07 October, 2010

Horey, hoorey cik yam datang.. ~Ayam Masak Tempoyak~

Tumpang lalu, curi tulang satt.. ada bite best, cik yam nak datang Putrajaya.. yeayy!!! Apalagi seperti biasa aktiviti kami main masak-masak lahh.. haha..

Jangan tak tahu cik yam ni pakar memasak masakan kampong.. cayaalahh. Satu favourite saya tak lain tak bukan ayam masak tempoyak lahh~

Mesti korang pelik kan ayam masak tempoyak?? Biar betul?? Sungguh, sedap.. tak caya cubalah sendiri..

Berikut saya kongsikan resepi yang slalu saya guna untuk wat ayam masak tempoyak..

Bahan-Bahan:

Ayam yang dah dibasuh bersih
20 biji Cili Padi
5 sudu tempoyak (saya suka pekat-pekat)
1/2 inci kunyit hidup
Daun Kesum
Tmun (potong kiub kecik. tak letak pun tak pa~ saya pun tak berkenan)
Garam & Ajinamoto (wajib!! haha)


Cara-caranya:

Tumbuk kunyit ngan cili padi.
Gaul dengan tempoyak.
Masukkan air, ayam ke dalam periuk pastu masukkan bahan campuran tempoyak tu.
Bila dah didih masukkan plak daun kesum.. ~wahh, wangi sungguh. Dah siap.


Senang kann? Selamat Mencuba~

2 comments:

  1. Masak lebey2 ckit leh ke? nak mintak ckit...nak masak x reti...hehe

    ReplyDelete
  2. Pandai masak cik iti nie rupanya yea..bertuah siapa dapat cik iti nie sbg pasangan hidupnya..orangnya sweet, ada kerja bagus dan pandai masak! pakej tu..abg tengok cik iti dari jauh aja..abg bujang, tapi bujang 3 la

    ReplyDelete