19 July, 2010

bila budak sekolah beromen..


Tersebut lah kisah di Penampang, Sabah seorang gadis berusia 16 tahun bertempat di rumah teman lelakinya yang sebaya telah melakukan hubungan seks. Pada mulanya si gadis telah menolak ajakan si boyfriend kononnya takut mengandung. tetapi si boyfriend ni telah berjaya memujuk si gadis dengan memberitahu dia pandai buat supaya si gadis tidak mengandung. Wahh, hebatt.. advance tul dak nihh.. Maka mereka pun memulakan pelayaran sulong mereka.. ahakss..


Berdasarkan siasatan dak berdua ni baru je berkenalan 3 bulan sebelum kejadian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).. copss.. semudah tu dak pompuan ni bagi “tuuut” dia? Tak tau kaa benda tu berharga dik oii? Sepanjang perkenalan mereka, mereka ada berjumpa 5 kali dan sebanyak 2 kali mengada hubungan seks.


Seterusnya mereka mengadakan hubungan seks kat umah si gadis plakk masa bapak dia tak dak kat umah. Sepandai-pandai tupai melompat, terkantoii jua akhirnya.. Bapa si gadis terserempak dengan mereka berdua lalu membuat aduan polis..


Dak lelaki tu akhirnya ditangkap dan mengakui dia dah pun mengadakan hubungan seks dengan si mangsa (ermm.. mangsa kaa??).


Dak lelaki tu telah dituduh di bawah Seksyen 375(1) KK yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 (1) dan seksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Rasanya semua tahu kan seksyen 376 (1) KK tu.. penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Meh sini saya tepek peruntukan seksyen 91(1) AKK 2001 tu;-


“Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dibuktikan Mahkamah itu hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang boleh dijalankan menurut kuasa Akta ini, mempunyai kuasa untuk:-

(a) memberikan amaran kepada dan melepaskan kanak-kanak itu;
(b) melepaskan kanak-kanak itu apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
(c) memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan sesuai—
(i) selama apa-apa tempoh yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah; dan
(ii) dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
(d) memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos;
(e) membuat suatu perintah percubaan di bawah seksyen 98;
(f) memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney;
(g) memerintahkan supaya kanak-kanak itu, jika seorang lelaki, disebat tidak lebih daripada sepuluh kali sebatan dengan rotan yang ringan—
(i) di premis Mahkamah itu; dan
(ii) di hadapan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu jika dia hendak
hadir;
(h) mengenakan ke atas kanak-kanak itu, jika dia berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada subseksyen 96(2), apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen.”

Cuba teka apa hukuman untuk dak laki tu untuk kesalahan yang dia dah buat??


“di bebaskan dengan satu BOGB (Bon Berkelakuan Baik) selama 2 tahun dengan deposit RM 800 dan PKK (dak laki tu ler) harus mengikuti bengkel interaktif selama tempoh 2 tahun.”


So, adik-adik kat luar tu fikir-fikir kan lah.. tak berbaloi lansung korang menggadaikan maruah pada boifrend masing-masing..

4 comments:

  1. Beginilah...sekiranya bimbingan rohani keagamaan kurang ditekan kan disekolah2 dan rumah masing..
    kalau dah asyik dok syok dgn pergaulan bebas seperti ..sure heboh sana-sini..jom heboh sana-sini..akedemi fantasia lah dan bermacam2 yg disogokkan utk tatapan dan pengisian mereka golongan muda...masakan kelakuan sumbang sebegini akan berkurangan...
    api takkan marak sekiranya tiada minyak yg disiramkan pada persekitaran ...
    Bila sudah berdua2an...
    maka setan akan menari2..saling menghiasi..dan merangsangkan..kedua2 pihak..
    ....
    Moga dijauhi Allah perkara sedemikian kepada kaum kerabat kita dan sedara-mara kita ...

    ReplyDelete
  2. sepatutnya budak lelaki tu boleh lepas dan bebas, sebab ada kerelaan disitu.. tambahan remaja perempuan tu berusia 16 tahun.. sepatutnyer dua-dua nie dikenakan hukuman hudud

    ReplyDelete
  3. Didikan agama hendaklah meresap dijiwa bukan diajar n diberi secara sambil lewa...Duhai Sang Penguasa M'sia, renungkan n pertimbangkanlah hukum Hudud kerana ianya adalah hukuman Allah yang mampu mengatasi sebarang limpahan gejala sosial.

    ReplyDelete
  4. hmm...klau lebih didikan(mendalam) agama pun x guna juga, abis tu hari sy dpt tau budak ni alim2 pandai mengaji pakai tudung segala A's di spm pun, dan mmg amat alim kerana sy kenal pelajar tersebut,kantoi dah melakukan hubugan seks pelajar denganr guru...

    ReplyDelete