06 September, 2010

Salam Aidilfitri

Salam sayang wat pembaca semua.. sementara tengah rehat ni, curi masa jap jengah blog.. hehe.

Pejam celik lagi berapa hari je umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal.. Saya pasti semua sedang sibuk wat persiapan untuk keluarga masing-masing.. saya pun tak ketinggalan juga bezanya awal-awal lagi saya wat memandangkan saya kurang gemar bershoping time posa.. huhu.
Awal-awal lagi dah wat checklist rasanya persiapan saya hampir sempurna..
  1. Baju Raya + tudung Mak
  2. Baju Melayu Ayah
  3. Duit Raya VIP (mak ayah, ngan dua orang nenek)
  4. Duit Raya Makcik-makcik
  5. Duit Raya Adik Beradik
  6. Duit Raya Cousin
  7. Duit Belanja Open House Raya Ke-3
  8. Duit Servis Keta (standby)
  9. Baju Raya untuk diri sendiri, hehe..

Orang kata bila ada checklist akan membantu kita belanja berhemah.. hmm.. tak juga, hehe..

Jika sesapa yang ada rezeki lebih, marilah kita sama-sama membantu seorang Hamba Allah yang memerlukan ni.. namanya Puan Soyah Ali, saya mengenali beliau melalui rancangan Bersamamu di TV3.. kecacatan suami tempat mereka sekeluarga bergantung menyebabkan mereka terpaksa hidup dalam keadaan daif.. saya terharu tengok ketabahan Puan Soyah Ali menjaga suami yang lumpuh badan dalam masa yang sama mencari rezeki untuk anak-anak mereka. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan setakat yang mampu kepada mereka sekeluarga.. semoga pemberian kita ini nanti akan membuatkan sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga semeriah Aidilfitri kita semua.. No.Akaun Bank Rakyat Pn.Soyah Ali:

220261513967

If korang nak kan kepastian, sila lah hubungi Bank Rakyat yang berdekatan yea..

Dikesempatan ini, saya nak mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia khasnya wat pembaca yang sudi berkunjung ke blog saya ni, mekacih banyak2.. I love You All.. muahhh.. :P

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas kekasaran bahasa yang saya gunakan di dalam blog saya ni.. andai ada yang tersinggung maafkan lah saya yea.. sesungguhnya saya ini Hamba Allah yang tak lari dari membuat kesilapan..

5 comments:

  1. wah...raya sakan tuh....selamat hari raya kt cik iti....maaf zahir batin....

    ReplyDelete
  2. Incik Lolipop.. jgn lupa duit raya saya.. hahaha.. :P

    ReplyDelete
  3. Oh cik iti nk pau sy lah ni...boleh apa salahnya...tapi sy x leh bg byk...almaklumlah, sy ni keje kerani jek...huhu...x mampu nk beri duit raya...huhu...

    ReplyDelete
  4. Incik Frog.. tak byk pun, duit raya sorang singgit jerr.. hehehe

    ReplyDelete