07 October, 2009

Rogol Gadis Bawah Umur



Microsoft Word - Penal Code _Am_ Bill - Public Consultation.doc

Semalam saya terima satu panggilan telefon dari seseorang yang meminta nasihat daripada saya berhubung kesalahan merogol gadis bawah umur. Ceritanya begini, dua orang anak-anak lelakinya ditangkap atas kesalahan merogol gadis bawah umur. Budak2 orang tu bersama tiga lagi rakan mereka telah membawa si gadis untuk ke rumah mereka, dan di situlah kejadian rogol dikatakan berlaku. Walaupun dia dah lantik peguam untuk membela anak-anaknya, untuk sedapkan hati dia saya pun wat lah bacaan skit2 untuk explain kat dia nanti. Saya yakin peguambela yang dilantik tu lebih arif dan tentu dah bagi penjelasan serba sedikit tentang kedudukan kes tersebut. Pagi tadi sebutan untuk kes budak2 tu, menurut peguambela mereka, tempoh reman mereka akan dilanjutkan. Saya belum berkesempatan nak minta nasihat dan pandangan daripada sahabat baik saya Cik Nisla.


Statutory rape ni diperuntukan di bawah seksyen 375 (e) dan (g) Kanun Keseksaan;-


with her consent, when, at the time of giving such consent, she is unable to understand the nature and consequences of that to which she gives consent”

“With or without her consent, when she is under sixteen years of age.”

–kalau silap tolong betulkan ye, Cik Nisla..

Umumnya, hukuman bagi kesalahan merogol diperuntukkan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan;-


376. Punishment for rape.


(1) Subject to subsections (2), (3) and (4), whoever commits rape shall be punished for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.

(2) Whoever commits rape on a woman under any of the following circumstances:-

(a) at the time of, or immediately before or after the commission of the offence causes hurt to her or to any other person;

(b) at the time of, or immediately before or after the commission of the offence, puts her in fear of death or hurt to herself or any other person;

(c) the offence was committed in the company of or in the presence of any other person;

(d) without her consent, when she is under sixteen years of age;

(e) with or without her consent, when she is under twelve years of age;

(f) with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her; or

(g) at the time of the offence the woman was pregnant, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than thirty years and shall also be liable to whipping.

(3) Whoever commits rape on a woman whose relationship to him is such that he is not permitted under the law, religion, custom or usage, to marry her, shall be punished with imprisonment for a term of not less than eight years and not more than thirty years, and shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.

(4) Whoever whilst committing or attempting to commit rape causes the death of the woman on whom the rape is committed or attempted shall be punished with death or imprisonment for a term of not less than fifteen years and not more than thirty years, and shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.


Pandangan peribadi saya hukuman yang sedia ada sudah cukup berat bagi perogol-perogol ni, tapi mengapa ya mereka yang kat luar sana tak takut lansung akan hukuman yang bakal mereka terima. Soalan pertama saya pada budak2 tu, berbaloi ker semata-mata mahu merasa nikmat yang sekejap tu mereka dipenjarakan? Ayah mereka dengan bangganya berkata kepada saya, lawyer kata kes ni boleh menang, sebab rogol beramai-ramai. Tambahan pula mereka mungkin boleh approach family mangsa untuk “settle luar”.. senangnya pakcik ni berkata-kata, bagaimana kalau Pendakwa Raya mahu teruskan dakwaan?


Menurut pembacaan ringkas saya sebentar tadi, di dalam kes Muhamat Yassin B Majali v The Public Prosecutor, tertuduh didakwa atas kesalahan merogol gadis berusia 12 tahun. Tertuduh (selepas ini saya sekadar sebut OKT) telah membawa mangsa keluar bersiar-siar dan berhentikan kereta di satu kawasan sunyi. OKT juga menyuruh mangsa menanggalkan pakaian dan merogol mangsa. Yang Arif Tuan David Wong Dak Wahid mendapati OKT bersalah dan menjatuhkan hukuman 15 tahun dan 1 sebatan ke atas OKT.


Dalam kes PP v Mohd Arfah Jasmi, OKT didakwa atas kesalahan merogol kanak-kanak berusia 13 tahun. OKT mengaku bersalah. Dalam pengakuannya OKT turut mengatakan bahawa kedua-dua dia dan mangsa merupakan pasangan kekasih dan saling merelakan hubungan seksual tersebut. Tertuduh ingin mengahwini mangsa tetapi dihalang oleh ayah mangsa. Dalam kes ini tertuduh dipenjara selama 5 tahun. Rayuan Pendakwa raya untuk menambah hukuman telah ditolak. Saya tertarik dengan penghakiman Yang Arif Hamid Sultan dan Hakim Mahkamah Sesyen sapa ntah yang menyebut:-


“Statutory rape must be seen to be more of a social problem and must be addressed through religious and/or moral. education by parents and authorities and imprisonment of offenders will only add to further social problems…”


“I do not think the harshness of my sentence will deter other young lovers from making the same mistake. The safeguard into ensuring that similar offences will not happen again starts at home and in school. At home where parents should impose discipline and religious knowledge to ensure that their daughters would not put themselves in situation which will bring about this kind of offence and in school where sex education can be taught so that both girls and boys are aware of the dire consequences of engaging in premarital sex…”


Dalam kes Ismail bin Majid (SC-62-31-05-1/11)(CR Appeal 42-1-06-I) pula, OKT berumur 25 tahun manakala si mangsa berumur 14 tahun. OKT bawa si mangsa ke rumahnya dan disitu mangsa telah dirogol sebanyak 5 kali sepanjang malam tu, pelahap sungguh mamat nih.. padahnya, dia dipenjara 12 tahun 3 sebatan untuk pertuduhan pertama dan penjara 7 tahun 2 sebatan untuk pertuduhan kedua.


Seterusnya dalam kes Hishamuddin bin Piee (SC-62-404-04-II) (CR Appeal 42-6-06-III), OKT berumur 42 tahun manakala si mangsa berumur 15 tahun. Menurut mangsa dia dengan rela bersekedudukan dengan OKT, malah beberapa kali melakukan hubungan seks tanpa paksaan OKT. OKT pula mengaku kedua mereka adalah pasangan kekasih yang saling mencintai (wekkk..nak muntah aku!! Kalau betul dia cintakan dak tu, dia tak kan rosakkan masa depan budak tu.. nampak sangat dia pentingkan nafsu) dan mereka sering melakukan hubungan seks di rumahnya. OKT dalam kes ini dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun dan 1 sebatan atas alasan;-


“the victim and respondent still care for each other; respondent did not take advantage of the victim..”


Sama gak macam dalam kes PP v Munawar Haris. Semasa kesalahan-kesalahan dilakukan, mangsa berumur 15 tahun dan OKT merupakan warganegara Indonesia. OKT bekerja di kebun sayur dan seringkali datang ke rumah manga dengan membawa sayur-sayuran dan perkenalan ini menyebabkan di antara mereka timbul perasaan cinta mencintai di antara satu sama lain (ishh.. memang dah rancang. .tau sangat lah taktik Indon). Akibat daripada perbuatan OKT, mangsa telah hamil. Hasil DNA telah mengesahkan bahawa OKT adalah bapa kandung (biological father) kepada bayi tersebut kerana kemungkinan OKT menjadi bapa kepada bayi tersebut (probability of paternity) adalah 99.9999%.


OKT dipenjara selama 9 tahun dan 2 sebatan. Hakim dalam penghakiman beliau menegaskan bahawa;-


“Adalah juga menjadi undang-undang bahawa kepentingan awam menuntut hukuman yang deteren, pengakuan salah bukanlah secara automatik melayakkan orang yang dituduh dikenakan hukuman yang ringan. Keadaan ini akan menyebabkan mangsa berasa malu dan ini akan mengakibatkan mangsa mengalami trauma psikologi sepanjang hayat mangsa. Soal cinta-mencintai tidak boleh dijadikan sebagai satu faktor mitigasi sama sekali kerana mangsa belum mencapai umur yang melayakannya di sisi undang-undang untuk memberi persetujuan kepada perbuatan persetubuhan di antara mangsa dan responden.”


Dalam kes Tuan Mat v Tuan Lonik v PP, OKT telah merogol anak tirinya sendiri sehingga melahirkan bayi lelaki. Dalam kes ini OKT diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 24 sebatan.. hmm, tercabut punggung..


Dalam kes Mazlan Bin Mat Noh v PP, OKT telah didakwa atas kesalahan merogol gadis berumur 15 tahun. Mangsa telah dirogol bergilir-giler oleh OKT dan rakan-rakannya. Lucu juga baca pembelaan si OKT, dia tak wat seks cuma romen2 saja.. ishh, apa je ekk yang dimaksudkan romen2 tu? Cium leher, mulut, hisap puting mangsa sahaja selama 1/2 jam tu kata OKT. Yang Arif Hakim dalam penghakiman menyatakan bahawa;-


“Adalah tidak lojik setelah mendapat peluang untuk beromen, tertuduh tidak meneruskan perbuatan merogol mangsa. Lebih-lebih lagi masa yang diambil untuk beromen begitu lama iaitu ½ jam Saya berpendapat bahawa keterangan tertuduh boleh menjadi keterangan sokongan kepada kes pendakwa. Keterangan tertuduh mewujudkan satu keterangan mengenai peluang untuk tertuduh melakukan persetubuhan dengan mangsa dengan adanya keadaan yang hampir kepada persetubuhan iaitu beromen.”


Kesudahannya OKT dipenjara 10 tahun dengan5 kali sebatan.


Kes yang ni memang kejam dan tak berperikemanusiaan.. Ahmad Nazari Abdul Majid v PP. OKT memang gila seks!! Sanggup merogol seorang nyonya tua yang lemah berusia 63 tahun sebanyak dua kali dengan kekerasan di hadapan suami mangsa tersebut. Ehh, manusia apa ntah tak ada rasa malu lansung.. plak tu bleh approach ahli kuarga mangsa untuk “settle luar”.. sayangnya hukuman yang dikenakan hanya 14 tahun dan 6 sebatan sahaja.


Ini hanya sebahagian kecil sahaja penghakiman yang saya baca, kat court tu banyak lagi kes-kes rogol yang sedang dan akan berjalan termasuklah kes anak-anak pakcik yang menghubungi saya tadi. Bagaimana nasib mereka belum diketahui lagi.. Bukan niat nak memburukkan sesiapa, beberapa minggu sebelum kejadian ni, pakcik tersebut telah menghina seseorang dengan mengatakan orang tersebut jahat dan nakal disebabkan dia berasal dari benih yang tak baik.. bila terkena anak sendiri, orang pulangkan paku buah keras pakcik tersebut tak mampu berkata apa-apa.. semoga kejadian ini menjadi iktibar buat kita semua.


Picture: taken from thesun.co.uk

12 comments:

  1. Laaaa...yang depa bangang pi rogol budak bawah umoq buat apa?? Kan bleh kena sebat..? Pi la rogol kambin ka..unter ka...selamat bontot dari bersepai, sapa pun tak marah !!!

    ReplyDelete
  2. ishh.. mr.neo nih.. tak baik, hehe. dosa tau.. :)

    ReplyDelete
  3. betul cik iti. Statutory rape xkira consent ke x, wp kitorang ada yg b'anggapan bila die bawah 16, if die nk (gf-bf), charge bwh 376(1). Tp xsume DPP pikir gitu.Byk gile kes awk quote, sy amik ye, wat rujukan. hahaha. lagi satu, kalau ditakdirkan xsangkut rogol spt kata lawyer, sbb ramai, jgn lupa kesalahan cubaan merogol & cabul sentiasa ada. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. thanks for ur advise Cik Nisla.. tgk lah nanti apa nasib dak 2 orang tu.. :)

    ReplyDelete
  5. Pesalah-pesalah @ perogol ni bleh Kementerian Pertanian ambil mereka untuk menjanakan sektor penternakan rasanya. Apakata kementerian ni ambik perogol2 ni digantikan dengan lembu2 jantan, kambin2 jantan untuk pembiakan baka baru!!? Ini dapat menjimatkan kos penternakan para petani untun membeli lembu @ kambin jantan untuk pembiakan..so petani smua cuma beli lumbu @ kambin betina saja, yang jantan Kementerian Pertanian bleh bawa Perogol ni bagi sebagai Geran pada para petani semua !!!!
    Harap Bong Ibnu Zatussalasil boleh bagi sedikit ulasan tentang cadangan membina Mas Neo ni demi kemajuan sektor pertanian negara terutama buat KERAJAAN MENUNGGU ( AWAITING GOVERNMENT ) kita beyond 2012 !!!!!
    Muaaaaaaahhhhhhhhhhhaaaaaahhhhhhhhaaaaaa..!!! ( Kapala otak Mas Neo ni sumua nak komersialkan.... )

    ReplyDelete
  6. Excuse me.. Sdr.Ibnu tak dak smpai hujung minggu ni pi Bagan Pinang.. Mr.Neo tak turun padang sama ker? :)

    ReplyDelete
  7. Neo lewat skit..tunggu Shahril Samad mampos nak gempur Parlimen Johor Bharu !!!

    ReplyDelete
  8. Neo teringat filem "Masam-masam Manis" Tan Sri P.Ramlee...antara lirik lagunya begini;
    Bong Ibnu dimedan perang..
    Cik Citi kena tinggai sorang-sorang...
    Sama2 berjuang..sama2 berbakti
    untuk ibu pertiwi...

    Muaaaahhhhaaaahhhaaaaaa.....
    (nyakat lagi...Neo ni)

    ReplyDelete
  9. kes terbaru, baru je report kat balai polis masai sekarang, budak umur 12 tahun dah lama kena rogol dgn abang ipar dan paling malang ayahdia sendiri terlibat. aku rasa budak perempuan tu enjoy bila dirogol sbbaku tak nampak dia dlm keadaan truma, rupa dia mcm gatal semacam

    ReplyDelete
  10. cam ne ek,klu bwt atas kerelaan mcm cikaro tuuuu.......dah tu slh sorg planggan cikaro tu jd 'pak sanggup'.bekas dulu2 sume terlepas....cikaro tu bdk 13thn.bria nk nikah.yang kena org terakhir la.pkcik cikaro tu siap mtk 6000 n 2bentuk cincin,klu xnk pkcik cikaro tu anta balai.bg la pndpt aku nk tahu.........

    ReplyDelete
  11. saya tak pernah belajar undang-2 dan
    saya selama nie ingat undang-undang kat malaysia
    kesalahan rogol gadis bawah umur,mengadakan hubungan seks secara rela atau tidak
    kanak2 bawah 18 thn.

    rupenye kanak2 bawah 16 thn, kalau salah tolong perbetulkan dan pls explain. and thanks for the info.

    ReplyDelete
  12. Macammana tak berani hantu-hantu gila tu sebab sistem perundangan tah pe pe. Kata boleh kena penjara dan sebatan alih2 ada kes yang kena bayo rm 25000 dan berkelakuan baik 3 tahun. Klu macam tu bertambahlah perogol kanak2 dikalangan org yang boleh cari duit banyak tu....hampeh punya hakim.

    ReplyDelete