30 November, 2009

Cadangan Pindaan Undang-undang: Mualaf Boleh Fail Cerai di Mahkamah Sivil

Minggu lepas, seorang sahabat baik saya yang bekerja di ILKAP ada bertanya pada saya ada dengar tak ada beberapa Akta yang melibatkan undang-undang keluarga bakal dipinda.. saya teringat laporan akhbar yang melaporkan bahawa ada cadangan pindaan undang-undang bagi membolehkan seorang yang memeluk Islam boleh memfailkan perceraian di Mahkamah Sivil.

Akta-akta yang terlibat tu adalah seperti berikut;-

1. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1967

2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

3. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


Apa je ekk cadangan pindaan tu? adakah ia adil untuk kedua-dua pihak, maksud saya si pasangan yang memeluk Islam dan yang kekal dengan agama asalnya.. cemana plak dengan pemakaian undang-undang syariah dan kedudukan Mahkamah Syariah nanti jika cadangan pindaan ini diluluskan..


Dalam pindaan ni nanti mereka yang peluk agama Islam diberi hak untuk memfailkan petisyen cerai di Mahkamah Sivil. Kalau ikut peruntukan asal, mereka yang bukan Islam saja yang boleh failkan cerai di bawah seksyen 51(1) kalau pasangannya memeluk Islam. Selagi pasangan yang tak peluk Islam tu tak mau failkan cerai selagi tulah perkahwinan sivil mereka tu dianggap sah.. bengong tak?? So pindaan ni bertujuan untuk mengelakkan mereka yang memeluk Islam dizalimi bekas pasangan mereka yang enggan failkan perceraian.

Ni peruntukan asal seksyen 51 tu;-

51. Dissolution on ground of conversion to Islam.

(1) Where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce:

Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.

(2) The Court upon dissolving the marriage may make provision for the wife or husband, and for the support, care and custody of the children of the marriage, if any, and may attach any conditions to the decree of the dissolution as it thinks fit.

(3) Section 50 shall not apply to any petition for divorce under this section.

Seksyen 51(1A) akan dimasukkan bertujuan untuk menetapkan tarikh kuatkuasa perkahwinan sivil kepada 3 bulan lepas seseorang pihak tu masuk Islam. Mahkamah sivil juga diberi bidangkuasa menerusi seksyen 51(2) untuk memutuskan perkara-perkara berkaitan harta sepencarian, custody, nafkah selain boleh keluarkan larangan kepada ibu bapa daripada mendaftarkan pertukaran agama anak-anak mereka.


Bagi Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 pulak, pindaan melibatkan seksyen 89. Menerusi pindaan ni kan, Pendaftar Mualaf bertanggungjawab untuk tolong si mualaf ni maklumkan kepada family dia mengenai pemelukan Islamnya. Bagus gak, takde menyusahkan orang dah mati nanti berebut jenazah plak.. tapi kalau Pendaftar tu rasa ia boleh bahaya kan keselamatan si mualaf tu, satu sijil perakuan sementara masuk Islam akan dikeluarkan.


Selain tu, seksyen 92A juga dicadangkan dimasukkan bertujuan untuk selaraskan akta ni dengan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) berhubung kuasa Mahkamah Sivil mengenai aset perkahwinan dan harta lain si mualaf yang mati sebelum perkahwinan bukan Islamnya dibubarkan.


Bagi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) plak, pindaan akan dilakukan ke atas seksyen 18 di mana hakim Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk membenarkan seorang Mualaf tu berkahwin. Subseksyen 46(2) plak dicadangkan dipotong bagi elak kan pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Meh sini saya tepek peruntukan seksyen 46(2) tu;-


46. Pertukaran agama.

(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.


Pindaan ini akan diteliti oleh jawatankuasa khas yang membabitkan Jabatan Kemajuan Islam, mufti, peguam syarie, peguam sivil, ahli politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sebelum dibentangkan di Parlimen nanti. Pape pun, ia masih diperingkat cadangan. Secara peribadinya saya harap cadangan pindaan ini akan mengambil kira pandangan pihak-pihak yang Arif dalam hokum syarak yelah takut je pindaan ni akan menjejaskan hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Tak lupa jugak kena ambil pandangan ahli akedemik dan mereka yang pakar dalam undang-undang kekeluargaan. Dulu lecturer saya pernah citer dia terkilan, masa nak gubal Akta Kanak-Kanak 2001, sudah lah masa gubal tu pendapat dia tak diambil, bila ada masalah, lakuna barulah terhegeh-hegeh minta tolong. Bukan nak mengutuk atau pandang rendah, tapi bagi saya pandangan ahli politik ni (tak semualah) agak cetek, ikut emosi, malah lebih kepada kepentingan peribadi, hehehe..

Forever In My Life


The Way Your Part Of me,
I Would have to re-learn everything,
If You were to leave,
So fast you make me feel like was autumn Leaves,
And honestly..There a perfect explination
Why you feel so good to say that your

My love,my love,my love
i´ll give you all my love if you,if you,
if you dont change a thing,
About the way you hold me everynight,
so right, i wanna man like you forever in my life.

Im a Stick inside a jar,
turn the lid and set me free,
I Love Everything that you are,
has a million other reasons,
But lets not go to far,
Stay,close to my heart,
When I think about the future,
i am right there where you are,
Cuz you´re...

My love,my love,my love
i´ll give you all my love if you,if you,
if you dont change a thing,
About the way you hold me everynight,
so right, i wanna man like you forever in my life.

I know,that you,would never leave me hanging,
Hanging out to dry in the wind,
I know that we haven´t seen the worst ofit,
But when we do,i promise you we´ll stick it out together.

24 November, 2009

Rang Undang-Undang GST akan dibentang untuk bacaan pertama: PM

Datuk Seri Najib Razak berkata rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada akhir persidangan Dewan Rakyat sekarang.

Perdana Menteri berkata langkah itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet lalu.

"Ia akan membolehkan orang ramai memberi ulasan, melibatkan mereka, dan jika kami dapati ia perlu diperhalusi, kami akan lakukannya," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya ke New York, hari ini.


Najib yang juga Menteri Kewangan, bertemu media selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan pertemuan dengan para pelabur Amerika serta pengurus dana selain tokoh korporat terkemuka.

Beliau menegaskan bahawa jika kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan GST di Malaysia, ia akan dilakukan secara "berhati-hati".

"Ia tidak akan diperkenalkan secara tergesa-gesa," katanya yang menambah, jika GST menjadi kenyataan, kadarnya tidak akan membebankan golongan miskin dan kelas pertengahan Malaysia.

"Dan, ia tidak akan menyebabkan inflasi," katanya.

GST dicadangkan bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada.

Perdana Menteri berkata Malaysia adalah antara beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST.

"Pada asasnya, seluruh dunia sudah melaksanakan GST," katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2010 pada Oktober, Najib berkata kerajaan akan melaksanakan langlah tegas bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan memperakui kutipan hasil yang mencukupi sangat penting untuk menyokong perbelanjaan yang semakin tinggi selain mengurangkan hutang negara yang meningkat.

Kementerian akan pinda Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meminda Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 bagi memperkemaskan dan memperkasakan skop akta itu untuk melindungi hak dan kepentingan peminjam.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata syarat untuk pemberi pinjam wang berlesen akan diperketatkan, selain mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pelbagai salah laku oleh mereka.

Beliau berkata antara hukuman yang dicadangkan dalam pindaan itu ialah penambahan denda daripada RM100,000 kepada RM250,000 untuk pelbagai kesalahan.

Katanya, daripada 365 pemantauan sepanjang tahun ini, sebanyak 205 kesalahan dilakukan oleh pemberi pinjam wang berlesen termasuk tidak mempamerkan lesen, mengguna pakai borang perjanjian yang salah, tiada rekod akaun lazim, mengenakan faedah yang tinggi dan tidak menghantar laporan transaksi.

"Kita bimbang jika pemberi pinjam wang berlesen tidak mematuhi syarat dan peraturan, ia akan memberi kesan kepada orang ramai yang keliru sama ada perkhidmatan mereka itu berlesen atau tidak seperti Ah Long," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 di sini, hari ini.

Bengkel sehari anjuran kementerian itu dihadiri kira-kira 50 pemberi pinjam wang berlesen dari sekitar Lembang Klang dan Selangor.

Kong berkata kementerian masih membekukan pengeluaran lesen baru pemberi pinjam wang sejak Mei lepas dan mahu mengkaji semula syarat pemilikan lesen untuk memastikan pemberi pinjam wang berlesen sedia ada menjalankan perniagaan mengikut syarat ditetapkan.

"Buat masa ini, kementerian masih belum mempunyai perancangan membuka semula permohonan lesen itu," katanya sambil mengingatkan akan mengambil tindakan tegas ke atas pemberi pinjam wang yang didapati menyalahguna lesen mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Kong berkata berikutan banyak kes jenayah melibatkan industri pinjaman wang, masyarakat menganggap pemberi pinjam wang berlesen juga sebahagian daripada Ah Long sedangkan mereka sebenarnya membantu menggerakkan ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau meminta para pemberi pinjam wang supaya berusaha meningkatkan lagi imej industri pemberi pinjam wang sebagai satu industri disegani selain mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.

Beliau juga merasmikan Portal Electronic Moneylender & Pawnbroker System (eMAPS) bertujuan memudahkan orang ramai membuat sebarang permohonan berkaitan akta itu secara dalam talian.

Menurutnya portal itu akan mempamerkan senarai pemberi pinjam wang berlesen di seluruh negara, yang secara tidak langsung melindungi orang ramai daripada tertipu dengan pemberi pinjam wang tidak berlesen atau Ah Long.

Sumber: Berita Harian

17 November, 2009

Sardar Jokes..

Boss: Where were you born?
Sardar: India.
Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India.


2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.


Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.


Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order sir, so I made it sequencely..


Museum Administrator: U stupid..That's a 500-year-old statue u've broken!!
Sardar: Thanks God!!! I thought it was a new one.


At the scene of an accident a man was crying: O God!! I have lost my hand, oh!!
Sardar: Control yourself sir. Don't cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?


Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is All India Radio!


In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr.....Dhhuuuurrrrrrrr......
Inteviewer Shouts: Stop it!!!!!
Sardar: Dhhuuuurrrrrr. dhup dhup dhup dhup...... Stop ready sir.


Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king's skeleton when he was a child.

KISAH PENDAYUNG SAMPAN VS PROFESSOR

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

16 November, 2009

Gadis Kopitiam: Wanita terus diperalatkan..





Orang kata wanita main peranan besar dalam keberkesanan sesebuah iklan untuk melariskan produk. Boleh kaut keuntungan yang besar. Mungkin perkara ni turut jadi sebab kenapa pemilik sebuah kopitiam kat Bandar Perda Bukit Mertajam, Penang memilih untuk meletak kan gadis-gadis sexy ni sebagai "umpan".. Apalah motip sebenarnya menyeksi setakat nak hidang kopi?? Tak tahu lah kat belakang tu ada bilik-bilik rahsia.. kekeke..

Party Buih Sabun: Motipp sebenar??





Saya sokong tindakan mana-mana pihak yang tul-tul tunjukkan keprihatinan terhadap kesopanan artis luar negara yang nak buat konsert kat negara kita.. Tapi dalam kita beria bertegas pada artis luar negara tu perhatian yang jauh lebih ketat kena lah diberikan kepada artis-artis tempatan kita jugak. Kalau nak bertegas tak boleh ada double standard. Kita ada masalah penguatkuasaan ker?


Kita bukan main lah takut Beyonce, Inul, Avril sapa lagi ntah berpakaian tak sopan, atau beraksi tak senonoh atas pentas.. tapi rakyat tempatan kita sendiri kat depan mata ni tak dikawal pun? Perkara mungkar depan mata tiada siapa peduli. Tengok sajalah gambar-gambar kat atas tuh (walaupun bukan artis) mengapa mereka dibiarkan bebas beraksi sebegitu rupa? Bleh buat kaum lelaki meleleh air liur, sesak nafas gitu, bukan ke boleh mengundang maksiat.. Pulak tuh majoriti yang melihat mereka saya percaya adalah lelaki Melayu.. apa motip sebenar, basuh motor dengan aksi yang menggiurkan?? Yang pompuan nye plak, murah sungguh harga diri.. mereka sendiri yang telah menjatuhkan harga diri sendiri.. kesian.


Seperti pesanan dari kawan-kawan blogger saya yang sangat-sangat saya hormati, kehidupan kita kat dunia ni penuh dengan cabaran dan dugaan daripada Allah S.W.T, semoga kita sebagai hamba-Nya tak leka sehingga membawa kepada maksiat dan dosa.. saya pernah terbaca bala dan bencana yang Allah turunkan itu, puncanya daripada perlakuan kita manusia ni jugak sebenarnya. Sama-sama lah kita pelihara diri masing-masing, dan kuarga kita..

13 November, 2009

Antara Zahida dan Camelia.. sapa lebih comey??



Hmm.. kalau mereka berpakaian sopan tentu lebih manis kann.. tak tahu lah cemana Zahida Rafik ni leh dapat title AMN..

My Long Call


Saya dan Cik Yam


Pejam celik-pejam celik, esok 14hb November 2009 genaplah setahun saya diterima masuk sebagai peguambela & peguamcara.


Pada 15hb Januari 2008, saya memfailkan Petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan bermula tarikh itulah bermulanya kehidupan saya sebagai “chambering student”. Saya percaya pembaca pasti tahu, setiap bakal peguam diwajibkan untuk menjalani latihan dalam kamar (chambering) untuk tempoh selama 9 bulan.


Dalam tempoh 9 bulan sebagai pelatih atau nama popularnya “chamby”, banyak perkara yang saya pelajari dan saya tempuhi. Mujurlah, senior-senior lain tak lokek ilmu malah sering membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.



Saya, Sasha, dan Moganah


Akhirnya, pada 14hb November 2008 saya diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara dalam satu majlis yang meriah dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat, DPP, APP, dan peguam-peguam lain eh, tak lupa bekas teman lelaki saya. Saya hargai sangat kesudian beliau datang dari jauh semata-mata nak meraikan hari bersejarah saya. Masa tu ada tiga orang termasuk saya yang sama-sama long call. Long call tu senang citer, pendengaran Petisyen saya lah.


Masa pendengaran tu seorang senior lawyer akan bangun dan membacakan secara ringkas biodata kita. Bila wakil dari Majlis Peguam, Pejabat Peguam Negara, dan Majlis Peguam Negeri menyatakan tiadahan bantahan ke atas Petisyen saya, maka Yang Arif Datuk Ahmadi Haji Asnawi, Hakim Mahkamah Tinggi Muar mengeluarkan Perintah agar nama saya disenaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara. Leganya rasa waktu tu, hilang segala penat lelah..


Ibu bapa saya lah orang yang paling excited, berulang kali saya terangkan majlis itu sepatutnya serba ringkas sahaja. Tetapi, majlis saya siap ada tema tu, warna purple. Plak tu tetamu leh bawa berkat lagi sebab makanan memang sengaja ditempah banyak.. sapa lagi, ayah saya punya kerjalah.. hehehe. Mak saya pula, sebulan lebih awal menggunakan kreativitinya untuk membuat kad jemputan untuk tetamu. Jangan terkejut kad jemputan majlis long call saya lebih cantik daripada kad undangan kahwin, hehehe.. apa yang buat saya terharu dan tersentuh, nenek kesayangan saya sanggup naik tangga semata-mata untuk meraikan cucu dia sedangkan dia mengidap sakit lutut.



Saya dan keluarga


Skang ni, adik saya Cik Hawa plak tengah chambering. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan dengan lancar Cik Hawa akan long call sekitar April 2010. Untuk adik-adik yang tengah chambering kat luar sana, tabahkan lah hati cekalkan semangat.. segala penat lelah anda akan terlerai juga di hari Long Call nanti..

11 November, 2009

Comelnya Siti Nurhaliza




seksinyer baju ni..

Gambar ni saya ambil dari Forum Cari. Comelkan Dato Seri Siti Nurhaliza dalam gambar ni.. suka tengok baju dia cantik sangat.. sweet sangat.. :)

Raja Petra Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Menghasut


Ingat tak penulis blog Raja Petra tu? Dia dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan dalam laman web dia sebab polis masih gagal mengesan dia hingga hari ni. Raja Petra telah didakwa di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan artikel berunsur menghasut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5000. Meh sini saya tepek apa mende seksyen tu cakap;-


Seksyen 4(1) (c);


“Mana-mana orang yang mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa- apa penerbitan menghasut; melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.”


Sayang kan?? Padahal pihak pendakwaan dah panggil tujuh saksi mereka. Sampaikan Hakim kata perkara ini memalukan semua pihak. Kes terpaksa dilepaskan dek kerana pihak pendakwaan gagal serahkan waran tangkap menyebabkan kes ni tergantung dan masih tiada penghujung.


Tapi, pape pun Mahkamah cuma melepaskan si Petra tu wat sementara waktu dan keluarkan arahan agar notis tunjuk sebab diserahkan kepada isteri si Petra tu, selaku penjamin.


Sebelum ini penangguhan dah dibagi sebanyak tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Oktober. Pandainya Raja Petra main sorok-sorok, hehe..


Awal tahun ni pun ada sorang client saya pun dilepas tanpa bebas. Sebabnya, barang kes ntah ke mana, P.O pun sibuk memanjang tak nampak muka. Sia-sia je masa client saya turun naik mahkamah sepanjang lima tahun, sudahnya Majistret pun naik muak apalagi DNNA ler..


Selain sebab-sebab yang disebut kat atas ni, ada gak sebab lain yang memaksa mahkamah melepaskan tertuduh, antaranya pengadu meninggal dunia, saksi penting tidak dapat dikesan, pengadu tak nak meneruskan kes atas alasan yang kukuh tak pun mungkin ada perkembangan baru dalam sisatan polis. Setakat tahun 2007, seramai 23,191 orang tertuduh dalam kes-kes jenayah dilepaskan tanpa dibebaskan sejak 2003.

10 November, 2009

Lelaki kemaruk seks cabul wanita lintas jalan

Saya baca Metro hari ni di mana seorang lelaki yang kemaruk seks sempat mencabul seorang perempuan yang tengah melintas jalan berhampiran stesen LRT. Betapa bahayanya kat luar sana bagi seorang perempuan. Tengah melintas pun sempat dicabul lelaki yang tak bertanggungjawab..

Si jahat tu memang dah ada niat jahat bila dia sengaja halang laluan mangsa tu masa si mangsa betul-betul berdiri kat tengah2 garisan jalan. Alamakk, saya ngan Kak Ilah selalu wat macam nihh.. teringat beberapa minggu yang lepas, kami sesuka hati melintas jalan hampir-hampir dilanggar van mayat mendiang seorang Dato’ yang agak popular gak kat Muar nih. Lucunya dek kerana kecomelan kami, pemandu van tu bleh berhenti untuk beri kami laluan, kami pun melintas lah dengan diiringi paluan pancaragam si mendiang, hahaha..


Mangsa tu pikir si jahat ni nak bagi laluan, tapi sebaik dekat je dengan mangsa tu tak masal je dia hulur tangan dan meramas buah dada mangsa sebelum berlalu camtu jerr.. Ada ke patut??

Mujur lah si mangsa cerdik terus ke pondok polis berhampiran untuk buat laporan polis.


Tak cukup ngan tu si jahat tu leh ikut si mangsa, kalau saya pun seram juga. Akhirnya dia beredar selepas mangsa berpura-pura menghubungi polis menggunakan handponenya. Sudah lah wat jahat guna kereta dengan nombor pendaftaran palsu lak tuh.


Elok lah kita kaum perempuan ni berhati-hati bila keluar rumah. Seeloknya, jangan sendirian, bawalah teman. tak usah lah kita pakai barang kemas yang keterlaluan. elok kalau kita simpan pepper spray dalam handbag kita. Datang je si jahat tu sembur je kat mata dia, tak mahal saya rasa RM29.90 je. Kalau naik teksi plak (pilihan terakhir), saya pilih untuk duduk di belakang. Sebaik naik, sms pada sesiapa kawan atau family kita, beritahu mereka kita naik teksi bagi sekali nombor pendaftaran dari mana dan nak ke mana. Dalam hati, selawat lah banyak-banyak tak pun baca ayat Kursi banyak-banyak.


Kalau berjalan kaki, saya suka berjalan ikut arah yang bertentangan. Elak kan berjalan di tempat yang sunyi. Saya rela ikut jalan jauh berbanding shortcut yang sunyi sepi. Senang citer jalan lah kat kawasan yang ramai orang. Beg pula saya pegang erat-erat biarlah apa orang nak kata. Selalunya duit dan handphone saya letak dalam saku baju kurung, handbag tu eksen jer tapi kat dalam ada pisau lipat tau!!.. kalau kena ragut pun dia dapat handbag saja. Kalau nampak orang yang mencurigakan, bersedialah untuk bertindak. Kalau ditakdirkan kita diragut, lepaskan sajalah beg tu daripada nyawa kita terancam. Kalau kita diekori oleh orang yang tak dikenali cepat-cepat tukar arah, masuk lah ke restoran ke supermarket ke.


Saya pernah alami pengalaman diekori lelaki beberapa tahun yang lepas.. masa tu saya ngan Cik Yam balik dari The Mines. Cik Yam baru first year. Kami jalan kaki berdua menuju ke hentian komuter. Tiba-tiba kami terasa seperti ada seseorang yang mengekori kami dari belakang. Bila kami pusing kami nampak lelaki tu tutup muka dia dengan topi. Kami pun berlari anak, dia kejar. Akhirnya takut punya pasal kami masuk syarikat apa ntah, haha.. bila kami keluar, dia masih ada menyorok di sebalik tembok batu. Kami nekad, berjalan dengan laju walaupun diekori, bila sampai je kat jejantas komuter tu, dia terus patah balik dan tak kejar kami lagi..


Satu jelah, saya selalu dengar dan baca kalau kita dihampiri lelaki yang berniat jahat, kita leh tendang ke hentak burung punai (penis) dia tu. Camne caranya tuh saya tak pasti. Mungkin saya bleh minta saudara Ibnu ajarkan cara-caranya so, lepas ni saya boleh kongsikan bersama dengan rakan-rakan lain.. dalam segala usaha kita mencegah daripada diserang penjenayah, berdoalah pada Allah s.w.t agar kita sentiasa dilindungi daripada segala bahaya yang tidak diingini..

Kuih Kocee dari Cik Din


Semalam saya sembang-sembang pasal kerja dengan Cik Din @ Din Wali. Sembang punya sembang tercerita pasal kuih koci makcik telekom.. sapa makcik telekom ni? Makcik ni jual kuih kat belakang pejabat TMNet bawah opis Cik Din.. kuih koci dia memang sedap, lembut manis murah plak tu, 3biji cuma RM1-00 saja.


Saya kata kat Cik Din dah lama tak makan kuih koci makcik tu. Nak tahu tak hari ni Cik Din datang opis saya hantar kuih koci, banyak plak tuh.. lahh, terharunya. Saya cuma cakap teringin jer, tak minta pun dia belikan jauh sekali nak amik kesempatan atas kebaikan dia.. sebelum ni saya pun ada cakap nak makan nasi beriani, dia bawa juga saya pi makan nasi beriani favourite saya. Jangan nak gossip yer kami pergi bertiga, dengan Kak Ilah. Orang dah nak belanja, kita terima jelahh kan?? Hehehe.. tima kaseh Cik Din. Cik Din baik sangat pada saya, kat Muar ni selain Hajar dan Kak Ilah, dia antara yang rapat dengan saya.. kami banyak berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea.


Semoga persahabatan kami berpanjangan.. dan semoga karier kami berkembang dengan baik (walaupun dah muak sebenarnya) atas semangat yang kami berikan untuk satu sama lain..

Kuasa Wanita..

Saya nak share klip kat bawah ni dengan kawan-kawan.. betapa hebatnya kuasa wanita menumbangkan ego lelaki, lucu giler.. hehehe.. bagi saya, tak perlu jadi seorang yang cantik jelita, yang penting kita tahu time bila nak guna pujuk rayu. pernah kah kawan-kawan menggunakan kuasa pujuk rayu yang korang ada?? penting okay!! rugi kalau tak tahu guna, hehehe..


Puteri's 1st Birthday..



Esok 11hb November 2009 genap setahun sepupu kesayangan saya Puteri Seha Nabilah dilahirkan ke dunia.. Puteri atau nama manjanya put-put dilahirkan pada 11hb November 2008. Kehadiran dia memang dinanti-nantikan seluruh ahli keluarga kami yang dah lama tak ada budak kecik.. paling muda pun 9 tahun. bila dia lahir semua sayang kat dia, beri sepenuh perhatian pada dia..


cane ni, lom sempat-sempat nak pi beli hadiah untuk buah ati saya tu. cadang nak beli gown, Cik Yam dah beli. nak beli teddy bear, put-put tak suka anak patung.. takpelah, masih sempat lagi sebab kami cadang nak buat besday party put-put hujung minggu ni so suma dapat raikan sama-sama.. semoga put-put sentiasa sihat, ceria dan membesar dengan cepat.. sayang giler kat put-put, sehari tak jumpa rasa rindu, memang gila beli baju untuk dia pantang nampak yang cute2, mesti beli.. saya suka cium dia, peluk dia, rasa nak gigit-gigit telinga dia, sanggup cium tapak kaki comey dia sayang punya pasal walaupun nenek kata tak elok nanti dak tu melawan cakap kita, haha.. kami kakak-kakak, abang-abang akan sentiasa menyayangi put-put.. Happy besday sayangg..