26 October, 2010

Nana Yang Comel





Comel tak baby ni? Suka sangat, nama dia Nana. Anak salah seorang staff kat AGC ni..

Smalam Nana tak sihat, semoga Nana cepat sembuh.. :)

25 October, 2010

Selamat Tinggal Putrajaya











Sebagaimana yang kawan-kawan ketahui, hari Rabu ni adalah hari terakhir saya berada di Putrajaya. Selepas ini, saya akan berpindah ke Utara seperti yang di arahkan oleh pihak atasan. Pejam celik dah 5 bulan saya kat sini sejak melapor diri pada 1hb Jun lepas. Selama lima bulan kat sini, banyak kenangan
suka dan duka yang tidak akan saya lupakan.


Minggu lepas saya balik umah jumpa keluarga, rasa seronok sangat dapat berkumpul, lebih2 lagi dapat peluk Puteri kesayangan saya.. tapi dalam hati rasa sayu sebab saya tahu saya tak kan dapat pulang selalu untuk menjenguk mereka.. sayu sangat hati bila nenek sebak memeluk saya sebelum saya bertolak balik ke Putrajaya. InsyaAllah, dengan berkat doa nenek saya pasti akan dilindungi Allah S.W.T sentiasa kerna tanpa doa beliau saya tak kan berada di tempat saya berada sekarang...


Harapan saya semoga saya akan terus berjaya di tempat baru nanti. Dan saya minta sangat kawan-kawan akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan saya di tempat baru. Selamat Tinggal Putrajaya ~

21 October, 2010

A Little Pot Luck Breakfast




Yeahh... buat sekian kalinya kami sekali lagi mengadakan pot luck... hehe. Pot Luck ni dalam bahasa ringkasnya adalah di mana sekumpulan orang berkumpul dengan menyumbang makanan masing-masing dan makanan tu di makan bersama-sama...


Untuk pot luck kali ni saya bawa nasi goreng dan sambal sosej... bila masa je cik iti ni memasak ye? Saya masak belah malam pagi tu saya tinggal panaskan jer... hehe. Seronok sangat bila masing-masing bawa macam-macam makanan, spaghetti, kuih, keperek, nugget, sosej suam ada..


Ntah bila lagi kami dapat berkumpul bersarapan sama-sama lagi lepas ni. Maklumlah kami semua akan berpindah ke negeri yang telah ditetapkan.. dan saya sendiri akan berpindah ke Utara, huhu. Setelah hampir 5 bulan terperap kat sini, akhirnya kami akan keluar juga, Alhamdullilah. Jadi orang Utara lah saya selepas ni. Bersediakah saya??


Sebenarnya saya tak kisah pada awalnya pindah kat mana pun tak kisah. Tapi atas sebab2 tertentu rasa tak semangat pula nak memulakan tugas kat tempat baru. Semoga saya diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran akan datang. Kepada rakan-rakan sekerja selamat memulakan tugas di tempat baru nanti.

14 October, 2010

Isteri Bekerja; Perlu ke bantu suami?




Ada seorang rakan sekerja saya, baru saja nak mengenali hati budi seorang lelaki ni setelah dikenalkan oleh seorang lagi rakan kami. Ni pengalaman pertama dia menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki. Pagi tadi semasa kami sedang bersarapan dia membangkitkan satu isu untuk dibincang bersama. Soalan dia kepada saya “Kak, apa pendapat akak suami yang minta isteri sama-sama contribute dalam perbelanjaan keluarga?” Bagi dia, suami begitu adalah suami yang jahat dan tak berguna. Dengan suara yang lantang dan itonasi yang sombong dia menegaskan bahawa prinsip dia cuma satu, duit suami duit isteri juga, tetapi duit isteri hak mutlak si isteri, dan dia tak kan menyumbang walau sesen pun. Dalam hati ni berkata-kata bongkaknye pompuan ni, patutlah tak laku-laku.. huhu.


Jadi isunya di sini, perlukah kita yang bekerja ni sama-sama menyumbang membantu suami menanggung perbelanjaan rumahtangga apabila berkahwin kelak?


Bagi saya bila dah kahwin seharusnya suami bertanggungjawab atas segalanya, misalnya makan, minum, dan tempat tinggal. yelah dah dia ketua kuarga kan. Setakat pengetahuan saya yang cetek ini, suami tak berhak atas duit si isteri. Hasil pendapatan kita adalah hak mutlak kita.


Tapi tak salah kalau si isteri yang bekerja sama-sama membantu meringankan tanggungan suami. Setahu saya isteri yang membantu meringan kan beban suami dapat pahala sedekah. Cumanya jangan biasakan sangat nanti bila dah terbiasa naik lemak plak lepas semua tanggungjawab dia. Ramai lelaki skang macam tu, duit gaji dia abis kat kereta belanja rumah harap duit isteri. Tu belum lagi suami yang menghabiskan duit untuk berpoya dengan betina lain, huhu..


Tetapi sebagai isteri saya nak sangat sama-sama bantu suami saya bila dah berumahtangga nanti sebab saya cintakan suami saya, nak susah senang bersama-sama, rancang perbelanjaan keluarga sama-sama.. tapi ada batasan lah, bantu sekadar yang perlu je.. hehe. Mungkin saya boleh bantu bayar bil elektrik, bil air, belanja dapur ke.. dan saya akan TUNTUT nafkah dari suami sebanyak 10% dari gaji pokok saya setiap bulan. Duit tu akan saya simpan supaya saya boleh mengerjakan haji bersama suami bila tiba waktunya nanti..


Sebagai isteri kita harus ada simpanan sendiri, manalah tahu suami kita curang kita tak lah jatuh tersungkur sekurang-kurangnya kita ada simpanan untuk mulakan hidup baru.


Dah jadi kebiasaan saya if beli pape, saya akan simpan resit dan stapler dalam buku belanja. Saya rasa sebagai isteri kita perlu praktik kan benda ni. Manalah tahu jodoh tak panjang kan. Senang skit nak prove kat Mahkamah if nak wat pape tuntuan kelak. Semoga saya dijauhkan daripada calon suami yang Hj Bakhil, huhu.. Hmm, tak semua pandangan saya kat atas ni diterima oleh rakan sekerja saya yang bertanya tadi. Kesimpulannya, terpulang kepada individu itu sendiri. Bagi saya perkahwinan itu sendiri adalah suatu perkongsian hidup.. cemana nak hidup bersama if masing-masing terlalu berkira.. tul takk? :)

Gambar: Bing.com

08 October, 2010

Tips Kebahagiaan Dalam Perhubungan

Kongsi segala-galanya terutamanya tanggungjawab.

Jauhi perkelahian. Jangan jerit atau meninggi suara antara satu sama lain.

Jika ada perbalahan salah sorang mesti menang, dan biarlah pasangan kita yang menang. Mengalah tak semestinya kita kalah.

Kalau nak kritik pasangan kita, kritik lah dengan cara penuh berhemah.

Jangan mengungkit kesilapan lepas pasangan kita.

Berilah sepenuh perhatian kepada pasangan kita. Jadikan dia teman yang telalu istimewa.

Selesaikan konflik. Jangan tidur selagi perbalahan/pertikaian tidak diselesaikan.

Jangan biarkan hari berlalu tanpa pujian/penghargaan buat pasangan kita.

Bila dah buat silap tu, mengakulah dan cepat-cepat minta maaf pada pasangan kita.

Sentiasa luangkan masa bersama. Raikan cinta anda setiap hari. Luahkan rasa sayang & cinta pada satu sama lain.
Tips kat atas ni adalah pendapat saya semata-mata, mungkin lain orang lain caranya.. if korang ada pendapat sendiri, bleh share kat ruangan komen di bawah.. :)

07 October, 2010

Horey, hoorey cik yam datang.. ~Ayam Masak Tempoyak~

Tumpang lalu, curi tulang satt.. ada bite best, cik yam nak datang Putrajaya.. yeayy!!! Apalagi seperti biasa aktiviti kami main masak-masak lahh.. haha..

Jangan tak tahu cik yam ni pakar memasak masakan kampong.. cayaalahh. Satu favourite saya tak lain tak bukan ayam masak tempoyak lahh~

Mesti korang pelik kan ayam masak tempoyak?? Biar betul?? Sungguh, sedap.. tak caya cubalah sendiri..

Berikut saya kongsikan resepi yang slalu saya guna untuk wat ayam masak tempoyak..

Bahan-Bahan:

Ayam yang dah dibasuh bersih
20 biji Cili Padi
5 sudu tempoyak (saya suka pekat-pekat)
1/2 inci kunyit hidup
Daun Kesum
Tmun (potong kiub kecik. tak letak pun tak pa~ saya pun tak berkenan)
Garam & Ajinamoto (wajib!! haha)


Cara-caranya:

Tumbuk kunyit ngan cili padi.
Gaul dengan tempoyak.
Masukkan air, ayam ke dalam periuk pastu masukkan bahan campuran tempoyak tu.
Bila dah didih masukkan plak daun kesum.. ~wahh, wangi sungguh. Dah siap.


Senang kann? Selamat Mencuba~