30 April, 2010

menghitung hari

Assalammualaikum para pembaca yang sudi singgah ke blog saya, tak lupa juga buat teman-teman yang sudi mengikuti perkembangan saya.


Kesibukan kat opis sememangnya menghalang saya nak update blog saya yang dah tak terurus ni.. nk check email pun alahai kadang tak menyempat.


Dalam beberapa hari ni ada peristiwa besar yang baru saja berlaku dalam hidup saya. Saya akan melalui fasa baru dalam kehidupan saya.. sungguh tak saya menyangka saya kini menghitung hari, alahai berdebar juga. Tapi saya percaya apa yang Allah s.w.t tentukan buat saya adalah yang terbaik buat saya kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya yang seorang ini.


Tunggulah, bila saya sudah bersedia nanti saya akan kongsi pada teman-teman dan pembaca yang dihormati. Bukan mahu mendabik dada sekadar berkongsi kegembiraan, tak salah kan??. Apa yang boleh saya katakan semua ini adalah rezki buat kedua ibu bapa saya yang tak putus-putus mendoakan kejayaan saya. Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya dulu, jika kita berbakti pada ibu bapa, insyaAllah Allah s.w.t pasti akan melapangkan rezeki kita.. Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah s.w.t yang memberikan rezeki buat saya dan keluarga..

1 comment:

  1. Cik iti menghitung hari untuk apa yea?

    ReplyDelete