07 September, 2010

Kisah Cinta Di Bulan Ramadhan..


Sabtu lepas saya meluangkan masa berjalan-jalan ke Shah Alam.. saja cuci mata. Jalan punya jalan tetiba hati saya tergerak nak pergi ke sebuah kedai emas, bukan nak beli saja tengok2..



tetiba saya terpandang sepasang kekasih berpegangan tangan juga menuju ke kedai emas yang sama.. bila kami tiba di kedai emas tu, si pemuda bertanya kepada pembantu kedai "Saya nak cari cincin tunang, selalu orang tunang pilih cincin yang macam mana?"



oOo.. mereka cari cincin tunang. Pembantu tu pun dengan ramahnya menunjukkan koleksi barang emas mereka yang selalu menjadi pilihan orang yang nak bertunang..



lepas satu-satu cincin dikeluarkan semuanya tak sesuai disebabkan jari si gadis sangat halus.. yang bestnya, si pemuda bagi kebebasan sepenuhnya kepada teman wanitanya untuk memilih cincin yang disukai.. "sayang pilih lah mana yang sayang suka sebab sayang yang nak pakai".. wah, romantiknya..



Si gadis pening kepala tak tahu mana satu nak pilih.. saya pandang je mereka, si pemuda memandang bakal tunangnya tak berkelip saya dapat bayangkan dia sedang bahagia melihat si gadis gembira.. akhirnya, si pemuda meminta pembantu kedai untuk mengeluarkan sebentuk cincin.



Cincin tu bertakhtakan batu permata, manis dipandang.. memang cantik. pandai juga mamat tu pilih.. si pemuda cuba menyarungkan cincin berkenaan ke jari bakal tunangannya.. tak disangka cincin tu betul2 muat dengan jari si gadis.. saya pun turut tersenyum, rasa seronok plak tengok.. hehehe.. si gadis sangat gembira dan bersetuju dengan pilihan tersebut..



tetapi cincin tersebut sebenarnya dah terlebih budget si pemuda.. masa keluarkan duit untuk bayar harga cincin tu, saya terdengar pemuda tu berkata, "tak apa sayang.. lebih pun tak apa, untuk sayang abang juga.. abang sayang sayang.. suka tak?" alahai romantiknya.. si gadis tersenyum bahagia tak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada si pemuda.. mereka tersenyum gembira memandang satu sama lain, pandangan yang penuh dengan rasa kasih dan cinta.. saya dapat bayangkan kebahagiaan yang sedang mereka kecapi..



selesai semua mereka pun beredar sambil berpimpin tangan.. si pemuda bertanya lagi kepada kekasih hatinya.. "sayang suka tak?" dalam hati saya tentulah gf dia suka.. apa punya soalan lah, haha..



bila tengok mereka bahagia saya pun rasa happy hari tu.. kisah cinta yang saya tengok depan mata sendiri.. bukan dalam novel.. semoga pasangan tersebut bahagia hingga ke akhir hayat mereka.. kalau lah saya dapat teman lelaki yang romantik macam pemuda tersebut alangkah bahagianya hidupp ini.. ~lalala..

6 comments:

  1. Salam,

    If you were thinking about someone while reading this, you're definitely
    in Love.

    ReplyDelete
  2. Incik Katak, rasanya saya dah jatuh cinta dengan pemuda tu lah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. wah romantiknya...bertuahnya gadis tu...leh wat novel nih

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum~
    hai kak siti.sy fatin.pelajar undang2.baru asasi.tp nak tahu lebih lanjut pasal law ni.tak taw nk rujuk kat sape sgt.try cari email akak tak jumpe.cari FB pun tak jumpa.kat cni pun takde cBOX. seriously nak tanya byk benda kat akak pasal law.akak DPP kan wah~sy adore kat pekerjaan akak.hehe.akak nnti free add lah sy kat FB dan ni url blog saya

    http://fatencumyl.blogspot.com/
    ni email saya. fatencumyl@yahoo.com.

    harap sgt kita dapat contact.nice to know you. :)

    ReplyDelete
  5. mahai banyak2 pun tak pa nanti dah mnikah bleh gadai balik bayaq utang Kad Kredit Platinum tu tau..muahahaaa...!
    Frm: Neo

    ReplyDelete
  6. erm kemesraan tu mesti ada bagi setiap pasangan, tapi patutnya berbeza antara org yg dh kahwin, bertunang or belum ada apa2 lg ikatan..kenapa perlu berpegangn tangan? suami kamu kah? atau isteri kamu kah? Sikap pemuda tu saya puji, tapi lebih baik jika dipraktikkan lepas kawin..bukan maksud xleh mesra masa tunang tapi jaga la batas dalam pergaulan sesama bukan muhrim.

    just my opinion.
    By the way, this is great post, rasa sangat terharu bila suami yang buat cam ni kat isteri =)

    ReplyDelete