19 July, 2010

bila budak sekolah beromen..


Tersebut lah kisah di Penampang, Sabah seorang gadis berusia 16 tahun bertempat di rumah teman lelakinya yang sebaya telah melakukan hubungan seks. Pada mulanya si gadis telah menolak ajakan si boyfriend kononnya takut mengandung. tetapi si boyfriend ni telah berjaya memujuk si gadis dengan memberitahu dia pandai buat supaya si gadis tidak mengandung. Wahh, hebatt.. advance tul dak nihh.. Maka mereka pun memulakan pelayaran sulong mereka.. ahakss..


Berdasarkan siasatan dak berdua ni baru je berkenalan 3 bulan sebelum kejadian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).. copss.. semudah tu dak pompuan ni bagi “tuuut” dia? Tak tau kaa benda tu berharga dik oii? Sepanjang perkenalan mereka, mereka ada berjumpa 5 kali dan sebanyak 2 kali mengada hubungan seks.


Seterusnya mereka mengadakan hubungan seks kat umah si gadis plakk masa bapak dia tak dak kat umah. Sepandai-pandai tupai melompat, terkantoii jua akhirnya.. Bapa si gadis terserempak dengan mereka berdua lalu membuat aduan polis..


Dak lelaki tu akhirnya ditangkap dan mengakui dia dah pun mengadakan hubungan seks dengan si mangsa (ermm.. mangsa kaa??).


Dak lelaki tu telah dituduh di bawah Seksyen 375(1) KK yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 (1) dan seksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Rasanya semua tahu kan seksyen 376 (1) KK tu.. penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Meh sini saya tepek peruntukan seksyen 91(1) AKK 2001 tu;-


“Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dibuktikan Mahkamah itu hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang boleh dijalankan menurut kuasa Akta ini, mempunyai kuasa untuk:-

(a) memberikan amaran kepada dan melepaskan kanak-kanak itu;
(b) melepaskan kanak-kanak itu apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
(c) memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan sesuai—
(i) selama apa-apa tempoh yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah; dan
(ii) dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
(d) memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos;
(e) membuat suatu perintah percubaan di bawah seksyen 98;
(f) memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney;
(g) memerintahkan supaya kanak-kanak itu, jika seorang lelaki, disebat tidak lebih daripada sepuluh kali sebatan dengan rotan yang ringan—
(i) di premis Mahkamah itu; dan
(ii) di hadapan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu jika dia hendak
hadir;
(h) mengenakan ke atas kanak-kanak itu, jika dia berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada subseksyen 96(2), apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen.”

Cuba teka apa hukuman untuk dak laki tu untuk kesalahan yang dia dah buat??


“di bebaskan dengan satu BOGB (Bon Berkelakuan Baik) selama 2 tahun dengan deposit RM 800 dan PKK (dak laki tu ler) harus mengikuti bengkel interaktif selama tempoh 2 tahun.”


So, adik-adik kat luar tu fikir-fikir kan lah.. tak berbaloi lansung korang menggadaikan maruah pada boifrend masing-masing..

Saya yang menurut perintah..


Muka dah makin tembam.. apa taknya, mengadap pc jaa hari-hari.. exercise jauh sekali..



tiap kali ada High Level Meeting, muka saya lah kena jadi pengiring @ usher, huhu..

suka tempat ni, macam Hotel 5 Star..


Saya juga yang kena hadir Sesi Perkongsian Ilmu..
Sekian, dari saya yang menurut perintah.. huhu

15 July, 2010

Perintah Mahkamah untuk tarik kereta.

Berita terbaru yang saya baca di Berita Harian pagi tadi, bank skang kena dapat kebenaran mahkamah kalau nak tarik kereta yang mana pemiliknya gagal membuat bayaran bulanan tapi dah bayar 75% daripada jumlah keseluruhan pinjaman sewa beli.

Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 tu dah pun diluluskan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, peraturan yang memberi perlindungan pada pengguna tu akan dikuatkuasakan sama macam yang terkandung dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.

So, penarik kereta akan diwajibkan mendaftar dan mendapat permit daripada kementerian untuk beroperasi (tarik keta ler).

penarik kereta yang tak ikut prosedur ditetapkan termasuk bertindak ganas masa tarik keta akan didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun bagi kesalahan kedua.. ingat tak sikit masa dulu, ada sekuarga ditahan oleh penarik keta dalam gudang ke store sebab tak bayar keta.. ish.. pape ntah lebih kuah dari sudu..

saya pun slalu lewat bayar keta sepatutnya sebelum 25hb setiap bulan tapi saya bayar 27hb atau 28hb, huhu.. mana taknye gaji masuk lambat. Haa.. 20hb bank dah start kacau sms/call pas 25hb lagi lah hari2 dia kacau.. bengap ke apa tak tahu bape kali dah ckp saya tetap akan bayar gak wpun lambat.. skali dah kena sound ngan ayah saya yang tak tahan nak menjawab gangguan tu terus mereka tak ganggu lagi, haha.. nak kena jerit gak baru depa pahamm.. huhu..

07 July, 2010

Bekas kakitangan mahkamah, penghantar surat dipenjara sehari

SHAH ALAM 6 Julai - Seorang bekas pembantu am rendah Mahkamah Sesyen Klang dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima RM2,700 sebagai upah untuk mengeluarkan dua buah fail dari Mahkamah Majistret Klang, dua tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah turut memerintahkan Mohd. Ariffin Saharudin, 39, dipenjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Sementara penghantar surat, Harvind Singh, 36, turut dipenjara sehari dan denda RM8,000 atau penjara empat bulan selepas mengaku bersalah menerima wang tunai RM3,000 bagi tujuan yang sama.

Mat Ghani semasa menjatuhkan hukuman itu berkata, walaupun ia melibatkan jumlah wang suapan yang berbeza, namun kejadian itu melibatkan transaksi yang sama selain kedua-dua tertuduh tidak mendapat sebarang manfaat daripada wang tersebut.

Mohd. Ariffin menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan pilihan iaitu menerima RM2,700 daripada Harvind sebagai balasan untuk mengeluarkan dua fail dari Mahkamah Majistret Klang di hadapan CIMB Bank, Jalan Tengku Kelana, Klang dekat sini pada pukul 4.45 petang, 19 Mac 2008.

Sementara Harvind turut mengaku menerima RM3,000 daripada Reynolds De Silva di tempat yang sama sebagai dorongan untuk Mohd. Ariffin mengeluarkan dua fail kes saman milik syarikat rakan lelaki itu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Mohd. Ariffin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara Harvind pula dituduh mengikut Seksyen 162 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Mereka sebelum ini dibicara mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi kesalahan menerima suapan RM2,700 dan RM3,000 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim.

sumber: Utusan Malaysia Online