27 May, 2010

Selamat Tinggal FZP




Bilik saya.. kat sini ler saya wat keje, termasuk lah keje-keje haram such as chating, berFB, download lagu, hahaha..


Salam sayang,


Pejam celik hari ni hari terakhir saya bekerja di firma saya sekarang, Tetuan Fadzilah, Zainab & Partners.. Saya dah pun meletakkan jawatan secara rasmi pada 29hb April lepas selepas menerima tawaran untuk bekerja di Jabatan Peguam Negara.


Berat juga hati ni nak meninggalkan firm ni, apalagi saya dah selesa di sini walaupun baru enam bulan bekerja di sini. Persekitarannya memang best kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja lama saya dulu. Disini saya punya kawan-kawan yang baik hati, sudi menolong walaupun masing-masing sibuk dengan kerja memasing, dan yang penting boss saya Puan Zainab Binti Samsuddin melayan saya dengan baik.


Sebelum masuk sini pelbagai cerita buruk & fitnah yang saya dengar mengenai firm ni, tapi saya tekadkan hati kerna bagi saya dah masuk baru tahu apa yang berlaku kat dalam firm ni. Mula-mula tu memang saya berhadapan dengan masalah, banyak file-file yang bermasalah yang ditinggalkan oleh lawyer sebelum ni.. tetapi alhamdulilah, saya berjaya juga selesaikan masalah tersebut. Rupanya dah masuk sini, cerita-cerita tak elok di luar sana tidak semuanya benar..



semua file-file untuk June, July saya dah susun untuk memudahkan staff..

pandai2 lah korang ekk..



Cemana saya leh nak beralih arah ni?? Sebenarnya dah tiga kali pihak Jabatan Peguam Negara menghubungi saya minta saya hadir temuduga tapi saya wat pelbagai alasan untuk mengelak, haha.. kali pertama akhir tahun lepas, kali kedua Februari lepas. Saya diam je tak citer kat sesapa.. Tetiba ntah macam mana sorang makcik saya ni taip nama saya kat google search nak cari blog ni tupp.. tupp kuar plak senarai calon temuduga yang dipanggil untuk temuduga di JPN tu untuk bulan Februari, hahaha.. dia pi citer kat mak saya.. wahh, mak saya ni pun bising2 lah kononnya saya dah terlepas peluang, padahal memang saya yang tak mau pergi..


Pada pertengahan April lepas, sekali lagi pihak JPN menghubungi saya.. saya pikir dah tak pi dua kali dia akan lepaskan saya.. huhu. Kali ni saya pikir panjang, kalau dia call rumah mampos aku.. untuk puaskan hati ibu bapa saya, saya pun setuju untuk hadir temuduga, apa salahnya lom tentu dapat pun.. Ditemani kedua ibu bapa saya dan Cik Din, saya pun pergi temuduga dengan tiada persiapan lansung. Saya tiba di JPN seawal jam 7.30pagi, hampir 70 orang calon yang ada hari tu, masing-masing sibuk menghafal buku teks undang-undang. Ada gak dua tiga calon yang bertanya, “awak relaks jer? tak takut ker?”.. Dalam hati berkata kenapa mesti takut? Saya dah punya kerjaya yang baik, tak dapat pun takpa.. hehe..


Bila tiba giliran saya masuk ke bilik temuduga tu barulah saya rasa gementar sebab saya duduk betul-betul di hadapan Tan Sri Abdul Gani Patail dan 7 orang panel yang lain.. sekali masuk ada 10 calon, saya calon no. 5. Selepas hampir sejam ditemuduga, panel sebulat suara memilih 4 orang calon dan salah seorang tu adalah saya.. huhu. Ishh, memang tergamam.



~tata.. huhuhu


Bagi saya ini adalah rezeki buat kedua ibu bapa saya yang beria nak saya join JPN. Jadi untuk tidak menghampakan harapan kedua ibu bapa saya, saya memilih untuk meletakkan jawatan di firma sekarang ni.. dan saya berharap agar saya dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, InsyaAllah.. kepada warga FZP, especially my boss tima kasih banyak2 raikan saya tengahari tadi, bagi duit lak tu untuk saya mulakan hidup baru kat Putrajaya.. tima kasih, Puan. semoga Allah membalas kebaikan Puan. Haa.. sapa kata dia tak tahu jaga staff?? semoga hubungan kita semua akan berpanjangan, InsyaAllah.. Selamat Tinggal FZP, jumpa lagi..

14 May, 2010

Selamat Hari Guru




Semua guru digalakkan menambah ilmu dan menggunakan kaedah atau

Selamat pagi buat pembaca dan kawan-kawan tersayang... Entry saya kali ni khas saya coretkan sempena sambutan Hari Guru pada 16hb Mei, 2010.


16hb Mei setiap tahun seluruh negara akan menyambut dan merayakan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Masa kecik-kecik dulu saya tertanya-tanya jugak kenapa 16hb Mei? Ikut Barat ke? Maklumlah masyarakat kita ni suka meniru kaum Barat. Bila dah dewasa baru saya tahu kenapa tarikh tersebut dipilih.


Tarikh tu dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak tu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Saya juga ada pengalaman meraikan Hari Guru sepanjang zaman persekolahan saya, bila dikenang memang manis.. Masa kecik-kecik dulu saya dan adik-beradik sekolah kat kawasan pedalaman, dalam kebun kepala sawit, Sekolah Kebangsaan Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor. Sekolah tu asalnya dewan serbaguna yang dah uzur tapi diubahsuai menjadi sekolah. Kat situ lah saya dan adik-beradik mendapat pendidikan awal. Sapa sangka walaupun sekolah di kawasan pedalaman yang serba daif dan kekurangan kami berjaya menjejak kan kaki ke Universiti.


Tiap kali Hari Guru kami mesti beli hadiah untuk setiap guru kesayangan kami.. yang saya ingat, pasu, tembikar, tupperware apalagi ekk.. semua dapat, yelah bukan ramai pun cikgunya, tapi cikgu feveret mesti dapat yang best lah, haha.. Bila raya plak setiap cikgu mesti dapat kad raya dan sebalang biskut raya dari ibu kami.. haa.. macam tulah ibu bapa saya didik kami macam mana nak hargai jasa dan pengorbanan guru.


Saya juga mempunyai seorang makcik yang berkhidmat sebagai seorang Guru, Puan Halina Binti Alwee.. beliau berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar (2), Muar. Makcik saya ni mengajar Kelas Pendidikan Khas, pembaca tentu boleh bayangkan cabaran besar yang dipikul oleh makcik saya. Mengajar sekumpulan kanak-kanak istimewa yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran. Saya pernah juga beberapa kali mengikut makcik ke sekolah, macam-macam ragam dak-dak tu.. Saya masih ingat ada yang mengutuk saya ni pendek lah, muka jerawat lah, sapa nama dia ekk, Siti Munawarah kalau tak silap, ishh.. menyirap jugak aku dengar, hahaha.. tak kurang juga yang di ajar berkali-kali masih tak dapat-dapat, adohaii... sabar jelah aku, kalau tak dak mak nong dalam kelas tu dah lama aku kecik korangg.. kui kui kui..


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru” kepada semua warga Guru kat Malaysia ni especially wat Mak Nong, sesungguhnya kami adik-beradik tak kan pernah lupakan jasa Mak Nong. Semoga Mak Nong panjang umur, murah rezeki slalu dan bahagia selalu.. InsyaAllah. Mak slalu pesan kami mesti balas jasa Mak Nong, bantu adik bila dia dah besar nanti. InsyaAllah, kami akan bantu dalam apa cara sekali pun dan jaga permata kesayangan kami bila dia mula bersekolah kelak..



Permata Hati Kami, Puteri Seha Nabilah..




Kepada semua Guru “Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan. Berkhidmat lah dengan penuh ikhlas demi anak bangsa..