14 May, 2010

Selamat Hari Guru




Semua guru digalakkan menambah ilmu dan menggunakan kaedah atau

Selamat pagi buat pembaca dan kawan-kawan tersayang... Entry saya kali ni khas saya coretkan sempena sambutan Hari Guru pada 16hb Mei, 2010.


16hb Mei setiap tahun seluruh negara akan menyambut dan merayakan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Masa kecik-kecik dulu saya tertanya-tanya jugak kenapa 16hb Mei? Ikut Barat ke? Maklumlah masyarakat kita ni suka meniru kaum Barat. Bila dah dewasa baru saya tahu kenapa tarikh tersebut dipilih.


Tarikh tu dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak tu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Saya juga ada pengalaman meraikan Hari Guru sepanjang zaman persekolahan saya, bila dikenang memang manis.. Masa kecik-kecik dulu saya dan adik-beradik sekolah kat kawasan pedalaman, dalam kebun kepala sawit, Sekolah Kebangsaan Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor. Sekolah tu asalnya dewan serbaguna yang dah uzur tapi diubahsuai menjadi sekolah. Kat situ lah saya dan adik-beradik mendapat pendidikan awal. Sapa sangka walaupun sekolah di kawasan pedalaman yang serba daif dan kekurangan kami berjaya menjejak kan kaki ke Universiti.


Tiap kali Hari Guru kami mesti beli hadiah untuk setiap guru kesayangan kami.. yang saya ingat, pasu, tembikar, tupperware apalagi ekk.. semua dapat, yelah bukan ramai pun cikgunya, tapi cikgu feveret mesti dapat yang best lah, haha.. Bila raya plak setiap cikgu mesti dapat kad raya dan sebalang biskut raya dari ibu kami.. haa.. macam tulah ibu bapa saya didik kami macam mana nak hargai jasa dan pengorbanan guru.


Saya juga mempunyai seorang makcik yang berkhidmat sebagai seorang Guru, Puan Halina Binti Alwee.. beliau berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar (2), Muar. Makcik saya ni mengajar Kelas Pendidikan Khas, pembaca tentu boleh bayangkan cabaran besar yang dipikul oleh makcik saya. Mengajar sekumpulan kanak-kanak istimewa yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran. Saya pernah juga beberapa kali mengikut makcik ke sekolah, macam-macam ragam dak-dak tu.. Saya masih ingat ada yang mengutuk saya ni pendek lah, muka jerawat lah, sapa nama dia ekk, Siti Munawarah kalau tak silap, ishh.. menyirap jugak aku dengar, hahaha.. tak kurang juga yang di ajar berkali-kali masih tak dapat-dapat, adohaii... sabar jelah aku, kalau tak dak mak nong dalam kelas tu dah lama aku kecik korangg.. kui kui kui..


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru” kepada semua warga Guru kat Malaysia ni especially wat Mak Nong, sesungguhnya kami adik-beradik tak kan pernah lupakan jasa Mak Nong. Semoga Mak Nong panjang umur, murah rezeki slalu dan bahagia selalu.. InsyaAllah. Mak slalu pesan kami mesti balas jasa Mak Nong, bantu adik bila dia dah besar nanti. InsyaAllah, kami akan bantu dalam apa cara sekali pun dan jaga permata kesayangan kami bila dia mula bersekolah kelak..



Permata Hati Kami, Puteri Seha Nabilah..




Kepada semua Guru “Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan. Berkhidmat lah dengan penuh ikhlas demi anak bangsa..

6 comments:

  1. eleh...sibuk jer adik seha nak enteprem...mok mok mok!

    ReplyDelete
  2. aku saja letak gambar dia, berseri skit blog aku, hehe.. nak tau tak?? bila tanya sapa boncit automatik dia jawab Hanin, haha..

    ReplyDelete
  3. cuba tanya dia sapa busuk.....spontan dia jawab Bob uwekkk...mak tiah

    ReplyDelete
  4. mak tiah jgn tak tau ari tu dia berduet dgn abg sepet, haha..

    ReplyDelete
  5. Mak Nong & Pak Seh pun byk terhutang budi dengan Siti . Terima kasih banyak2 ambil berat pada adik.

    ReplyDelete
  6. Next time letak gambar dia yg terkini..lagi debab tu .dengar ceta suka tengok bola ditv?..jalan pun dah pandai..

    ReplyDelete