10 November, 2009

Lelaki kemaruk seks cabul wanita lintas jalan

Saya baca Metro hari ni di mana seorang lelaki yang kemaruk seks sempat mencabul seorang perempuan yang tengah melintas jalan berhampiran stesen LRT. Betapa bahayanya kat luar sana bagi seorang perempuan. Tengah melintas pun sempat dicabul lelaki yang tak bertanggungjawab..

Si jahat tu memang dah ada niat jahat bila dia sengaja halang laluan mangsa tu masa si mangsa betul-betul berdiri kat tengah2 garisan jalan. Alamakk, saya ngan Kak Ilah selalu wat macam nihh.. teringat beberapa minggu yang lepas, kami sesuka hati melintas jalan hampir-hampir dilanggar van mayat mendiang seorang Dato’ yang agak popular gak kat Muar nih. Lucunya dek kerana kecomelan kami, pemandu van tu bleh berhenti untuk beri kami laluan, kami pun melintas lah dengan diiringi paluan pancaragam si mendiang, hahaha..


Mangsa tu pikir si jahat ni nak bagi laluan, tapi sebaik dekat je dengan mangsa tu tak masal je dia hulur tangan dan meramas buah dada mangsa sebelum berlalu camtu jerr.. Ada ke patut??

Mujur lah si mangsa cerdik terus ke pondok polis berhampiran untuk buat laporan polis.


Tak cukup ngan tu si jahat tu leh ikut si mangsa, kalau saya pun seram juga. Akhirnya dia beredar selepas mangsa berpura-pura menghubungi polis menggunakan handponenya. Sudah lah wat jahat guna kereta dengan nombor pendaftaran palsu lak tuh.


Elok lah kita kaum perempuan ni berhati-hati bila keluar rumah. Seeloknya, jangan sendirian, bawalah teman. tak usah lah kita pakai barang kemas yang keterlaluan. elok kalau kita simpan pepper spray dalam handbag kita. Datang je si jahat tu sembur je kat mata dia, tak mahal saya rasa RM29.90 je. Kalau naik teksi plak (pilihan terakhir), saya pilih untuk duduk di belakang. Sebaik naik, sms pada sesiapa kawan atau family kita, beritahu mereka kita naik teksi bagi sekali nombor pendaftaran dari mana dan nak ke mana. Dalam hati, selawat lah banyak-banyak tak pun baca ayat Kursi banyak-banyak.


Kalau berjalan kaki, saya suka berjalan ikut arah yang bertentangan. Elak kan berjalan di tempat yang sunyi. Saya rela ikut jalan jauh berbanding shortcut yang sunyi sepi. Senang citer jalan lah kat kawasan yang ramai orang. Beg pula saya pegang erat-erat biarlah apa orang nak kata. Selalunya duit dan handphone saya letak dalam saku baju kurung, handbag tu eksen jer tapi kat dalam ada pisau lipat tau!!.. kalau kena ragut pun dia dapat handbag saja. Kalau nampak orang yang mencurigakan, bersedialah untuk bertindak. Kalau ditakdirkan kita diragut, lepaskan sajalah beg tu daripada nyawa kita terancam. Kalau kita diekori oleh orang yang tak dikenali cepat-cepat tukar arah, masuk lah ke restoran ke supermarket ke.


Saya pernah alami pengalaman diekori lelaki beberapa tahun yang lepas.. masa tu saya ngan Cik Yam balik dari The Mines. Cik Yam baru first year. Kami jalan kaki berdua menuju ke hentian komuter. Tiba-tiba kami terasa seperti ada seseorang yang mengekori kami dari belakang. Bila kami pusing kami nampak lelaki tu tutup muka dia dengan topi. Kami pun berlari anak, dia kejar. Akhirnya takut punya pasal kami masuk syarikat apa ntah, haha.. bila kami keluar, dia masih ada menyorok di sebalik tembok batu. Kami nekad, berjalan dengan laju walaupun diekori, bila sampai je kat jejantas komuter tu, dia terus patah balik dan tak kejar kami lagi..


Satu jelah, saya selalu dengar dan baca kalau kita dihampiri lelaki yang berniat jahat, kita leh tendang ke hentak burung punai (penis) dia tu. Camne caranya tuh saya tak pasti. Mungkin saya bleh minta saudara Ibnu ajarkan cara-caranya so, lepas ni saya boleh kongsikan bersama dengan rakan-rakan lain.. dalam segala usaha kita mencegah daripada diserang penjenayah, berdoalah pada Allah s.w.t agar kita sentiasa dilindungi daripada segala bahaya yang tidak diingini..

4 comments:

  1. Salam,

    artikel menarik utk dibaca

    http://www.malaysianmirror.com/homedetail/45-home/18303-through-a-rapists-eyes-

    ReplyDelete
  2. salam, salah satu rencah hidup didunia, yang pastinya baik lelaki atau perempuan harus berhati2 diluar sana kerana berbagai dugaan bakal Allah kenakan kepada hambaNya.
    isu politik agak ketinggalan kerana baru balik dari luarnegeri, tak dapat nak komen mengenai isu bai'ah ahli pas.
    take care n be good.

    ReplyDelete
  3. salam..bahaya ada dimana2.. sama ada diundang atau tidak... seandainya kita atau umat manusia tidak berhati2 dengan situasi yang kian mencabar kini, ibarat kita menunggu sesuatu yang kita tidak duga... berusaha dalam mengelakkan daripada musibah hanyalah cuma daripada ALLAH s.w.t. seandainya kita lupa denganNYA, maka dengan sewenang2nya DIA akan lupa kita... semakin kita dekat dengan ALLAH S.W.T. semakin dekat kita dengganNYA... wallahuallam..

    ReplyDelete
  4. Bab cabul mcabul ni aku ckup benci sbb bapa aku juga tgolong dlm golongan ni, yg jd mngsa aku, smpi skrg aku cuma diamkan je krna aku trlalu kasihan mlihat mak yg benar2 syg & prcaya ayah aku tu..smpi aku da kwin tiap kali tringat aku jd trauma sgguhpn kjadian tu sudah 13 thn blalu..wlaupn aku blum d kurniakan ank tp jika dkrniakan ank ppuan aku slalu trbayang yg suami aku juga spti ayah aku, aku trlalu sukar tuk prcaya llaki..slalu nya muka si pncabul ni baik la sgt tp blkag mcm setan..

    ReplyDelete