25 February, 2010

Baby puteri Dah Sihat


putput keletihan hari pertama masuk wad


kehausan ~ sobb.. sobb 2minit dah abis..


tak leh tido tanpa bantal busukk..


balik rumah terus mengadap Reader Digest.. chewahh


sebijik muka Cik Yam masa kecik..


Putput dengar ada makanan.. nak makan je keja dia~

09 February, 2010

Tiada lagi... derita merindu..

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu

Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia

Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

04 February, 2010

Happy Birthday Buat Si Dia..

Seharian sakit kepala semalam hari ni alhamdulillah semakin kurang rasa sakit. Mungkin nak peod kot, perubahan hormon wat saya sakit kepala, rasa nak majuk jer, mudah menangis, dan kuat makan plak akhir-akhir ni, haha.. semalam makan seafood, nyum.. nyum.. sampai umah nampak lauk nangka masak lemak, saya bleh makan lagi.. ishh...


Cik Din “dalam ceramah free nya mengatakan bahawa” jangan menangisi nasib hidup.. tak malu tul, selasa lepas air mata murahan saya ni nyaris-nyaris tumpah di hadapan Cik Din, hehe.. saya bukan lah meratap hiba Ustaz Din oii, cuma bagi saya menangis tu satu terapi buat saya untuk mengurangkan rasa tensyen yang saya tanggung selama ni.


Pagi ni saya bangun awal gosok baju favourite saya warna biru. Kenapa saya pilih biru, kerna saya rasa tenang bila pakai baju warna biru.. dan mungkin nampak sweet jugak, perasannya, kui.. kui.. haha. Hari ni ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan, saya nak cabut talian telefon saya supaya tak diganggu oleh bank-bank yang bengong ituhh..


Di kesempatan ni saya dengan rasa sukacitanya ingin mengucapkan selamat ulangtahun yang ke 28 buat sahabat tersayang, Cik Din.. Doa saya buat Cik Din semoga panjang umur, murah rezeki dan ditemukan jodoh dengan sebaik-baik wanita yang layak buat dirinya..saya dah sediakan hadiah kecil sebagai tanda penghargaan atas persahabatan tulus ikhlas yang Cik Din hulurkan kepada saya. Dia sentiasa membantu baik dari segi kerja mahupun masalah peribadi malah sentiasa di sisi saya saat susah dan duka yang mana saya memang tak mampu nak balas.. hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala budi baik Cik Din terhadap saya.. Happy Besday Cik Din..