16 November, 2009

Party Buih Sabun: Motipp sebenar??





Saya sokong tindakan mana-mana pihak yang tul-tul tunjukkan keprihatinan terhadap kesopanan artis luar negara yang nak buat konsert kat negara kita.. Tapi dalam kita beria bertegas pada artis luar negara tu perhatian yang jauh lebih ketat kena lah diberikan kepada artis-artis tempatan kita jugak. Kalau nak bertegas tak boleh ada double standard. Kita ada masalah penguatkuasaan ker?


Kita bukan main lah takut Beyonce, Inul, Avril sapa lagi ntah berpakaian tak sopan, atau beraksi tak senonoh atas pentas.. tapi rakyat tempatan kita sendiri kat depan mata ni tak dikawal pun? Perkara mungkar depan mata tiada siapa peduli. Tengok sajalah gambar-gambar kat atas tuh (walaupun bukan artis) mengapa mereka dibiarkan bebas beraksi sebegitu rupa? Bleh buat kaum lelaki meleleh air liur, sesak nafas gitu, bukan ke boleh mengundang maksiat.. Pulak tuh majoriti yang melihat mereka saya percaya adalah lelaki Melayu.. apa motip sebenar, basuh motor dengan aksi yang menggiurkan?? Yang pompuan nye plak, murah sungguh harga diri.. mereka sendiri yang telah menjatuhkan harga diri sendiri.. kesian.


Seperti pesanan dari kawan-kawan blogger saya yang sangat-sangat saya hormati, kehidupan kita kat dunia ni penuh dengan cabaran dan dugaan daripada Allah S.W.T, semoga kita sebagai hamba-Nya tak leka sehingga membawa kepada maksiat dan dosa.. saya pernah terbaca bala dan bencana yang Allah turunkan itu, puncanya daripada perlakuan kita manusia ni jugak sebenarnya. Sama-sama lah kita pelihara diri masing-masing, dan kuarga kita..

2 comments: