27 May, 2010

Selamat Tinggal FZP




Bilik saya.. kat sini ler saya wat keje, termasuk lah keje-keje haram such as chating, berFB, download lagu, hahaha..


Salam sayang,


Pejam celik hari ni hari terakhir saya bekerja di firma saya sekarang, Tetuan Fadzilah, Zainab & Partners.. Saya dah pun meletakkan jawatan secara rasmi pada 29hb April lepas selepas menerima tawaran untuk bekerja di Jabatan Peguam Negara.


Berat juga hati ni nak meninggalkan firm ni, apalagi saya dah selesa di sini walaupun baru enam bulan bekerja di sini. Persekitarannya memang best kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja lama saya dulu. Disini saya punya kawan-kawan yang baik hati, sudi menolong walaupun masing-masing sibuk dengan kerja memasing, dan yang penting boss saya Puan Zainab Binti Samsuddin melayan saya dengan baik.


Sebelum masuk sini pelbagai cerita buruk & fitnah yang saya dengar mengenai firm ni, tapi saya tekadkan hati kerna bagi saya dah masuk baru tahu apa yang berlaku kat dalam firm ni. Mula-mula tu memang saya berhadapan dengan masalah, banyak file-file yang bermasalah yang ditinggalkan oleh lawyer sebelum ni.. tetapi alhamdulilah, saya berjaya juga selesaikan masalah tersebut. Rupanya dah masuk sini, cerita-cerita tak elok di luar sana tidak semuanya benar..



semua file-file untuk June, July saya dah susun untuk memudahkan staff..

pandai2 lah korang ekk..



Cemana saya leh nak beralih arah ni?? Sebenarnya dah tiga kali pihak Jabatan Peguam Negara menghubungi saya minta saya hadir temuduga tapi saya wat pelbagai alasan untuk mengelak, haha.. kali pertama akhir tahun lepas, kali kedua Februari lepas. Saya diam je tak citer kat sesapa.. Tetiba ntah macam mana sorang makcik saya ni taip nama saya kat google search nak cari blog ni tupp.. tupp kuar plak senarai calon temuduga yang dipanggil untuk temuduga di JPN tu untuk bulan Februari, hahaha.. dia pi citer kat mak saya.. wahh, mak saya ni pun bising2 lah kononnya saya dah terlepas peluang, padahal memang saya yang tak mau pergi..


Pada pertengahan April lepas, sekali lagi pihak JPN menghubungi saya.. saya pikir dah tak pi dua kali dia akan lepaskan saya.. huhu. Kali ni saya pikir panjang, kalau dia call rumah mampos aku.. untuk puaskan hati ibu bapa saya, saya pun setuju untuk hadir temuduga, apa salahnya lom tentu dapat pun.. Ditemani kedua ibu bapa saya dan Cik Din, saya pun pergi temuduga dengan tiada persiapan lansung. Saya tiba di JPN seawal jam 7.30pagi, hampir 70 orang calon yang ada hari tu, masing-masing sibuk menghafal buku teks undang-undang. Ada gak dua tiga calon yang bertanya, “awak relaks jer? tak takut ker?”.. Dalam hati berkata kenapa mesti takut? Saya dah punya kerjaya yang baik, tak dapat pun takpa.. hehe..


Bila tiba giliran saya masuk ke bilik temuduga tu barulah saya rasa gementar sebab saya duduk betul-betul di hadapan Tan Sri Abdul Gani Patail dan 7 orang panel yang lain.. sekali masuk ada 10 calon, saya calon no. 5. Selepas hampir sejam ditemuduga, panel sebulat suara memilih 4 orang calon dan salah seorang tu adalah saya.. huhu. Ishh, memang tergamam.



~tata.. huhuhu


Bagi saya ini adalah rezeki buat kedua ibu bapa saya yang beria nak saya join JPN. Jadi untuk tidak menghampakan harapan kedua ibu bapa saya, saya memilih untuk meletakkan jawatan di firma sekarang ni.. dan saya berharap agar saya dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, InsyaAllah.. kepada warga FZP, especially my boss tima kasih banyak2 raikan saya tengahari tadi, bagi duit lak tu untuk saya mulakan hidup baru kat Putrajaya.. tima kasih, Puan. semoga Allah membalas kebaikan Puan. Haa.. sapa kata dia tak tahu jaga staff?? semoga hubungan kita semua akan berpanjangan, InsyaAllah.. Selamat Tinggal FZP, jumpa lagi..

15 comments:

  1. Selamat bertugas di Putra Jaya tp jgn lupa kat kita di Muo ni .

    ReplyDelete
  2. Wah!ni dah hebat tmudga dgn Gani Patail...apa2 pun tahniah diucapkan .Jgn lupa datng ke Senawang kalau da kes di seremban .

    ReplyDelete
  3. Peh.. banyaknya fail. Juling mata nak semak.. ha..ha..

    ReplyDelete
  4. Selamat bertugas di tempat baru..moga sihat dan ceria selalu...Pasti siti tinggal di Putrajaya kan... Jangan lupa orang lama!

    ReplyDelete
  5. Salam....moga siti sihat dan ceria....

    ReplyDelete
  6. senyap je.....?

    ReplyDelete
  7. sapa yang komen.. bagi lah nama.. saya tak kenal

    ReplyDelete
  8. Siti teka lah sendiri...siapa yang selalu tulis perkataan tu!

    ReplyDelete
  9. En.Aftar ke? ishh.. kita tak tahu lah sapa..

    ReplyDelete
  10. ye la memang dah lama saya tak hubungi siti..pasti siti dah lupa atau telah melupakan terus nama saya dari ingatan siti..

    ReplyDelete
  11. Siti buat pe tu...dah tau ke sapa saya...

    ReplyDelete
  12. mana lah saya tau.. apa salahnya terus trg.. kan senang..

    ReplyDelete
  13. Puan siti susah x soalan2 interview dkt agc tu?

    ReplyDelete