30 April, 2010

menghitung hari

Assalammualaikum para pembaca yang sudi singgah ke blog saya, tak lupa juga buat teman-teman yang sudi mengikuti perkembangan saya.


Kesibukan kat opis sememangnya menghalang saya nak update blog saya yang dah tak terurus ni.. nk check email pun alahai kadang tak menyempat.


Dalam beberapa hari ni ada peristiwa besar yang baru saja berlaku dalam hidup saya. Saya akan melalui fasa baru dalam kehidupan saya.. sungguh tak saya menyangka saya kini menghitung hari, alahai berdebar juga. Tapi saya percaya apa yang Allah s.w.t tentukan buat saya adalah yang terbaik buat saya kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya yang seorang ini.


Tunggulah, bila saya sudah bersedia nanti saya akan kongsi pada teman-teman dan pembaca yang dihormati. Bukan mahu mendabik dada sekadar berkongsi kegembiraan, tak salah kan??. Apa yang boleh saya katakan semua ini adalah rezki buat kedua ibu bapa saya yang tak putus-putus mendoakan kejayaan saya. Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya dulu, jika kita berbakti pada ibu bapa, insyaAllah Allah s.w.t pasti akan melapangkan rezeki kita.. Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah s.w.t yang memberikan rezeki buat saya dan keluarga..

20 April, 2010

Kepak Ayam @ Chicken Wings..


alamakk.. cik iti baru je dapat email dari Kak Ilah.. saja je tau dengki cik iti, dia tahu cik iti memang hantu kepak ayam sbb tu dia forward email tu kat cik iti.. huhuhu..


mungkin sesapa yang dah baca email tu tahu lahh.. nak tahu apa kandungan email tu? huhuhu.. pendek citer, ada keburukan kalau slalu makan kepak ayam espc kepada kaum wanita.. berikut cik iti kongsikan kandungan email tu yea..


Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the.


The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.


He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.

You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.


This need is none other than the need for food.

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..


It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb.




19 April, 2010

Besday Cik Iti

Salam sayang buat pembaca yang sudi singgah ke blog saya yang dah lama tak diupdate ni.. tak lupa juga buat kawan2 yang sentiasa ambil berat tentang saya..


Wahh.. hari ni saya dah masuk 28 tahun.. tua nya aku.. huhuhu. Apapun, saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas di muka bumi ini.. bersyukur juga saya di atas segala rahmat, limpah kurniaanNya kepada saya dan keluarga di atas rezki yang diberiNya.. Alhamdullilah..


Dikesempatan ni saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat ibu tersayang Puan Zulliah Alwee yang mengandungkan saya selama 9bulan, menyusukan saya, mendidik saya dengan penuh kasih sayang.. halalkan susu yang saya minum selama ni.. tak lupa juga wat ayah En.Zainal Ariffin Dato Hj Embong yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan saya. Tima kasih yang tak terhingga juga buat ayah yang rajin bangun malam berdoa untuk kejayaan saya dan adik-adik saya selama ni.. bila kenang-kenang balik pengorbanan mereka pada kami mengalir juga air mata ni.. selagi hayat dikandung badan saya akan terus berbakti pada kedua ibu bapa saya..


Tima kasih gak atas kiriman sms dari kawan2 yang ingat kat besday saya ni, hehe.. tahun ni dah tua-tua pun banyak dpt hadiah, hehe.. Alhamdulillah. dapat kad ucapan, kain sutera dari makcik yang baru balik dari Beijing, selendang purple, coklat, gelang tangan, aksesori (selendang pink, brooch, rantai manik.. thanks kat staff saya macam tau2 je saya suka melaram ngan benda2 tuh, hehe).. apa lagi ekk.. haa, tima kasih juga kat Cik Din, bagi saya sebentuk cincin emas yang comel sangat2.. semoga Allah s.w.t membalas segala kebaikan kalian, InsyaAllah..


Hari ni saya tak berapa sihat, tekak saya bengkak dan perit sejak petang semalam.. adohaii.. jap tadi pula kena maki ngan pegawai bank dek kerana kesalahan staff.. pedihnye hati dengar.. tolong lah jangan menghina orang walau marah cemana sekalipun korang, ingat lah orang yang kita marah tu juga punya maruah dan perasaan..


Harapan saya semoga saya terus diberi kesihatan yang baik untuk beribadah dan berbakti pada kedua orang tua saya.. moga murah rezki slalu.. dan semoga saya terus sukses dalam karier saya yang menyakitkan kepala ni.. hehe..


p/s: bahagianya bila tgk facebook saya penuh dengan ucapan dari teman-teman tersayang.. thanks dear.. :)