13 November, 2009

My Long Call


Saya dan Cik Yam


Pejam celik-pejam celik, esok 14hb November 2009 genaplah setahun saya diterima masuk sebagai peguambela & peguamcara.


Pada 15hb Januari 2008, saya memfailkan Petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan bermula tarikh itulah bermulanya kehidupan saya sebagai “chambering student”. Saya percaya pembaca pasti tahu, setiap bakal peguam diwajibkan untuk menjalani latihan dalam kamar (chambering) untuk tempoh selama 9 bulan.


Dalam tempoh 9 bulan sebagai pelatih atau nama popularnya “chamby”, banyak perkara yang saya pelajari dan saya tempuhi. Mujurlah, senior-senior lain tak lokek ilmu malah sering membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.



Saya, Sasha, dan Moganah


Akhirnya, pada 14hb November 2008 saya diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara dalam satu majlis yang meriah dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat, DPP, APP, dan peguam-peguam lain eh, tak lupa bekas teman lelaki saya. Saya hargai sangat kesudian beliau datang dari jauh semata-mata nak meraikan hari bersejarah saya. Masa tu ada tiga orang termasuk saya yang sama-sama long call. Long call tu senang citer, pendengaran Petisyen saya lah.


Masa pendengaran tu seorang senior lawyer akan bangun dan membacakan secara ringkas biodata kita. Bila wakil dari Majlis Peguam, Pejabat Peguam Negara, dan Majlis Peguam Negeri menyatakan tiadahan bantahan ke atas Petisyen saya, maka Yang Arif Datuk Ahmadi Haji Asnawi, Hakim Mahkamah Tinggi Muar mengeluarkan Perintah agar nama saya disenaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara. Leganya rasa waktu tu, hilang segala penat lelah..


Ibu bapa saya lah orang yang paling excited, berulang kali saya terangkan majlis itu sepatutnya serba ringkas sahaja. Tetapi, majlis saya siap ada tema tu, warna purple. Plak tu tetamu leh bawa berkat lagi sebab makanan memang sengaja ditempah banyak.. sapa lagi, ayah saya punya kerjalah.. hehehe. Mak saya pula, sebulan lebih awal menggunakan kreativitinya untuk membuat kad jemputan untuk tetamu. Jangan terkejut kad jemputan majlis long call saya lebih cantik daripada kad undangan kahwin, hehehe.. apa yang buat saya terharu dan tersentuh, nenek kesayangan saya sanggup naik tangga semata-mata untuk meraikan cucu dia sedangkan dia mengidap sakit lutut.



Saya dan keluarga


Skang ni, adik saya Cik Hawa plak tengah chambering. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan dengan lancar Cik Hawa akan long call sekitar April 2010. Untuk adik-adik yang tengah chambering kat luar sana, tabahkan lah hati cekalkan semangat.. segala penat lelah anda akan terlerai juga di hari Long Call nanti..

6 comments:

  1. tahniah...walaupon x paham pasal long call 2...

    ReplyDelete
  2. Semuga gemilang,cemerlang & terbilang...balik muo nanti boleh le belanja kita org kat Warong Wak Jos.he he he

    ReplyDelete
  3. tahnah....selamat ulangtahun yang pertama puan lawyer.
    didoakan, semoga cemerlang dimasa hadapan.
    namun harus diingat, bila pandang bintang dilangit, jangan lupa rumput dibumi.

    ReplyDelete
  4. congratzZZ..;) semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  5. Salam. Tahniah,tahniah.Semoga anda menjadi seorang penegak keadilan.

    ReplyDelete