali.

Defendan mendakwa plaintif menyatakan hanya akan memberikan sebanyak RM45,000. Dan, selepas laporan polis dibuat, defendan menyerahkan cek RM89,416.77 kepadanya.

Wai Cheng memohon ganti rugi khas sebanyak RM120,583.23 dengan faedah bermula dari tarikh 15 November 2006.

Wai Cheng turut memohon ganti rugi am, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan perlu.

1 comment:

  1. Defendan sepatutnya dikenakan hukuman mandatori sebagai ikhtibar demi menjaga kreadibiliti para peguam di Malaysia. Dah la Hakim Malaysia dok division 3 liga dunia..Ni peguam pulak buat hal. Mana lagi marhain nak bersandar untuk menegakkan keadilan...

    ReplyDelete