14 October, 2010

Isteri Bekerja; Perlu ke bantu suami?




Ada seorang rakan sekerja saya, baru saja nak mengenali hati budi seorang lelaki ni setelah dikenalkan oleh seorang lagi rakan kami. Ni pengalaman pertama dia menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki. Pagi tadi semasa kami sedang bersarapan dia membangkitkan satu isu untuk dibincang bersama. Soalan dia kepada saya “Kak, apa pendapat akak suami yang minta isteri sama-sama contribute dalam perbelanjaan keluarga?” Bagi dia, suami begitu adalah suami yang jahat dan tak berguna. Dengan suara yang lantang dan itonasi yang sombong dia menegaskan bahawa prinsip dia cuma satu, duit suami duit isteri juga, tetapi duit isteri hak mutlak si isteri, dan dia tak kan menyumbang walau sesen pun. Dalam hati ni berkata-kata bongkaknye pompuan ni, patutlah tak laku-laku.. huhu.


Jadi isunya di sini, perlukah kita yang bekerja ni sama-sama menyumbang membantu suami menanggung perbelanjaan rumahtangga apabila berkahwin kelak?


Bagi saya bila dah kahwin seharusnya suami bertanggungjawab atas segalanya, misalnya makan, minum, dan tempat tinggal. yelah dah dia ketua kuarga kan. Setakat pengetahuan saya yang cetek ini, suami tak berhak atas duit si isteri. Hasil pendapatan kita adalah hak mutlak kita.


Tapi tak salah kalau si isteri yang bekerja sama-sama membantu meringankan tanggungan suami. Setahu saya isteri yang membantu meringan kan beban suami dapat pahala sedekah. Cumanya jangan biasakan sangat nanti bila dah terbiasa naik lemak plak lepas semua tanggungjawab dia. Ramai lelaki skang macam tu, duit gaji dia abis kat kereta belanja rumah harap duit isteri. Tu belum lagi suami yang menghabiskan duit untuk berpoya dengan betina lain, huhu..


Tetapi sebagai isteri saya nak sangat sama-sama bantu suami saya bila dah berumahtangga nanti sebab saya cintakan suami saya, nak susah senang bersama-sama, rancang perbelanjaan keluarga sama-sama.. tapi ada batasan lah, bantu sekadar yang perlu je.. hehe. Mungkin saya boleh bantu bayar bil elektrik, bil air, belanja dapur ke.. dan saya akan TUNTUT nafkah dari suami sebanyak 10% dari gaji pokok saya setiap bulan. Duit tu akan saya simpan supaya saya boleh mengerjakan haji bersama suami bila tiba waktunya nanti..


Sebagai isteri kita harus ada simpanan sendiri, manalah tahu suami kita curang kita tak lah jatuh tersungkur sekurang-kurangnya kita ada simpanan untuk mulakan hidup baru.


Dah jadi kebiasaan saya if beli pape, saya akan simpan resit dan stapler dalam buku belanja. Saya rasa sebagai isteri kita perlu praktik kan benda ni. Manalah tahu jodoh tak panjang kan. Senang skit nak prove kat Mahkamah if nak wat pape tuntuan kelak. Semoga saya dijauhkan daripada calon suami yang Hj Bakhil, huhu.. Hmm, tak semua pandangan saya kat atas ni diterima oleh rakan sekerja saya yang bertanya tadi. Kesimpulannya, terpulang kepada individu itu sendiri. Bagi saya perkahwinan itu sendiri adalah suatu perkongsian hidup.. cemana nak hidup bersama if masing-masing terlalu berkira.. tul takk? :)

Gambar: Bing.com

11 comments:

  1. Aunty dah berkahwin 33++ tahun, aunty juga berkerja, aunty tak pernah berkira utk membelanjakan duit pencarian aunty untuk membeli peralatan rumah yakni apa yg aunty hajati.
    Sebab pada aunty, suami perlu bayar rumah, kereta dan makan minum isteri dan anak2. Dan juga simpanan utk roadtax, cukai pintu & incometax.
    So...apa yang tinggal kalau suami juga makan gaji, kalau bisnesman lainlah, masuk juta2..he he he
    Tentang simpanan utk diri kita, semestinya..sebab kalau di 'tinggkan' di 'menduakan' kita ada kerja dan ada duit sendiri...
    Btw, aunty suka blog Siti..keep on writting!

    ReplyDelete
  2. sy setuju bahawa duit gaiji isteri adalah hak isteri dan suami tiada hak terhadap gaji isteri tersebut...wbagaimanapun, x salah jika isteri ingin membantu meringankan beban suami...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Duit isteri hak isteri sepenuhnya. tetapi isteri mahu bekerja mesti minta kebenaran suami.

    Saya setuju dengan aunty Marina Monroe, dgn keadaan ekonomi sekarang mati la suami kalau dibiar sorg2.

    Kalau isteri kedekut mahu suami tanggung semua baik saya tidak benarkan dia bekerja. Saya tanggung family sorang2. Puas hati.

    Dengan gaji sekarang bolehlah beli rumah byr bln RM900++, pakai kereta bayar bulan RM500++, baju beli bila perlu, makan masak sendiri wuuh, buat simpanan emas sedikit di bank utk masa depan.

    eh ok apa.

    ReplyDelete
  4. pendapat saya... dia belum rasa nikmatnye berkahwin.... kalau dah rasa..mesti hilang egonye...

    duit di keje memang duit dia...tapi tanggungjawab dia sebagai isteri mcm mana pulak...
    dia kena beri pampasan pada suami..sebab di tidak menjadi isteri sepenuh masa...

    my 2 posen je

    ReplyDelete
  5. pada saya pulak,zaman skang nie pompuan byk yg bekerjaya,lagi tinggi gaji dari suami,keluar kerja sama-sama,makanla sama-sama...rezeki bukan kite tentukan...kos hidup tinggi...isteri keluar kerja sebab ape?nak ringankan beban..kalu suami tak izinkan pakai jela kain batik kat umah...k.renung-renungkan dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  6. niat isteri kena betul..maksudnye kena tanamkan dalam hati untuk membantu suami..suami tentula sejuk hatinye bila isteri dapat bantu ringankan beban dalam menguruskan rumahtangga..so, tak jadi masalah la..isteri tak masak untuk suami pun takkan jadi masalah..tapi sesekali cuti tue masakla special-special skit...tanggumgjawab isteri jangan abaikan k..contoh isteri saya..dia dapat memahami..so alhamdulillah kamibahagia..

    ReplyDelete
  7. ye ke? tak sabar nak kahwin.. hehe. sapa2 yang ada pengalaman hidup berumahtangga share lah dgn saya.. :)

    ReplyDelete
  8. Suami sepatutnya tidak boleh menyetuh duit gaji isteri melainkan dengan keizinan isteri yg ikhlas.kalau isteri pendam lam ati yg dia tak berapa iklas duitnya diberi pd suami jd suaminya kena tanggung dosa tanggungjawab tersebut. Saya akui gaji saya lebih tinggi dari gaji suami dan sy bahagikan perbelanjaan rumah ikut bahagian masing secara ikhlas sbb yg penting tiap2 bulan sy akan paksakan diri sy untuk saving aacount tersembunyi yg dia sendiri tak tau wujudnya akaun simpanan saya sbb ianya untuk kebaikkan saya jg yerla tak suma benda boleh dikongsi wlu kita tidur sebantal makan bersama..

    ReplyDelete
  9. salam semua... saya nak tanya, berdosa kah kalau kita ada rasa x puas hati terhadap suami? mengenai hal duit ini.. ye la, saya x faham.. saya baru berkahwin 2 tahun.. skrg ni, saya rasakan semua nya saya yang bayar. saya cuba seikhlas2 mungkin dalam membantu. tp bila suami tny mana duit sy, sy mula la mengungkit. suami slalu kata mmg duit tu duit sy tp cara dia ckp mcm dia marah bila sy kata sy x da duit. sy x minta pun dr dia if sy x da duit. cuma sy just inform pd dia yg sy x da duit supaya bila nak bayar atau beli apa2 dia akn tau terlebih dahulu sy x da duit. susah sy nak explain.. tp sy selalu terasa hati dgn suami...

    ReplyDelete
  10. cemana plak isu terasa hati dgn suami ni yea? ada sesapa nak komen atau bg pandangan utk kebaikan bersama?

    sy setuju kita sbg pompuan mesti ada simpanan untuk diri sendiri, yalah sbg langkah berjaga2 kan.. :)

    ReplyDelete
  11. bagaimana pula kalau suami x bekerja.. niat utk dptkan duit beri pada keluarga tu ada..tp sekadar niat lah...isteri plak kerja utk tnaggung keluarga, suami + 2 anak ..anak2 kena hantar kampung..isteri x dpt nak jaga bab kerja n kos hantar nursery plak mahal..tiap2 bulan isteri tanggung bayar semua bill, minyak kereta, keperluan anak2, etc..apa pendapat korang, apa patut si isteri tu buat ..besar pengorbanan isteri ni smpai nak menyusukan anak pun xdpt..masa cuti pantang jer nyusukan anak..

    ReplyDelete