30 November, 2009

Cadangan Pindaan Undang-undang: Mualaf Boleh Fail Cerai di Mahkamah Sivil

Minggu lepas, seorang sahabat baik saya yang bekerja di ILKAP ada bertanya pada saya ada dengar tak ada beberapa Akta yang melibatkan undang-undang keluarga bakal dipinda.. saya teringat laporan akhbar yang melaporkan bahawa ada cadangan pindaan undang-undang bagi membolehkan seorang yang memeluk Islam boleh memfailkan perceraian di Mahkamah Sivil.

Akta-akta yang terlibat tu adalah seperti berikut;-

1. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1967

2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

3. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984


Apa je ekk cadangan pindaan tu? adakah ia adil untuk kedua-dua pihak, maksud saya si pasangan yang memeluk Islam dan yang kekal dengan agama asalnya.. cemana plak dengan pemakaian undang-undang syariah dan kedudukan Mahkamah Syariah nanti jika cadangan pindaan ini diluluskan..


Dalam pindaan ni nanti mereka yang peluk agama Islam diberi hak untuk memfailkan petisyen cerai di Mahkamah Sivil. Kalau ikut peruntukan asal, mereka yang bukan Islam saja yang boleh failkan cerai di bawah seksyen 51(1) kalau pasangannya memeluk Islam. Selagi pasangan yang tak peluk Islam tu tak mau failkan cerai selagi tulah perkahwinan sivil mereka tu dianggap sah.. bengong tak?? So pindaan ni bertujuan untuk mengelakkan mereka yang memeluk Islam dizalimi bekas pasangan mereka yang enggan failkan perceraian.

Ni peruntukan asal seksyen 51 tu;-

51. Dissolution on ground of conversion to Islam.

(1) Where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce:

Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.

(2) The Court upon dissolving the marriage may make provision for the wife or husband, and for the support, care and custody of the children of the marriage, if any, and may attach any conditions to the decree of the dissolution as it thinks fit.

(3) Section 50 shall not apply to any petition for divorce under this section.

Seksyen 51(1A) akan dimasukkan bertujuan untuk menetapkan tarikh kuatkuasa perkahwinan sivil kepada 3 bulan lepas seseorang pihak tu masuk Islam. Mahkamah sivil juga diberi bidangkuasa menerusi seksyen 51(2) untuk memutuskan perkara-perkara berkaitan harta sepencarian, custody, nafkah selain boleh keluarkan larangan kepada ibu bapa daripada mendaftarkan pertukaran agama anak-anak mereka.


Bagi Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 pulak, pindaan melibatkan seksyen 89. Menerusi pindaan ni kan, Pendaftar Mualaf bertanggungjawab untuk tolong si mualaf ni maklumkan kepada family dia mengenai pemelukan Islamnya. Bagus gak, takde menyusahkan orang dah mati nanti berebut jenazah plak.. tapi kalau Pendaftar tu rasa ia boleh bahaya kan keselamatan si mualaf tu, satu sijil perakuan sementara masuk Islam akan dikeluarkan.


Selain tu, seksyen 92A juga dicadangkan dimasukkan bertujuan untuk selaraskan akta ni dengan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) berhubung kuasa Mahkamah Sivil mengenai aset perkahwinan dan harta lain si mualaf yang mati sebelum perkahwinan bukan Islamnya dibubarkan.


Bagi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) plak, pindaan akan dilakukan ke atas seksyen 18 di mana hakim Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk membenarkan seorang Mualaf tu berkahwin. Subseksyen 46(2) plak dicadangkan dipotong bagi elak kan pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Meh sini saya tepek peruntukan seksyen 46(2) tu;-


46. Pertukaran agama.

(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.


Pindaan ini akan diteliti oleh jawatankuasa khas yang membabitkan Jabatan Kemajuan Islam, mufti, peguam syarie, peguam sivil, ahli politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sebelum dibentangkan di Parlimen nanti. Pape pun, ia masih diperingkat cadangan. Secara peribadinya saya harap cadangan pindaan ini akan mengambil kira pandangan pihak-pihak yang Arif dalam hokum syarak yelah takut je pindaan ni akan menjejaskan hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Tak lupa jugak kena ambil pandangan ahli akedemik dan mereka yang pakar dalam undang-undang kekeluargaan. Dulu lecturer saya pernah citer dia terkilan, masa nak gubal Akta Kanak-Kanak 2001, sudah lah masa gubal tu pendapat dia tak diambil, bila ada masalah, lakuna barulah terhegeh-hegeh minta tolong. Bukan nak mengutuk atau pandang rendah, tapi bagi saya pandangan ahli politik ni (tak semualah) agak cetek, ikut emosi, malah lebih kepada kepentingan peribadi, hehehe..

No comments:

Post a Comment