29 October, 2009

Rogol Pelatih PLKN: Jurulatih dibebas/dilepaskan


KUALA TERENGGANU 27 Okt. – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd. dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, selepas membenarkan rayuannya.

Hakim VT Singham juga mengetepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Disember 2005, sekali gus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Disember 2005.

Ketika membuatkan keputusan terhadap rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Disember 2005, Hakim Singham berkata, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

“Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendapati keterangan pengadu dalam kes ini sebagai kredibel telah terkhilaf apabila memanggil tertuduh untuk membela diri,” katanya dalam penghakiman selama sejam.

Zuki, yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Disember 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Februari tahun 2004.

Sebaik mendengar keputusan itu, Zuki dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sambil meraup kedua-dua tangan ke muka tanda syukur.

Hakim Singham dalam penghakimannya berkata, setelah meneliti nota keterangan dan fakta keseluruhan kes berkenaan, beliau menerima rayuan untuk mengetepikan sabitan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh.

“Antara yang perlu diambil kira ialah kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 28 Februari 2004, tapi laporan polis hanya dibuat pada 14 April 2004.

‘‘Tidak ada penjelasan munasabah daripada pengadu kenapa beliau mengambil masa hampir dua bulan atau 44 hari untuk membuat laporan polis sekiranya dia dirogol seperti didakwa,” katanya.

Katanya alasan pengadu bahawa laporan polis, sekiranya dibuat, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga juga tidak boleh diterima kerana akhirnya pengadu sendiri membuat laporan berkenaan.

“Pengadu juga ada peluang terbuka untuk mengadu mengenai kejadian rogol sekiranya ia benar berlaku kepada doktor ketika mendapatkan rawatan di Kem Desa Pahlawan, Kota Baharu tetapi dia hanya mengadu sakit dada, demam dan batuk sahaja,” katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my

4 comments:

  1. lain kali bg kaum Hawa ni sebelum kena rogol kalau bleh lg 10 thn nk kena rogol pi buat laporan polis siap2...haaa...ni yg Hakim mau !
    Hakim 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !!!

    ReplyDelete
  2. Quite Good CT...
    kEEP gOING oN....

    ReplyDelete
  3. dah lama ikut perkembangan cikgu zack ni..alhamdulillah lepas gak die..ni sumer dugaan untuk cikgu zack..semoga cikgu dapat jalani kehidupan yang lebih aman..- ketua platun spastu-

    ReplyDelete
  4. bagi aku , cian bdk ppuan tuh.. bangang ar sapa yg rogol tuh.. cube letak laki tu kat tmpt ppuan tuh.. leh terlepas cmtu jer..dh rosakkan bdk ppuan tuh, kalo cmni punya org hbs 1 malaysia unvirgin... korg suka ke kalo anak2 korg unvirgin?

    ReplyDelete