11 November, 2009

Raja Petra Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Menghasut


Ingat tak penulis blog Raja Petra tu? Dia dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan dalam laman web dia sebab polis masih gagal mengesan dia hingga hari ni. Raja Petra telah didakwa di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan artikel berunsur menghasut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5000. Meh sini saya tepek apa mende seksyen tu cakap;-


Seksyen 4(1) (c);


“Mana-mana orang yang mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa- apa penerbitan menghasut; melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.”


Sayang kan?? Padahal pihak pendakwaan dah panggil tujuh saksi mereka. Sampaikan Hakim kata perkara ini memalukan semua pihak. Kes terpaksa dilepaskan dek kerana pihak pendakwaan gagal serahkan waran tangkap menyebabkan kes ni tergantung dan masih tiada penghujung.


Tapi, pape pun Mahkamah cuma melepaskan si Petra tu wat sementara waktu dan keluarkan arahan agar notis tunjuk sebab diserahkan kepada isteri si Petra tu, selaku penjamin.


Sebelum ini penangguhan dah dibagi sebanyak tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Oktober. Pandainya Raja Petra main sorok-sorok, hehe..


Awal tahun ni pun ada sorang client saya pun dilepas tanpa bebas. Sebabnya, barang kes ntah ke mana, P.O pun sibuk memanjang tak nampak muka. Sia-sia je masa client saya turun naik mahkamah sepanjang lima tahun, sudahnya Majistret pun naik muak apalagi DNNA ler..


Selain sebab-sebab yang disebut kat atas ni, ada gak sebab lain yang memaksa mahkamah melepaskan tertuduh, antaranya pengadu meninggal dunia, saksi penting tidak dapat dikesan, pengadu tak nak meneruskan kes atas alasan yang kukuh tak pun mungkin ada perkembangan baru dalam sisatan polis. Setakat tahun 2007, seramai 23,191 orang tertuduh dalam kes-kes jenayah dilepaskan tanpa dibebaskan sejak 2003.

1 comment:

  1. Salam. Ramainya yang boleh terlepas. Kenapa sampai gitu sekali sistem kita ni ya?

    ReplyDelete