30 August, 2010

Happy Birthday Emak..


Sorry lah Jol, aku copek gambar mak dari blog ko, haha

Post saya kali ni saya tujukan khas wat ibu tersayang yang lebih dikenali sebagai Mak Kiah..


Sebenarnya ulangtahun ibu saya jatuh pada 25/8/2010 yang lepas. Tapi disebabkan hari tu hari bekerja tak dapat lah saya nak celebrate hanya kiriman sms sebagai pengganti diri sahaja. Saya rasa lom terlambat saya nak ucapkan Happy Birthday yang ke 52 buat ibu saya.. "HAPPY BESDAY MAK"..


Jumaat lepas saya pun pulang ke kampung lah nak berbuka bersama keluarga. Ni kali pertama saya berbuka bersama keluarga Ramadhan tahun ni.. huhu. Tu yang excited tuh. Kebetulan dah lama saya niat nak belanja keluarga saya makan bersama-sama tapi nak cari tarikh yang sesuai tu agak payah. Saya pelawa nenek, makcik2 saya sekali makan kat rumah saya.


Pagi2 lagi saya ikut parent keluar ke pasar cari lauk.. cadangnya nak masak asam pedas ikan pari ngan ayam percik, sudahnya ikan pari tak dak, kami tukar dengan ikan tenggiri.. huhu, kempunan aku nak makan asam pedas ikan pari.


petang tu siap masak je senyap-senyap saya ke Secret Recipes beli Birthday Cake.. apalagi, Indulgence lah~lalala.. favourite saya sepanjang zaman, haha. Dulu nak beli sebiji tu berfikir dua tiga kali juga maklum lah gaji cukup2 jer.. syukur Alhamdullilah, ada rezeki lebih ni dapatlah saya berkongsi rezeki ni bersama-sama keluarga saya..


Lepas berbuka, solat suma barulah kami berkumpul meraikan ibu saya.. seronoknya dapat berkumpul dengan keluarga.. takde apa yang boleh membahagiakan saya selain melihat keluarga saya especially parent saya, gembira..


dikesempatan ni saya nak ucapkan happy birthday wat ibu tersayang, semoga mak panjang umur diberi kesihatan yang baik agar dapat terus beribadah kepadaNya.. tak lupa gak wat nenek, makcik2 saya yang sporting tu, dan seorang lagi tetamu istimewa yang banyak diam tapi sentiasa tersenyum, tima kasih banyak2 kerana sudi meluangkan masa untuk berbuka dirumah saya..

23 August, 2010

Sebulan selepas training

Salam sayang wat pembaca yang sudi singgah ke blog saya ni.. lamanya saya menyepi, ke mana je ekk? hehe.. saya baru saja tamat kursus pendakwaan yang bermula sejak 19hb Julai lepas.. jadual memang padat giler tambahan pula tak dak akses pada pc, merana lah che' tak dapek buka fb, huhu..


lebih-lebih lagi ada peraturan baru kat opis saya berkuatkuasa serta merta plak tu.. "DILARANG MEMBAWA PENDRIVE DAN BROADBAND".. arrghh.. lagi ler tensen che'..


wahh, dah lama tak menjenguk blog saya ni.. sedar2 ada pengikut misteri yang cuba nak berteka teki plak ngan saya.. kalau ikhlas nak berkawan kenal kan lah diri.. kalau sungguh niat tu ikhlas nak berkawan atau nak menyambung persahabatan yang dah terputus, apa salahnya.. saya sudi je.. tak salah kalau berkawan..


sepanjang berkursus banyak benda baru yang saya belajar dan baru saya tahu apa yang saya belajar kat Universiti dulu tak banyak membantu. Paling dasyat banyak benda yang saya tak tahu, MasyaAllah.. Dunia sivil yang pernah saya ceburi sebelum ni jauh beza dengan apa yang saya buat sekarang, huhu.. saya harus buka minda, buka mata, buka hati untuk gali lebih dalam lagi ilmu baru yang saya belajar sepanjang tempoh berkursus ari tu.. kadang dalam hati ni terasa amatlah takut kerana tanggungjawab yang bakal saya galas amatlah berat, bak kata seorang penceramah yang merupakan seorang Timbalan Pendakwa Raya yang sangat berpengalaman, di belakang saya ada 26juta rakyat Malaysia, huhu.. that's why lah saya kena belajar supaya masyarakat tak mencemuh saya otak kosong, bodoh dan sebagainya..
ntah bila saya akan keluar dari sangkar emas ini, huhuhu..